16.8.16

Resepi Spaghetti Pedas

Sambung cerita minggu lepas..

Ibu request nak makan spaghetti bolognese.. tapi nak pedas sikit.. selalu kalau makan kat mana-mana ibu memang tak reti makan bolognese.. sebab masam tomato tu kan.. tekak tipikal melayu mana reti makan masam tomato tu... 

jadi saya buatlah... saya pun teringin jugak.. hekhekhek:p lama tak makan spaghetti buatan sendiri...

Resepi ikut turutan bergambar lah yer... sonang sikit nak cite...

Bahan-bahan diperlukan:

Meatball
Daging Burger
Sos bolognese Kimball
Cheese
Cili Giling
Spaghetti
Bawang Putih
Lada hitam - di tumbuk kasar
3 sudu besar sos cili
cendawan - saya guna cendawan shitake, kena rendam dalam air panas dulu..



mula-mula goreng meatball dulu..
minyak tu agak-agak lah yer...


bila nampak meatball separa masak..
masukkan bawang putih yang di cincang..
saya guna 5 ulas bawang putih..

lepas tu agak-agak bawang putih dah garing..
masukkan cili giling @ cili blender..
bergantung tahap pedas korang nak..



lepas cili dah garing baru masukkan sos spaghetti..
yang ni saya guna 2 botol sos spaghetti size kecik..
masukkan sekali cendawan shitake..


dah buih-buih sos tu..
masukkan daging burger yang di cincang..
guna daging kisar pon boleh.. tapi daging kisar kena goreng sama dengan meatball..
tujuan goreng nak bagi air daging tu kering..
kalau tak rasa kuah spaghetti tak best..

masa ni pon masukkan sos cili yer..
jangan banyak-banyak sos cili tu..
nanti rasa sos je kuah tu kang..


bila kuah dah masak..
masukkan cheese..
masa ni guna cheddar cheese kalau tak silap..
masukkan jugak serbuk lada hitam tu..
dalam 2 sudu makan..


tabur sekali serbuk cheese..
heavennnn!!


selamat mencuba yer..

Tiada ulasan: