17.5.10

semua komuter punya hal!

SELAMAT HARI ISNIN….

Semalam satu hari keluar pergi jalan-jalan..dan hari ini kaki, badan dan kepala, semua nak sakit..hiashhhh… tu lah berjalan tak ingat dunia kan? semalam pergi pwtc..balik tu pergi date dengan mydemok..

ni nak cerita sikit ni..ketidakpuasan hati saya..15hb yang lepas, koc wanita tu dah available bagi semua laluan..saya dari arah seremban masa pergi tu..memang naik koc wanita, sebab tak berapa full kan..gerabak yang lain dah kena berdiri bagai..tapi ada jugak lelaki yang naik gerabak tu..muka tak bersalah langsung! ade makcik tu nak duduk diaorang buat derkk je..rasa nak lempang laju-laju je..dahlah naik gerabak salah..nak wat muka tak leh blah betul!

masa nak pergi tu, saya rasa yang duduk sebelah menyebelah saya ni budak baru di kolej saya..so, diaorang ni ada yang dari negeri belah utara, johor dengan negeri apa ntah..tapi dalam berempat tu, seorang tu orang KL..dia yang bawak kawan-kawan dia pergi jalan-jalan tu..*rasanya lah*..yang tak boleh blah kan..tau lah datang dari negeri yang takde komuter..tapi please lah..behave urself..

waa..diorang punye jakun naik komuter tu..memang nampak sangat..sebabnya!! cerita nak bagi satu gerabak dengar,..mana tak bengang kan? cite perlahan-lahan dah lah..takde siapa pun tahu diaorang tu pernah naik komuter ke tak..ini kalau cerita sampai satu gerabak nak dengar..memang rasa nak jerit je kat diaorang..”wahai orang kampung, boleh perlahankan suara tak?

bukan saya nak kurang ajar..tapi tolonglah hormat orang sebelah menyebelah..itu belum naik LRT dengan monorel lagi..surelah nanti orang pandang macam apa kan? makcik depan saya tu, pandang diaorang dengan muka tak puas hati..itu pun diaorang wat muka selamba je..saya tahulah kat Johor takde komuter ada keretapi tanah melayu je kan? tapi volume tu tolong rendahkan ye adik-adik sekalian..kawan dia yang dari utara tu, mulut membebel macam apa je..memang saya angin betul lah duduk tepi diaorang semalam..satu gerabak duk jeling maut, diaorang buat tak tahu je..

balik pulak, disebabkan orang ramai sangat, saya pun naik je lah gerabak lain..saya naik dari bank negara, sampai di stesen KL sentral, tahu je lah orang penuh macam mana kan? dah siap berhimpit bagai ni..ada pulak makcik keje KTM ni..jerit-jerit dari luar..”ladies tolong keluar, masuk gerabak kamu”..rasa macam nak jerit je kat makcik tu! “makcik tak nampak ke gerabak wanita tu dah penuh macam sardin..lebih teruk dari sardin?” then, kami yang perempuan ni, dah duduk di kerusi, bayangkan lah dengan ramai orang macam sardin tu yang majoriti lelaki tu, nak suruh kami keluar? ohh..sorry, saya tak keluar pun..negara kita punya ramai kaum wanita berbanding lelaki..nisbah wanita lebih ramai lagi dari kaum lelaki.memang tak cukuplah kan gerabak wanita lagi-lagi masa kemuncak..

sakit hati betul lah dengan komuter..hei..orang dah penat-penat, dia nak wat kecoh pulak..time makcik tu jerit-jerit macam tu, lelaki-lelaki yang dalam gerabak ni duk pandang “kerek” je kat makcik tu..

semalam sempat juga tengok komuter baru di uji..ada 6 gerabak semuanya..dan sememangnya laju wooo…saya tahu komuter akan beza-bezakan gerabak dengan mengikut kaum wanita , kaum lelaki dan juga gerabak untuk family..

terpanjang pulak entri ni..yelah, tak puas hati dan marah punye pasal..

**saya bukan menghina orang kampung..saya cuma marahkan budak-budak yang bising tu je**harap maklum!

15.5.10

6 benda harus di elakkan bila menggunakan facebook..

sekarang ni, mana-mana kita pergi semua orang duk sibuk berFB kan? lagi-lagi cuti weekend macam hari ni..siapa yang ada internet kat rumah tu, memang melekat je lah depan pc..alah, mengata orang lain..saya pun macam tu jugak..lagi kalau duduk kat rumah [hostel] ni sorang-sorang..memang tak pandang benda lain dah.. sibuk mengonlinekan diri..


saya nak kongsikan pada sesiapa nak nak tahu..ada 6 benda yang HARUS di elakkan bila di FB..


1.  Menggunakan password yang senang..
elakkan dari menggunakan nama kamu, tarikh lahir ke..ini mudah untuk orang hack profile kamu..cuba gabungkan huruf,nombor dan dengan simbol-simbol..susahkan orang nak hack? contoh password yang susah.. si_7ih@j4r! buat password pun kena ade kreativitikan??


2.   Mengisi sepenuhnya tarikh lahir kamu..
bagi pencuri atau perompak yang pandai..ini adalah satu peluang bagi mereka..mereka boleh menggunakan info-info sebegini untuk access akaun bank kita atau pun kredit kad kita..berjaga-jaga lah! maklumlah, perompak @ pencuri zaman sekarang ni pun ada strategi masing-masing..nak kayo cepat lah katakan.. jangan pandang remeh pasal benda-benda macam ni..dah pernah berlakukan??


3.  Limitkan privacy profile kita dari umum
ini bagus untuk kita..sebab selalunya kita add atau approve orang yang kita kenal je kan? jadi, private kan semua dari orang yang takde dalam friend list kita..terutama sekali tang nombor fon kita..kat fb ada kan? pegi check tengok..


4.  Ni untuk orang yang dah berkahwin dan yang ada anak..
ada orang nasihat..jangan letak nama anak dalam caption atau tag..sebab ini akan menarik minat penculik kanak-kanak yang berjaya di luar sana..sebarang kemungkinan yang mungkin akan terjadi..who knows??



5.   Tulis di status yang anda akan pergi holiday @ tiada di rumah
Memang kegemaran perompak ni..senang nak masuk rumah anda..sebab dia tahu anda sekeluarga tiada dirumah..lagi-lagi kalau taip sekali kat status tu, berapa hari anda tiada di rumah..aisehhh!!



6.    Pantau anak-anak anda yang menggunakan FB..
budak-budak zaman sekarang ni, advance sangat kan?? cuba bayangkan, kalau diaorang taip status tu..”mak ayah xde, saya bosan sorang2”..haa….cuba fikirkan kalau orang yang memang jahat..dia akan buat apa?? renung-renungkanlah ye kawan-kawan semua..


apa-apa pun, semua ni terpulang pada individu jugak..lain orang lain lah cara pemikirannya kan? lain padang lain belalang kan?? huh! terer tak saya berperibahasa…


sumber-sumber di atas ni amik kat Yahoo..klik Yahoo untuk penjelasan lebih lanjut..




"7 Things To Stop Doing Now" Consumer Reports Magazine, 12 May 2010

14.5.10

jika itu yang tersurat. . . .

Andai tersurat di loh mahfuz, kita di takdirkan untuk bersamaRed heart,
biar pun berpisah seribu tahun,
walau dua benua memisahkan kita,
jodoh pasti menemukan kita..





Andai jodoh itu bukan milik ki ta bersama,
biar pun hari-hari kita bersama,
walaupun kita selalu berjumpa,
namun, tetap tiada jodoh antara kita dan kita tetap tidak akan bersamaheart_broken..




memang jodoh sudah tertulis, tetapi kita harus berusaha mencarinya…



mood : tersentap dan merajuk Not talking dengan ………..

13.5.10

bila gastrik menyerang..mood lari..

satu hari semalam saya terperap dalam rumah..tak pergi mana-mana..kelas pun tak pergi..perut sakit gile lah..killer pain! gastrik datang melawat..dah lama tak kena..sekali kena..memang macam nak meraunglah kan..meraung taklah..tapi menangis tu ada..kelas semalam petang je..petang semalam tu dah reda sikit dah..tapi memang betul-betul takde mood nak keluar rumah..lantaklah kelas ke apa..

malam pulak pergi pasar malam..hurmm..takde apa menarik minat saya yang sememangnya kebulur ni..dah tu, pergi kedai runcit, beli ikan selar..pagi tadi saya masak sambal tumis ikan..haa..ambik kau! pagi-pagi dah makan nasi..nak wat cam ne..ada darah jawa..tak banyak pun sikit ada lah..[apa kena mengena dengan jawa lak ni??] ni pukul 9.30, saya dah kekenyangan..baru lega sikit perut..

bila tak makan kena gastrik..dalam perut lak ada angin…waaa…berpusing-pusing angin tu dalam perut..sakit gila..nak keluarkan angin memang tak boleh lah..saya ni manusia yang di kategorikan pelik sikit..saya jarang bersendawa dan jugak kentut..sebulan tu memang boleh dikiralah berapa kali je mengeluarkan angin-angin yang terperangkap dalam badan ni..minum air halia ke..sapu minyak panas ke..tak mau jugak keluar..

sistem perkumuhan saya yang berjaya ialah peluh..memang tu amat bertindak pantas..pantang tak kena kipas sikit..memang berpeluh sakan lah saya..kadang-kala dalam bilik yang ber air-cond pun, memang saya berpeluh..tapak tangan saya pun senang mengeluarkan peluh..

badan saya ni tak sihat ke apa erk??