27.2.14

cerita ceriti

dunia hiburan saya sekarang ni hanya lah internet sahaja.. kat tv ada cerita apa pun saya tak tahu.. balik rumah terus duduk dalam bilik... dalam rumah tinggal saya dan adik bongsu.. 

kalau dulu rumah semua adik-beradik ada, memang memekak ya amat.. sampai kau rasa, nak halau je semua orang.. hahaha.. sekarang ni sunyi lah pulak.. nak duduk kat depan tengok tv memang takde feel.. kalau nak tahu cerita apa tengah hot.. tengok je Fb atau twitter.. confirm tahu.. kekadang dapatlah tahu sikit-sikit jalan cerita nya.. hihihi

nak masak sekarang pun takde mood.. siapa je lah nak makan kan? membazir je.. sekarang ni kalau masak memang sikit je.. contoh masak ayam kicap.. 5 ketul je saya masak.. tu pun ada lebih seketul sampai esok.. abah memang jenis makan kat rumah.. tapi dia tak kisah pun nak jenis lauk tu.. janji nasi.. so, lauk semalam memang abah lah selalu habiskan..

nak masak nasi ayam ke nasi minyak ke.. tunggu makcik-makcik datang rumah.. tak pun tunggu adik-adik saya balik.. sekarang ni saya teringin nak masak nasi ayam.. tapi bila fikir nak masak sikit tu.. macam tak feel pulak.. hehehe.. dah terbiasa masak banyak kan?

putaran hidup kan? esok-esok kiteorang dah ada family sendiri.. lagi lah ibu abah sunyi.. 

Tiada ulasan: