Akhirnya sampai juga hari Jumaat.. minggu ni sibuk yang teramat.. rasa macam tak cukup nafas je tau.. kerja ni memang sampai bila-bila pun tak habiskan? sebab kalau kerja dah habis, company kita dah bankrupt maksudnya.. hehehe:D ayat tu sampai bila-bila pon boleh ingat.. ayat boss..
Sebenarnya nak cerita macam-macam.. tapi takde masa nak mengadap blog.. blog pun dah suam-suam kuku.. banyak sarang labah-labah.. terfikir nak stop.. tapi tak boleh.. saya masih memerlukan ruang untuk menaip.. =)
Dah 3 hari selsema teruk di tambah dengan sakit tekak lagi.. saya kalau demam jarang sangat dapat selsema.. selalu batuk je.. ni semua pakej datang sekali.. tapi gagah kan diri juga pergi kerja.. sebab banyak event dan meeting this week.. nak tak nak, you have to.. bagi saya, tanggungjawab tu kena di pikul sebaiknya.. taknak nanti ada cakap-cakap belakang.. walaupun saya tahu, masih lagi ada orang cakap-cakap belakang..
muka pucat..
smile even your heart is crying..
^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan