Tak
tahu lah nak cite camne kan.. sebab I olls malu sikit cite bab-bab perempuan
kat public ni.. tapi nak taip jugak kat sini..
Saya
tak ingat sejak bila period saya tak regular. Tapi yang paling latest saya
perasan tahun ni. Itu pun sejak saya guna application kat fon. Kalau tak..
memang haram nak ingat.. cycle yang normal selalu 28 hari kan? Tapi saya mesti
lebih more than 28 days. Pernah 2 bulan tak datang.
Sejak
datang period saya tak pernah pun kena senggugut. Kalau kena pun just mild
pain. Tak macam orang lain yang sampai berguling-guling. Saya masih lagi boleh
pergi kerja dan buat apa-apa aktiviti. Tapi since this year. Saya mesti rasa
macam nak patah pinggang sebelum period. Really pain! Sampai rasa nak nangis
sebab nak duduk tak boleh nak berdiri pun tak boleh. Serba tak kena jadinya.
Saya
nak makan jamu. Tapi saya google, anak dara tak elok makan jamu sebelum kahwin. jadi, kena tukar cara.
Tanya
ibu dia tak pernah macam saya, unless dia pregnant lah kan.
Kalau
pergi jumpa doctor, dorang ada buat scan ke eh? Scan yang macam mana pulak.? Siapa
ada pengalaman boleh tolong saya yea..
Ada kemungkinan tak penyakit lain datang? zaman sekarang ni macam-macam penyakit ada..
1 ulasan:
hajar,akak rasa better refer doc terus jgn mkn jamu dulu..hajar belum kawen kan? selalunya doc bt Pap Smear bg pmpuan yg dah kawen..tu jela yg akak boleh advise..
Catat Ulasan