3.9.19

3 September 2019. Happy Anniversary.

Assalammualaikum.

Lama tak menulis di sini. Berhabuk gila. ramai pun blogger otai dah tak menulis. kan? apatah lagi aku blogger picisan.. 

Today, 3rd September tarikh ulang tahun anniversary perkahwinan yang ke 3. 
Masih muda. Masih setahun jagung. dan aku masih belum pun kenal suami aku sepenuhnya. 
This is reality. 

Aku berkawan 4 tahun dengan dia sebelum berkahwin. tapi kami tak couple and we not closer towards each other. Banyak bercerita bersama tapi masih ada rahsia antara kami. 
Sepanjang perjalanan ke angka 3 tahun. Tak banyak perbalahan kami lalui, ada je gaduh gaduh manja, gaduh gaduh kasar. tipu sangat kata takde. 

Masa kami berdua singkat, hanya 9 bulan. kemudian Amani lahir. Aku anak sulung, yang dah biasa uruskan budak kecik. Dia anak bongsu. Dia banyak sangat dengar cakap cakap orang. Jadi aku,  cakap kat dia. Anak kita, kita uruskan cara kita. Zaman sekarang senang, ada FB, ada google dan jugak banyak forum kan? 

Aku dan dia sama je, kurang sabar dan cepat marah. Tapi sejak berkahwin ni, aku dah slow down kan kemarahan aku. For sake of my marriage. tapi ada masa aku hambuskan je apa yang terpendam. simpan dalam hati tak guna, sebab orang tak tahu apa yang menyebabkan kau marah. kan?

Terima kasih Allah atas perjalanan perkahwinan kami. dan Terima kasih kerana memberi kami Syazwina Amani. 

19.7.18

Lepas raya?

Assalammualaikum.

Lama tak menulis. Tak tahu pulak nak bermula dari mana. 

Lepas raya haritu aku mula kerja di tempat baru. Kerja dalam industri manifacturing. Kilang bak kata ong melayu. Sebab aku ni jatuh dalam bidang Admin jadi sampai masa nanti tak boleh nak pergi jauh. Kadang rasa menyesal dulu dulu masa freshie tak nak pergi apply ke bidang HR. Tapi ni lah namanya takdir Ilahi ye. 

Takat sebulan kerja ni, masih tak dapat nak tangkap flow kerja. InsyaAllah soon akan dapat tangkap procedure dan work flow.

Sebenarnya bila dah jadi mak ni. Rasa nak duduk rumah tu kuat kan? Tapi masihnada komitmen yang kena dijelaskan tiap tiap bulan. Maka, kita bekerja lah sekuatnya.

So, lepas raya ni ramai tak macam aku? Berat bertambah. Sampai ada yang tanya pregnant lagi ke? Awwwww.... Malu kita wak.. Lelemak je yang kita kandung ni. 😂

Sekarang tengah cuba mendiet. Tapi tak lah strict sangat. Hati kita tak kental. Hihihi~~

31.5.18

Persiapan raya.

Assalammualaikum.

Lama tak menulis di sini. entah masih ada pembaca atau tidak. tapi tak kisah. sebab menulis tu suatu kepuasan. Tahun 2018 paling malas menulis di sini. sebab suka membaca je...

Hari ni dah masuk 15 Ramadhan. persiapan raya korang macam mana? Last year raya dalam pantang  kali ni raya anak dah pandai berlari. So, excited lebih. 

Baju jalan raya untuk Amani beli masa PADINI sales akhir bulan 4 hari tu. Senang settle kat situ je. Cuti Wesak hari tu, pergi GM Klang, ingat dah keluar awal. Rupanya ada lagi awal. hadoiiii laa... mencari parking macam cari emas..

Masa sampai GM lepas cari parking dah pukul 11 pagi.. dengan tak bawak stroller nya, aku dah risau.. risau sebab nap time Amani 11 lebih ke 12 lebih.. Setengah pertama dia okay, lepas tu dah lain macam. Husband pulak, dia bukan boleh bertenang kalau anak dah meragam. Kalau aku, buat tak tahu je. hahahahah~~~ buat pekak. 

Baju raya aku tahun ni tempah, sebab nak sedondon. Husband beli je. Sebab baju melayu senang cari. kaler tema tahun ni pun yang senang je. insyaAllah senang lah jumpa nanti. Kakak tailor kata, boleh collect 3hb ni. lepas tu boleh dah cari baju melayu. 

Amani pakai kebaya tau tahun ni. tak sabar nak tengok. Tapi lengan aku suruh MIL potong, buat senteng je lengan nya. takpe lah, baju budak. lagi lagi anak aku jenis kuat peluh. 

so, korang dah start baking kuih raya ke?


24.1.18

Rutin harian baik kerja

Aktiviti paling rindu nak buat. balik kerja tengok tv. 

Sekarang ni balik kerja laju laju, sampai rumah letak Amani terus sinsing lengan kat dapur. 
kita berperang di dapur. 
sebelum ni aku buat frozen food kan? tapi sekarang masak 2 3 hari sekali. sebab capacity tak mencukupi nak simpan lauk pauk.

Selalu macam ni, sejenis ikan dapat 2 atau 3 jenis masakan. sebab kat rumah setakat 3 orang je makan. kadang tu mak mertua dengan suami je makan. sebab aku malas nak makan malam. 

macam semalam ikan kembung tu ada 7 ekor kot. pulak tu besar besar, jadi nya, 2 ekor aku masak asam rebus, 3 ekor masak kicap, 2 ekor lagi buat masak taucu. haaaa~~ kau, terus settle3 hari punya menu.

Sambil masak lauk pauk, sambil masak air panas untuk termos Amani. kadang sambil masak makanan Amani, Macam saya alhamdulillah suami jenis ringan tulang. jadi, mana yang saya tak sempat kemas dan basuh, dia yang buat.

Lepas maghrib baru  mandi. Pukul 9 malam saya tutup lampu nak tidur kan Amani. 

Rutin balik kerja memang packed. tu yang buat rindu aktiviti zaman sebelum kahwin.