29.6.12

Mee Ketam Kuala Lumpur yang terletak di Shah Alam.

Last week balik kerja dalam keadaan lapar yang teramat... tak tahulah kenapa.. then, balik rumah dengan harapan ada sesuatu untuk di makan.. sekali... hancur harapan ku! ibu tak masak.. adik-adik saya makan goreng telur je.. adik-adik saya makan memang sempoi.. janji ade nasi, jalan..

saya lak dah menaruh harapan yang tinggi lagi kan...so, call kawan.. ajak dia makan kat luar.. fikir punya fikir.. yess!! nak makan kat Mee Ketam Seksyen 7.. ramai pulak yang dah try.... cuci muka terus keluar rumah balik.. hehehe...



haaa... ni lah signboard kedai tersebut....

nama Mee Ketam Kuala Lumpur tapi terletak di Seksyen 7, Shah Alam..

nak senang jumpa unisel shah alam, masuk je lorong tu... nescaya korang jumpa lah kedai mee ketam ni...

hasil google

Masa datang tu tak ramai pelanggan...tapi nak menunggunya lama lah jugak... tunggu air pun dah 10minit.. takpe-takpe, nak makan ketam punya pasal, daku bersabar je lah..



taraaaa!! dah sampai...

makanan sampai dulu sebelum air..

ni review dari saya yea..

Mee Ketam ni sebenarnya Mee Kari Ketam.. Takdelah sesedap mana, rasanya biasa je..  tapi harga memang murah... kuah kari tu cair bagi sayalah dan isi ketam tu agak kering.. maybe lepas masak dia asingkan ketam dari kuah kan... tapi overall just nice lah... mana nak dpaat harga yang very affordable untuk makan ketam kan... tak silap saya harga semangkuk tu RM8.. sure i will visit for 2nd time..

cuma yang tak puas hatinya, meja makan kecik nya laa..


tak ambil gambar banyak.. sebab lapar punya pasal... (=.=)"





28.6.12

Natural makeup ke pejabat.

Hasil makeup saya harini...


nampak soft sangat lah pulak..



 

tetiba takleh nak upload pic lain... adesss.... rasa nak hentak je pc ni....

steps makeup dari saya...:

  1. gel refreshing from Za (color pink)
  2. bb krim Alaisyah
  3. foundation Mustika Ratu
  4. bedak compact BB Magic Silky Girl
  5. blusher silky girl
  6. eyeshadow warna coklat gelap dan warna hijau cair 
  7. lipstick dari Avon
  8. eyeliner Silky Girl

nanti bila boleh upload.. saya upload erk pic yang lain... nak cerita panjang terus terbantut ....!

27.6.12

Jodoh itu akan tiba tepat pada masanya.

Kata-kata nasihat seorang teman kepada saya..
“Usia muda ni kita ada 2 rezeki besar, satu berkahwin muda dan satu mungkin kerjaya. Cuba lihat balik mereka yang kahwin muda. Kebanyakkannya belum ada tapak karier lagi, meaning baru mula bekerja. Dan mereka berkahwin keluarga yang banyak support. Bagi mereka yang muda-muda dah ada kerja bagus, jarang kahwin awal sebab mereka lebih menumpukan perhatian kepada pekerjaan mereka..”
Itu kata-kata dari seorang teman saya bila saya bangkitkan isu jodoh..
Ada benarnya.. mungkin ada juga yang ada kerja dalam usia muda dan berkahwin awal.. itu rezeki mereka.. tapi tak ramai yang dapat rezeki macam tu.. perancangan Allah ni teratur sebenarnya.. Cuma kita sebagai manusia ada sifat tak sabar dan tidak berusaha.. nak kahwin bukan senang, sebab bila kita berkahwin kita menyempurnakan sebahagian daripada agama kita.. **correct me if I'm wrong** yang boleh kita buat sekarang berusaha,berdoa dan bertawakal..


sumber : google >rujuk watermark<

Saya sendiri kalau ada orang ajak kahwin sekarang, mana ada duit.. dan my parents awal-awal dah beritahu yang mereka tak mampu nak sumbang dalam majlis saya dan adik-adik.. sebab kalau mereka support majlis saya, sudah tentu kesemua adik beradik perlu support, lagi-lagi adik-beradik saya semuanya perempuan.. kalau yang bongsu tu kahwin nanti, siapa pula yang mahu support sebab makayah saya dah tak kerja kan… tapi takpe, kalau betul sudah sampai masanya nanti akan ada rezeki dari Allah.. 


Syukur saat ni saya ada kerja tetap dan karrier saya dah ada tapak.. saya tahu, tak ramai umur 23 macam saya dah ada job yang bagus.. syukur, Alhamdulillah..:)


Buat kamu bakal-suamiku,
Aku sabar menunggu kamu disini,
Percaya dengan takdir Allah, insya'allah kita akan dipertemukan.
Bakal-isterimu.

WW jawapan kepada lagu Anak Kampung..:)


copy paste from FB..

26.6.12

pakaian melambangkan kegemukkan...


jenis pakaian yang kita pakai boleh membuatkan kita nampak gemuk... tadi masa nak pergi lunch, ada sekumpulan tahan saya untuk dengar apa mereka jual..selalu saya dapat lepaskan diri, but not today.. you know what, mereka tawarkan pada saya slimming body to reduce fat... danggg!! am i to fat today?? cisss...! dahlah baru nak pergi makan, dengar pulak explaination yang ntah hape-hape tu... tapi tak membantut kan selera makan saya... haishhh.. kang tak makan memang kebulur laa.. dahlah last makan waktu lunch...





i love this shawl till max..!



i'm already reduce 5kg without going to slimming center!

kenapa pipi nampak macam pau?? T_T"

25.6.12

Jodoh terbahagi kepada 3.

Kebelakangan ni saya banyak membaca.. untuk mengisi ilmu di dada dan jugak unutk menambah ilmu pengetahuan.. baru saya tahu bahawa jodoh terbahagi kepada 3 bahagian..


1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut. (Kahwin sebab terpaksa)

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan. (susah nak buat yang ni, bercinta lepas nikah..)

sumber : Myhazman

Pandangan saya menurut jodoh dari syaitan, apa pun takdir kita, kita kena berusaha dan tawakal kan? jadi, kalau kita lakukan benda slaah, maka takdir kita jadi seperti itu la.. apa pun, lepas kahwin kena redha tentang segalanya...=]

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]


renungan bersama...:)

sumber : google


Majlis Perkahwinan kawan baik, ambik berkat =]

Assalammualaikum… Selamat pagi semua.. (waktu entri ditulis waktu pagi..)
harap maklum ni entri basi dan agak panjang… !
Bulan 5 dan 6 kan ramai yang mendirikan rumah tangga.. jadi banyak jugak undangan yang saya dapat.. boleh dikatakn every week pergi majlis kenduri kahwin ni.. one of my bestfriend pun bernikah pada 9 Jun yang lepas.. Mimah dan pasangannya Hezree.. Mimah ni satu sekolah dulu dengan saya.. then, after sekolah..kiteorang still contact-contact lagi.. memang rapat lah jugak dengan dia..
Tepat 2.45 petang kalau tak silap saya, dia sah menjadi seorang isteri.. sudah semestinya dia berdebar-debarkan? Saya pun terikut sama.. hahahaha… over minah ni.. Cuma time lafaz taklik tu tak rasa lah feel dia.. saya rasa feel lafaz taklik masa pernikahan sepupu saya dulu, Kak Nadiah.. memang menyentuh kalbu.. =] tapi terkesan dalam hati isi kandungan khutbah nikah yang dibacakan oleh tok kadi tersebut.. Mula-mula Mimah rilex je.. buat batal air sembahyang, penyerahan mas kahwin.. bila dia salam mak dia baru meleleh-leleh air mata dia.. tang ni saya rasa siapa yang melaluinya sahaja faham apa yang diaorang rasakan?


we bff =)



Mimah dan adik-adik beliau..
muka semua sama je.. senang nak kenal kalau kat luar...



berdebar menunggu saat itu...


alhamdulillah.. sah!!



ambik berkat kata orang... :)


saya temankan dia sebelum nikah sampai malam berinai.. memang rasa kepenatannya.. jadi pengantin pun penat weyhh… I wonder what if I being the bride? esoknya saya datang time dia tengah atas pelamin.. tak larat lah nak datang awal.. sebab malam sebelumnya tu sampai rumah pukul 12malam..lepas tu borak-borak dengan nenek saya sampai pukul 2 pagi kalau tak silap..esok pukul 10 pagi baru bangun.. tu pon dah kelam kabut.. sebab nak kena ambik kawan saya kat batu belah dengan meru… takut tak sempat tengok Mimah bersanding…

nice pose before majlis berinai...


selebetnya....! =.="

dan.. tingginya husband kau Mimah!

Malam berinai tema Arabian.. serius lawa sangat.. dan dan rasa nak kahwin jugak lah.. #ehhh.. hikhik:p kiranya perkahwinan kawan yang ni memang saya merasai kehangatannya jugaklah.. macam ayat novel dah ni..sebab dari nikah sampai ke berinai saya ada.. esonya sanding pun muka ni jugak yang ada.. Bersanding tema merah hitam.. gigih mencari balik baju kurung warna merah.. tapi takde campur warna hitam.. ahh.. takpe lah, janji ada merahnya.. hehehe.. semangat lebih!


tak clear lak pic ni.. yang clear keemukan saya! =.="


from left : pejort, wani, hezree, mimah, saya, aina

Bulan 7 ada lagi sorang kawan baik jugak nak naik pelamin.. yang ni bebetul jeles.. umur dia baru 22tahun kot.. =.=” tak sabar nak pergi wedding Wani pulak.. akan ku tunggu juga dari saat untuk diijabkabulkan.. nak dengar khutbah nikah lagi… =) Bride siap bagi saya kain lagi untuk pakai time majlis dia…


ni pun namanya amik berkat wani... hahaha....




22.6.12

Currently my favourite song.......


Begini Caranya



Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku


I'm in Love with Friday...

Assalammualaikum....


Yeahhh...It's Friday...-**dancing**-

Tapi hari ni banyak kerja nak kena settle kan before boss masuk office next week... So, Chaiyok..!!!!!!!!


sumber : Budiey.com

jumpa nanti....................

21.6.12

MLM = kenapa masih ada yang berminat????

Semalam hari yang memenatkan bagi saya.. Takde rancangan pun nak keluar jumpa kawan-kawan.. Semalam kena buat kerja kat luar dari ofis.. so, dapat balik rumah awal sikit dari selalunya lah.. after that take a nap for a while sebab panas sangat..kepala jadi skait.. bangun tidur memang rancnag nak pergi Meru, rumah Aina..nak tempah baju.. sekali bangun je tidur kawan call.. suruh datang kedai dia.. saya pun pergilah..
Sebelum keluar rumah tu tengok atas meja ada lauk siput masak lemak cili padi.. sumpah terliur.. sekali pegi dapur, nasi takde pulak.. suruh my sister masak dengan harapan balik karang nak makanlah..
Pergi seksyen 7, jumpa kawan tu.. borak-borak smabil bincang masa depan sikit..ada urusan in future dengan beliau.. tengok jam.. nak abis maghrib dah…lari timing dah ni.. pergilah rush rumah Aina pulak kan.. dalam perjalanan, ada kawan lama call…ajak pergi event kat Wangsamaju.. saya dah berkira-kira tak mahu pergi.. jauh laa.. memang lah sejam.. tapi sebab dah lewat nak pergi..kang balik pukul berapa pulak kan? Dia duk pujuk.. saya pun, setujulah.. nak jaga hati kawan sebenarnya....
Saya tanya event apa..dia cakap nanti kau tau lah.. pergi je.. okay, tak banyak soal dah.. tapi dalam hati duk risau.. sebab pakai selebet je kot.. jeans,t-shirt dan selipar.. tudung pun pakai tudung ekspress tu..Muka of coz macam mayat hidup je..
Dah sampai Wangsamaju, masuk  bilik macam dengar ceramah..masa saya masuk tu, dah mula dah ceramah tu.. bukan ceramah apa… macam motivasi laa.. dengar dengar dan dengar lagi….DANGgg!!!! MLM program laa wei… adoiyai… saya memang tak suka langsung masuk direct selling or aktiviti MLM macam ni… memang masa tu dah gelisah bagai.. diaorang siap welcoming saya dalam event tersebut..macam saya ni terus jadi ahli laa.. haishh.. tengok jam.. mak aii.. pukul 11.35 malam dah.. aduss.. macam mana ni… esok kena kerja laa.. bangun pagi..
Tak tahu nak cakap macam mana nak balik..sebab naik kereta kawan tu.. memang menyesal tak sudah… saya kalau tumpang kereta orang ni.. memang lain sikit.. bukan apa.. sometimes kita memang nak minta diri nak balik kan.. tapi memikirkan datang dengan orang.. kenalah balik pun dengan dia.. dan.. kadang-kadang..kita takmo balik lagi.. tapi tuan punya kereta nak balik dah..so, kenalah jugak angkat punggung…
Saya hairan sesangat.. yang join tu ramai yang educated.. dorang ni tak baca paper ke? Tak de dengar ke cerita MLM ni.. takpelah.. masing-maisng ada opinion masing-masing kan.. tapi for me.. sorry, memang langsung tak berminat… dalam kereta kawan saya tanya.. macam mana? Saya just said.. sorry, memang langsung tak berminat dengan semua ni…
End up sampai rumah pukul 2 pagi.. amek kaw! Tengok siput masak lemak tadi pun tak berselera dah.. dalam otak Cuma fikir.. tidur…!

18.6.12

Tips to be a strong single lady..


sumber : google


Single is not easy like others think. Seriously, you must have a very tough heart. You really need to be strong girl..I don’t know how single men feel.
 Diam tak diam almost 7 months I being a single and available lady. Pada permulaan memang susah..gila tak susah, selepas almost 6years bersama… Sejujurnya payah sangat nak menyesuaikan diri. Sebab sebelum ni mana-mana pergi berjalan dengan seseorang… nak mengadu nasib pun ada yang mendengar.. nak merajuk nak mengada-ngada pun ada yang melayan…kalau nak buat sesuatu pun boleh mintak pandangan atau idea dia..

saya faham kalau ada perempuan yang tak boleh hidup tanpa teman (read: boyfriend) di sisi… saya ada jugak kawan-kawan yang macam tu.. mereka bukan lemah ye.. cuma mungkin belum tiba masa mereka mengalami situasi begini.. saya percaya kalau Allah takdirkan kita untuk mengharungi sesuatu maknanya kita insan terpilih.. tak semua orang mampu mengharungi seperti apa yang kita harungi...
Alhamdulillah, saya berjaya jugak mengharungi semua ni..Allah tahu saya boleh, sebab tu takdir saya begini.. bukan bermaksud saya menyerahkan semuanya pada takdir ye! if you ask me whether I already forget him or not… my answer yes! 101% forget and no more feeling towards him.. tapi kena ingat, sejarah tu takkan pernah padam dalam hidup seseorang kan? Saya lupakan dia tapi saya tak pernah menafikan kewujudan dia dalam hidup saya.. mungkin saya senang melupakan dia atas apa yang telah dia lakukan pada saya.. mungkin…   
Saya nak  bagi tips untuk mereka yang tengah cuba melupakan seseorang..
1.    Delete nombor fon dan mesej dia, even you still remember his number right?
2.    Picture dia delete ataupun hide dari pandangan korang. – I took 1months untuk buang pic yang ada dalam purse..
3.    Kalau rasa sepi, on je FB ataupon blogging.. Please delete him from your FB list.. jangan block.. kita tak tahu kalau masa kana dating kita dah boleh terima dia sebagai kawan biasa kita kan?
4.    Cuba aktiviti baru.. kira cari hobi baru lah..
5.    Kalau nak hang out, just tanya je membe-membe rapat kita.. insya’allah mereka sudi temankan kita..
6.    Kalau ikutkan masa kita couple ni sebenarnya kita banyak lalai urusan Allah.. bila kita single ni lah kita ada masa dekatkan diri dengan Allah..mengadulah dengan DIA... 

Sekarang saya happy dengan life saya.. walau takde orang nak mesej 24jam.. takde yang nak tanya dah makan ke belum..takde yang nak ajak saya keluar bila-bila masa je…takde pon orang rindu-rinduan kat kite..takde yang nak jeles tak tentu pasal...#eehhhhh!
Kalau ditakdirkan saya bercinta lagi.. saya taknak lama-lama bercinta.. nak terus je kahwin.. kalau betul lelaki tu ikhlas, mesti dia setuju untuk berkahwin.. cinta selepas berkahwin itu lagi indah rasanya... :)



Masih menunggu bakal imam menjemput saya.. ^_^

Tips mengecilkan liang roma @ pori-pori

Sebenarnya pori-pori membesar sebab adanya kandungan minyak yang berlebihan dalan liang roma tersebut. Meskipun kulit anda jenis kering, minyak tetap ada dalam liang roma tersebut. Cuma mungkin kandungan minyak dlama liang roma anda berkurangan dari mereka yang berkulit normal.
Untuk membersihakan minyak tersebut, sila gunakan pembersih muka yang bersesuaian dengan kulit anda. Sekurang-kurangnya basuh dua kali dalam sehari. Selepas membasuh muka, liang roma terbuka justeru itu sila ambil peluang ini dengan menyapu toner keseluruh wajah.
Tomato juga berkesan dalam mengecilkan liang roma. caranya, ambil sebiji buah tomato, belah 4. Sejukkan dalam petisejuk dalam 15minit. Selepas mencuci muka, ambil belahan tomato tersebut dan sental pada muka. Setelah itu bilas muka dengan air bersih dan kering kan. Ini adalah toner semulajadi yang boleh kita lakukan. Dalam tomato itu terdapat bahan semulajadi untuk mengecilkan liang roma.
Pakailah mask 2 kali dalam seminggu untuk mendpaat hasil yang optimum.

tips ini berdasarkan bacaan saya.. :)

15.6.12

Anda cinta dia kerana?????

Pagi tadi dengar kat HotFm, tajuk “Anda cinta dia kerana …….” Memamng hangatlah nak diperkatakan.. ada tu cinta suami sebab janggut… hikhik:p kawan saya ada seorang yang macam tu.. nak cari lelaki yang ada janggut je.. akhirnya dapat suami yang memang ada janggut… teringat dulu masa sekolah, saya geli lelaki berjanggut ni… anti sikit.. AG Hot FM bermadah “cinta kita ibarat janggut, makin tumbuh walaupun dicukur, dan janggut dari hitam ke putih menandakan cinta yang matang”… lebih kuranglah ayat dia macam tu.. serius lawak!

Kalau saya, mungkin akan cinta pada seseorang kerana keramahannya dan kematangannya.. sebab saya ni jenis yang suka berborak dan memang kalau jumpa dengan orang yang banyak cerita kira satu kepala lah tu… kalau jumpa dengan orang yang pendiam and kalau tanya pun die jawab sepatah-sepatah.. adusss… hilang idea sudah nak cakap apa… hilang modal nak ajak berborak kan? Nanti tiba-tiba je saya pun jadi pendiam jugak..=] tetiba taw.. sebab sifat semulajadi bukan macam tu…
saya rasa semua perempuan nak kan cinta dari seseorang lelaki yang matang kan? sebab lelaki yang matang boleh melindungi dan menjaga kita dengan sebaiknya.. matang membuat keputusan supaya cinta yang di bina tidak musnah begitu sahaja... (talk from experience)



Apa pun kena ingat.. niat utama bercinta adalah kerana Allah.. supaya ia nya takkan hilang…



Notahati: masih mencari cinta.


McCafe from McDonalds for all of you guys~!

Ni kesinambungan entri di bawah ye...

Actually McCafe baru je nak dilancarkan di Malaysia. 1st McCafe ever is at McDonalds Kota Damansara.. hanya di sana sahaja ye... tempat-tempat lain takde lagi ye...Hari Sabtu (16/06/12), which mean tomorrow, pelancarannya.. so, you guys!!! come over there and taste it.. McDonalds have something new for you... Jadilah antara yang terawal untuk merasainya...

Pasti you all tanya, kalau sabtu ni baru dilancarkan, macam mana pulak entri di bawah ni wujud.. kan?? hehehe.. jawpaannya.. saya staff di McDonalds... we try and test new product before customer laa..


saya tak bekerja di restoran..kot-kot lah korang nak tanya McD mana saya bekerja kan.. saya kerja di ibu pejabat dia.. Damansara Uptown 3... marilah kalau nak jumpa.. saya belanja korang makan McD.. hehehe..



Chocolate Frapes.. (tak tahu ejaan sebenar)..


13.6.12

McCafe from McDonalds...

Tadi pergi rasa produk baru... soon all of you boleh rasa jugak.. sebab hari ni hari rabu.. jadi malas lah untuk berkata-kata... lets picture story... =]






Produk baru dari McDonalds.. =)

WW Mimah Bersanding

more story in next entry. =)

11.6.12

Menjahit untuk menjadi isteri mithali..

Assalammualaikum..\

Happy working guys... even malas.. hehehe.. saya lah tu...;p

Dalam sebulan dua ni..saya ada keinginan yang membuak-buak sekali...ayat dramatis betul.. keinginan nak belajar menjahit... serius! rasa teringin sangat-sangat nak belajar menjahit.. saya nak ambil kelas menjahit baju kurung biasa dan baju kurung moden.. lepas tu pasang angan-angan nak ambil tempaham orang.. tengok tu.. dah berangan.. hikhik:p



sumber: murai.com


saya rasa sekarang ni makin susah kot nak cari orang yang bebetul menjahit kemas dan teliti.. sedap je bila pakai baju tu kan? kalau ada pun mahal.. memang mahal betul lah.. sepassang baju kurung biasa upahnya RM55.. see.. mahal! jadi saya rasa saya nak belajar asas baju kurung dan baju kurung moden ni sebab bila dah belajar asas, macam-macam yang kita boleh buat.. setuju tak? macam dulu, saya pandai masak sup dan sambal je.. sekarang ni, bagi lah lauk apa pun, insya'allah saya boleh olahkan jadi menu.. perkara asas tu yang penting...

lagi-lagi sekarang trend dress labuh dan skirt labuh.. senang je saya rasa nak menjahitnya.. cuma kena pandai mencari rekaan yang up-to-date untuk menjualnya.. kan? boleh jadi businesswoman tak?

bila saya suarakan kat ibu... ibu cakap; mana ada orang tempah baju kurung dah sekarang ni... sedih kot rasanya.. tapi bila difikir-fikirkan balik.. baju kurung takkan hilang dek zaman.. sebab nak pergi sekolah pun kena pakai baju kurung kan? kalau masuk ipta pun ramai yang memilih pakai baju kurung dari baju kebaya... nak pergi kelas pakai baju kebaya sesekali bolehlah.. kalau hari-hari? mau jadi ratu kebaya...

saya akan teruskan jugak niat saya nak belajar menjahit ni.. kalau tak layak ambil tempahan pun takpe.. sebab bagus perempuan ada asas macam-macam ni.. kan? nanti bila dah berkeluarga boleh meringankan beban suami.. ehem ehem.. nampak tak saya bakal jadi isteri mithali.. kihkih;p masuk bakul angkat sendiri kan??

saya dah ada asas memasak, membakar kek atau kuih dan jugak asas mendandan diri.. jadi nak complete untuk jadi satu pakej yang bagus kena ada asas menjahit juga...

7.6.12

Kawan-kawan sekalian. Thanks!

Assalammualaikum…

Sudah sampai hari Khamis yawww! Yippie! Minggu ni banyak vitamin “M” (read:malas) dalam badan.. adoi.. sampai susah nak pergi kerja..huhuhu.. tapi saya tak pernah ponteng kerja lagi ye!
Sepanjang bulan 5 dan 6 ni kan banyak majlis perkahwinan berlangsung.. dan saya rasa happy sebab dapat pergi kesemua majlis-majlis yang dijemput.. dan…. Rasa happy sangat-sangat sebab dapat jumpa kawan lama.. now I realized I got so many friends.. dan mereka adalah terbaik!
Saya ingatkan saya tak ramai kawan.. bila jumpa mereka-mereka semua.. wow!! Cakap dalam hati, ramainya kawan aku..

Friends; if u read this. I’m happy to have u guys in my life. All of u are special to me. Thanks to be my friends. Kalau nak sebut nama sorang-sorang memang panjang menjela lah entri ni.. so, I dedicated all this to of you.
Nick Ereyz, we friends from 2006 until now. Dia salah seorang yang masuk dalam list bff saya.


Ajai, ni kawan lama since lepas SPM. Dulu sama-sama kerja McD. Baru jumpa balik. Seorang yang suka buat lawak but yet he’s a serious guy.


Syaza, kaki shopping minah ni.. masa keje McD dulu.. dpaat gaji hari ni, esok dah tinggal puluh-puluh.. perghh.. memang shopping tak beringat.. sekarang dah ada anak, kenalah tinggalkan habit shopping tu. dia sebaya dengan saya dan dia sudah ada anak.. T_T


Dalam ramai kawan-kawan aku, aina ni boleh dikatakan tahu everything about me. Dan kami punya pandangan yang hamper sama.


Liya, kawan dari tadika until now.



Fyza, kawan dari secondary until now.

6.6.12

WW 060612

5.6.12

Burger Bakar Kaw Kaw tak sesedap mana.

Sekarang ni kan famous dengan burger bakar lah burger YB laa.. semua jenis burger lah.. burger ramly dan burger oblong kena di anak tirikan buat sementara waktu ni..hikhik:p
Burger bakar tu pulak daging dia memang puas lah makan…sebab daging dia buat sendiri kan? Minggu lepas saya sempat pergi ke gerai Buger Bakar Kaw Kaw.. Office-mate saya yang tunjuk arah jalan.. nak harapkan saya?? Ehehhehe… tak merasalah makan burger tu.. Terima kasih ye kawan-kawan… lepas gak hajat nak merasa..






gila selekeh... >_______<"














Masa keluar office tu, cuaca elok je.. pertengahan perjalanan tu, hamek..! hujan selebat-lebatnya.. nasib baik rumah office-mate saya berdekatan kawasan wangsamaju tu.. apa lagi, singgah rumah dia sebab nak amik payung.. yang bestnya, payung rumah dia semua besar-besar, means muat untuk 2 orang lah..


muka kelaparan...


Aina dan Amy..



Thanks to Aina sebab tunjukkan jalan...



Sampai je sana.. Alhamdulillah, orang tak ramai.. mungkin sebab hujan lebat kan? Kejap je dapat order.. seronok!


ni bukan saya punya..
ni burger ayam...

saya order burger daging...

Masa tengah makan burger ni, memang orang ramai sangat.. berpusu-pusu orang dating kedai dia.. fuhhhh! Ada hikmah di sebalik hujan lebat tu..
Tapi bagi saya burger tu takde special mana..sebab burger bakar baru lagi kat Malaysia ni kan.. sebab tu Nampak luar biasa sangat.. rasa dia, biasa je.. xde special mana pon.. sayur pon tak banyak.. kalau korang perut luas dan banyak ruang.. bolehlah makan sensorang..ni dari pengalaman mulut yang rasa ni lah kan.. lepas ni, nak try burger bakar yazid pulak..  tapi tu kena bawak kawan2 jugak.. sebab nak makan sorang memang tak larat der…


Tips Shopping Online.

Sejak azali lagi perempuan memang suka membeli-belah kan.. kalau tak dpaat membeli, dapat jenjalan cuci-cuci mata pon jadi lah.. ahahaha.. saya lah tu..memang ada perempuan yang tidak suka membeli-belah ni, tapi bilangannya amatlah sedikit.. betul tak?
Ni saya nak cerita habit saya sendiri…
Saya ni kalau ber”shopping” ada satu habit.. iaitu duk belek-belek..usha sana-sini.. lepas tu memang tak beli… hahahaha… kalau saya lama nau fikir sambil tengok barang tu.. haaaa! Sahlah.. memang saya takkan beli.. hihihi… tak tahu lah kenapa.. penyakit apa ntah melanda saya ni..memang dari dulu macam tu.. tapi!! Kalau saya terus grab..test, dan terus ke kaunter.. haaa.. memang saya terus beli.. kalau dah belek empatpuluhenam kali.. memang confirm saya tak beli..
Sebenarnya dalam hati memang nak sangat beli.. tapi entah apa yang saya fikirkan pon saya tak tahu.. kalau harga mahal tu memanglah.. terus ku tak belek dah.. tengok je dari jauh.. sebab kena ukur duit kat poket sendiri..ehhh?? hehehe.. pepatah sendiri..
Sekarang ni pulak kan zaman shopping online… haaa! Yang bestnye.. main klik-klik je.. tak hingat dunia.. sebab tak dpaat belek kan?? Sekali kau.. kusss semangat tengok balance dalam akaun tu… tapi.. kalau dah banyak-banyak website saya bukak… memang takde harapan saya nak beli.. sekadar melihat je.. mana yang jadi trend sekarang ni.. selalu beli shawls je pon yang online ni..
Tips untuk shopping online : kalau korang nak harga murah, sila elakkan cas penghantaran,.. sebab ada blogshop yang menawarkan free cas kalau kita beli lebih dari 3 kan.. sebab kalau korang tambahtolakdarabbahagi sebenarnya harga yang korang beli tu sama je macam beli kat luar…

4.6.12

Cara yang betul untuk cuci muka.


Kalau korang tengok memang lah basic sangat kan benda ni.. hari-hari pon kita buat..  tapi mana kita tahu yang kita buat tu betul atau tidak kan? untuk mereka yang kulit bermasalah seperti jerawat.. ni memang patut cuba yea.
Muka kita hendaklah di basuh dengan air yang mengalir. Means, cuci muka , sental sikit.
Picit cleanser kat tapak tangan, normally sikit je yea! Jangan banyak-banyak, membazir.  letak air sedikit dan buih kan dia dulu. Bila dah ada buih, baru sapu kat muka. Serata kan pada tempat yang bermasalah dulu. Rata kan dalam seminit dua. Kemudian baru bilas bersih. Ambil tuala kering dan lap kan sehingga kering. Korang boleh rasa perubahan sebelum cuci muka dan selepas.

Untuk mereka yang menggunakan makeup.. hendaklah bersihkan dulu segala menda yang ada kat muka.. gunalah makeup remover dulu.. kalau takde makeup remover tu.. ambil sedikit minyak zaitun, letak kat kapas dan sental muka. Minyak zaitun sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk kulit kita. kalau korang beli sebotol minyak zaitun tu, berbulan-bulan tahan taw! kalau tak guna untuk remover, untuk melicinkan kulit pun boleh, next time saya bagi tips.. kalau nak tahu khasiat sepenuhnya, Sila google sendiri.. hehehe :D


saya beli SAFI je.. dah setahun ada dalam simpanan..:)

Hari ni nak pergi watson, mahu membeli cleanser foam Za yang berwarna pink itu... hikhik:p

idaman kalbu..;)