11.5.12

Resepi Ikan Siakap Stim Simple

semalam tekak teringin sangat nak makan ikan.. tapi bila call rumah, adik cakap ibu suruh masak ayam.. aduhh.. lagi-lagi ayam.. kembang tekak dengan ayam.. jadi, saya balik kerja, saya singgah kedai.. nampak pulak ikan siakap.. tinggal seekor je.. haa.. amik je lah..

 jadilah hasilnya begini... makan panas-panas memang sedap!

Resepi Ikan Siakap Stim versi simple.


1 ekor  siakap
Sedikit serbuk lada sulah
5btg cili padi
10ulas bwg putih – tumbuk lumat
2biji bwg besar – 1 biji tumbuk lumat, 1 biji mayang
3btg serai – racik halus
Sedikit halia – tumbuk lumat
Asam keping
2biji limau nipis – Jus sahaja
5biji limau kasturi – Jus sahaja

1.      Ikan siakap lumur dengan garam dan bahan yang ditumbuk lumat. Perap dalam sejam.
2.      Didih kan air dalam kuali besar. Air tu terpulang banyak mana, kalau nak kuah lebih, lebihkan air.
3.      Bila air dah mendidih, kecilkan api, masukkan serai, asam keping. Asam keping tu masukkan sekeping je, hanya untuk buangkan hanyir ikan.
4.      Bila air mendidih, kecikkan api..masukkan serai..serai tu racik halus.. Masukkan asam keping..1 keping je.
5.      Kemudian masukkan ikan dan sedikit lada sulah.
6.       Bila ikan dah nak masak, masukkan cili api dan sebiji bawang yg di racik halus.
7.      Bila nak tutup api masukkan perahan air limau kasturi dan nipis.. Jgn msukkan biji limau nanti pahit.. Rasa garam. Siap!
8.      Tabur kan daun sup, wangi je bau die!

Ni version guna apa yang ada je.. kalau ada tomato dan daun limau purut, pon boleh letak. 

 Nama stim tapi tak stim pon.. hahahha.. version orang malas memang gini.. janji dapat rasa yang best kan..


bulan lepas boss saya pergi US sampai awal bulan hari tu.. bila dia masuk ofis.. dia bagi hadiah dari ni..

 senyum je saya sampai ke telinga...
nak beli sendiri memang tak mampu... 
thanks boss!
luv u..

10.5.12

life goes on; either you run it or the life run you?

selamat pagi semua...

Alhamdulillah, masih lagi bernafas dan diberikan peluang melihat dunia hari ni... Isnin (7hb) sampai semalam rabu (9hb) saya kena demam panas.. badan menggigil-gigil kesejukkan tapi suhu badan sampai 41'c... waktu malam paling saya rasa bahang dari haba badan sendiri walaupon saya rasa sejuk... setiap sejam saya bangun pergi basahkan kepala.. walau tak larat saya tak ambil MC pun, tetap pergi kerja sebab ada kerja urgent kena settle this week... dan syukur sangat kerja tu dah settle semalam dan hari ni saya dah sehat sikit walau demam tak kebah...

pergi kerja dengan main sarung je baju dan seluar saya nampak.. tak terdaya nak memilih.. pakai baju yang tak payah di iron.. muka toksah cakaplah.. dahlah pucat lesi... memang saya tak pakai secalit bedak mahupun BB krim.. tak koser lah nak menempek semua tu.. sebab selsema lagi batuk lagi... jadi pergi kerja dengan muka macam Mak Limah cuma tak de rambut menggerbang je...

last weekend pergi ke majlis perkahwinan kawan kolej dan juga bekas kawan sekerja.. bulan ni memang dapat pakej jemputan yang lengkap.. dari kawan sekolah rendah hingga ke kawan sekerja.. wow! looks like everyone getting married except me... :( memang meriah every week dapat makan sedap-sedap.. hehehe.. i'm enjoy in every wedding ceremony that i attend.. 


People change, things go wrong, shit happens, but life goes on.

Try to be happy as you can; you will see you have very wonderful life than others.




3.5.12

Fenomena Dena Bahrin dan pernikahannya.

Assalammualaikum..

Sekarang ni macam dah jadi fenomena perkahwinan di usia muda. Bagus sebab dapat mengelakkan masalah sosial yang dah makin teruk kat Malaysia malah di masalah ni dah merebak ke serata dunia kot. Maklumlah teknologi makin maju kan. Perangai manusia pun makin maju lah, tapi dari segi yang salah atau negatif.

Dan yang baru lepas bernikah adalah seorang blogger yang famous, Dena Bahrin (Klik ke blog beliau). Dia jadi terkenal setelah dia upload video bagaimana dia di lamar oleh seorang lelaki dalam youtube. video tersebut terus merebak. Sebab bagi kami yang belum di lamar ni, rasa sweet sangat dapat lamaran dari seorang lelaki dengan cara yang sopan.

 

Tengok video ni buat hati saya cair.

Dena deserve a good man for the rest of her life. From her blog, we can know that she is a nice girl. Twitter Dena juga selalu memberikan kata-kata inspirasi untuk kita buat baik. I adore this girl too much. Walaupun masih muda, tapi kata-kata dia tak melambangkan yang dia baru berusia 20tahun. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Insya'allah kita yang lain akan dapat lelaki yang baik sebagai imam dalam hidup kita.

 

crop from her twitter


Girl, you are so lucky to have this man as your husband. Semoga Allah merahmati hubungan kamu berdua sehingga ke Jannah. Ameen.

Saya pernah dengar ustaz atau ustazah cakap "hanya orang yang terpilih je dapat kahwin muda sebab kahwin muda dapat bayak keberkatan".Renunglah sabda Rasulullah di bawah untuk kita semua.


Jabir bin Abdillah r.a. menyatakan Rasulullah bersabda: “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku’.” (HR. Ibnu ‘Addi)

2.5.12

Berfesyenlah mengikut Islam.


Semakin meningkat umur, semakin saya cuba untuk mengubah diri kea rah kebaikan. Saya sedar, tudung saya pakai ni melambangkan agama yang saya bawa, jadi pembawakkan diri dalam masyarakat sedikit sebanyak kena diperbetulkan.


Sebetulnya dari sekolah rendah saya dah tertarik untuk pakai tudung. Cuma time tu on off lah pakai tudung. Tapi kalau pergi jalan-jalan for sure saya suka pakai tudung, I don’t know why, maybe saya seang dengan memakai tudung dari kena mengemaskan rambut. Masuk tingkatan 1, Alhamdulillah kemana-mana saya pakai tudung. Dan saya dah tak selesa pakai t-shirt lengan penden dengan tudung. Saya terasa sesuatu yang pelik kalau buat macam tu. Saya tak cakap saya bagus. Saya pun masih banyak kelemahan diri sana-sini. Saya cuma belajar sedikit demi sedikit memperbaiki diri.


Ibubapa saya tak pernah paksa pakai tudung. Menyuruh tu ada, tapi semuanya tanpa paksaan. Saya lakukan semua ni ikhlas sebab Allah.


Saya harap satu hari nanti saya dapat pakai tudung dengan cara yang betul dalam Islam. Insya’allah. Itu doa saya.


 sumber google..;)


berfesyen tu boleh, tapi betul caranya. 


note to myself =)