10.2.10

nuffnang bikin panas!

panas je mata aku ni..geram ni taw! ni yang nak marah nie..aku nak bagi tahu satu kampung blogspot ni..TIADA NUFFNANG DI SINI..haish..kepelikan teramatlah aku..buta ke..rabun ke? tetibe nak shout kat chatbox.."nuff tido?".."tembak nuffnag"..mane nuff yang ko tembak..meh bagitahu aku..

mood : geram + pelik..


tak dapat melawat rumah kalian beberapa hari ini..kerana "berukband" dipinjam..
nanti aku pegi jejak ye umah korang!


[menaip entry sambil dengar abah berdengkur..bising!]

7.2.10

siapa selalu kena hon?

siapa yang baru dapat lesen kereta?? angkat kaki..! mesti korang tersangatlah bangga kan? yelah, dah dapat lesen..bolehlah berjimba-jimba[ayu! pinjam perkataan ko jap!]..bukan semua kawan-kawan ada lesen kan..lagilah kalau korang dapat lesen dalam umur yang muda macam aku..

aku tak lah bertuah macam sesetengah orang..lepas SPM je terus amik lesen..aku guna elaun mara untuk amik lesen..sebab parents aku tak nak tanggung..abah aku cakap cam ni taw..abah dulu..dah keje baru dapat amik lesen..tu pun kumpul duit gaji tiap-tiap bulan..bila ayat di keluarkan macam tu..maka aku terpaksalah mengunpul duit sendiri untuk amik lesen.,.

bagi perempuankan..yang baru dapat lesen tu.kalau korang bawak keta lah terutamanya..pernah tak korang kena hon dengan pemandu lain? pastu pemandu pandang dengan pandangan maut jerk kat korang..

terus terang masa mula-mula aku dapat lesen..memang aku selalu kena hon..terutama bila aku bawak keta manual..huh! masa mula-mula dulu..i hate manual car..tapi disebabkan keta mak aku manual.,.terpaksa tukar statement..i love manual car..hekk~~ bodek tuk guna keta time keperluan..

tapi kalau kat hostel..memang aku selalu sewa keta auto..bile balik klang..kena lak biasakan diri guna manual..kekadang tu memang gelabah abis lah..lagi-lagi tang bukit..adoi…! masalah besar tu..aku mesti mengelak untuk jumpe bukit yang ada lampu isyarat..sebab kena jaga betul-betul minyak dengan gear..kang tak pasal memang mengundur..booom! langgar keta orang..

tapi sekarang aku jarang dah kena hon..hehehe..sedikit bangga di situ..sepanjang aku bergelar pemandu ni..aku tak pernah hon pemandu lain..walaupun orang tu bersalah..baikkan aku? muahahahahah..buakan apa..aku paham dan memahami perasaan orang yang kena hon..terasa macam apa je taw..

atau mungkin aku ni tak layak nak hon orang lagi kot..? ataupun..aku takut.? ngeeee~~~tolong jawabkan yang mana satu..

 

6.2.10

IPTS untuk orang kurang pandai ke?

dulu masa sekolah menengah..mula-mula aku masuk tingkatan satu..aku dah berangan dan berazam..aku nak belajar sampai masuk universiti..maksud aku yang kerajaan punye lah..

bila masuk tingkatan tiga..azam aku berubah..nak belajar sampai dapat peluang belajar ke luar negara..nak belajar di overseas lah bak kate orang..

masuk tingkatan empat..aku ada persepi tersendiri terhadap kolej atau universiti swasta..orang yang masuk kolej ni..orang yang tak pandai..yang tak lulus SPM..anak orang kaya..sebab tu leh masuk kolej atau universiti..memang ajak kejamlah pandangan aku tu kan..


bila tamat tingkatan 5..result SPM keluar..aku dapat tawaran pergi kolej under UITM..tapi tak nak..sombong lah konon kan..sekali dapat tawaran UPM..tapi dalam bidang pertanian..owhh..i tak rela u nak belajar dalam bidang tu..cangkul tanah pun tak larat..ni kan pulak nak bermain dengan tanah..allergik..gatal-gatal satu badan ni..

lepas tu..dapat tawaran biasiswa pelajaran daripada TM Net..tapi aku tak pergi..aku ingatkan macam penipuan lah..sekali kau..tahun lepas aku tengok berita pasal pelajar yang dapat biasiswa ni..tak payah bayar lah kan..satu sen pun..haa..terkedu tak terkata..padan muka aku..suka sangka buruk tanpa kaji dulu kan..


bila masuk kolej aku sekarang ni..automatik persepsi aku tentang kolej atau universiti swasta berubah..sebab..aku bukan anak orang berada pun..tapi dapat belajar kat kolej..aku pun bukan gagal SPM pun..bila aku dah berkenal-kenalan dengan kawan-kawan kat sini..agak tercengang lah aku..ada tu yang dpaat 6A..ada yang dapat straight A..tapi still belajar kat swasta..so, pemikiran aku berubah..


lagi satu..bila aku..tengok silibus dan mata pelajaran kawan-kawan aku yang belajar kat IPTA..sama je dengan aku..cuma corak pembelajaran je berbeza..yelah..mana nak sama..IPTA dan IPTS..still ada jurangkan..
belajar kat mana pun sama..cuma kita yang tentukan mahu berjaya atau tidak..dulu impikan belajar luar negara..dalam hati dah berniat..kalau aku dapat belajar luar negara..aku tak nak balik Malaysia selagi tak kaya..pasal tu ALLAH tak makbulkan kot?


bila dengar cerita dari kawan aku..yang kawan sekolah rendah ada yang belajar luar negara..terbit perasaan bangga..walaupun dulu sekolah di kawasan kampung..taklah kampung mana..tapi dapat jugak diaorang jejak kaki ke London,Rusia dan ada ke Mesir..ramai lah jugak yang dapat belajar ke luar negara..

cuma..aku tetap pasang impian untuk ke luar negara..kalau bukan untuk bekerja..untuk bercuti..tak kisahlah..janji aku dapat merasa jugak pengalaman berada di negara orang..

5.2.10

hari ni mata layu semacam je..

hari ni..aku mengantuk gile..mata ni bagai digam-gam..adess…banyak setan bertenggek agaknya atas mata ni..pastu asyik mengunyah je..pagi tadi aku buat sandwich..abis aku melantak sensorang satu buku roti..aku dah lama tak makan roti..jadi ari ni kena diet nasi..kang kembang badan macam kembang semangkuk..

ni nak sambung tido lah..ni lah keje aku kalau tak pergi keje[paham kan ayat aku ni??]..bile lah manager aku nak letak nama aku dalam jadual ni..aku dah bosan gila duk rumah..baru 3hari..kalau sebulan cuti sem..sebulan jugak aku duk uma macam ni..haii..leh jadi gilak lah aku tak lama lagi kan..macam mana lah agaknya orang yang cuti sem sampai 2 3 bulan tu leh duk je kat uma??

butterfly

pic before cuti..selasa lepas..ni jadi pengukur..mane taw..kot3 pas ni pipi tu tambah gebu dan montok…

Green Scarf emoticon