Seperti kelaziman tahun-tahun lepas.. Tiap kali akhir tahun je, melambak-lambak movie yang best kat wayang.. Tahun lepas tak cukup sen..tahun ni pulak tak cukup masa..haishh, kerja je.. Kalau tak kerja berehat di rumah..kemalasan pulak menjelma.. Adoiyai! Macam mana nak buat?
Tapi bak kata abah.. Tu semua bukannya penting pun..jadi, biar je lah..
Kesian mylurve..tak dapat-dapat nak tengok ngangkung..
12.12.10
9.12.10
Kenikmatan berganda!
Di sebabkan kenikmatan menikmati buah mempelam muda di cicah dengan sambal kicap cili padi..
Hasilnya daku asyik menyinggah ke rumah kecik a.k.a tandas..
Buat keje pun tak boleh fokus dah..setiap 10 minit ke sana..
Walau apa pun air liur still kecur bila terkenang mempelam yang di bedal bersama housemate..
Apa kena mengena tajuk dengan entri? Fikir-fikirkan lah yea...
Hasilnya daku asyik menyinggah ke rumah kecik a.k.a tandas..
Buat keje pun tak boleh fokus dah..setiap 10 minit ke sana..
Walau apa pun air liur still kecur bila terkenang mempelam yang di bedal bersama housemate..
Apa kena mengena tajuk dengan entri? Fikir-fikirkan lah yea...
jari jemari
Cik Siti Hajar
2
kata-kata semangat
6.12.10
beraturlah wahai manusia!
Dulu-dulu masa zaman sekolah rendah.. mesti kena beratur kan?? “angkat tangan...!!! tangan jatuh…” sama ada pengawas atau ketua kelas akan bagi arahan macam tu.. nak pergi perpustakaan ke..perhimpunan ke.. mesti kena beratur.. tapi kenapa.. bila dewasa, susah sangat nak beratur?? Pelik betul.. padahal itu adalah perkara paling asas sekali yang di ajar kepada kita..
Paling jelas sekali.. beratur kat tengah jalan.. mesti ada kereta guna laluan kecemasan semasa jalan jem.. tak pun tak ikut laluan betul..lepas tu nak pancung kat tengah-tengah… kalau saya..jangan harap saya bagi.. lantak lah situ..siapa suruh memotong???
Dulu masa study..kat kampus saya ada dua je atm.. ini kegunaan semua student kat situ.. tapi kalau time line dah jadi bentuk zigzag.. nanti ada “awang hitam” cakap kat kita..’I came before you’.. pale hangguk betul.. dah tu apasal kau tak reti nak beratur??
Susah sangat ke nak beratur?? Kalau saya.. kekadang malas jugak nak beratur.. terutama time nak pergi check gaji dah masuk ke belum.. biasalah.. akhir bulan.. beratur pun memang panjanglah kan.. kalau saya tengok panjang sangat.. walau duit takde ni.. biarlah.. balik umah lah..malas nak beratur.. kan sennag.. tak payah nak menyusahkan orang lain..
jari jemari
Cik Siti Hajar
3
kata-kata semangat
3.12.10
Bila menu itu berbeza.....
Pada suatu petang…..Saya order dua menu… aiskrim red bean dan mushroom soup…
Kejap makan ais krim..kejap makan soup.. sambil makan tu.. duk layan on9 lah kan.. sorang-sorang pun.. tak tengok kiri kanan dah.. kejap makan soup..kejap makan ais krim.. tengah-tengah syok makan tu.. mata terpandang sekumpulan budak perempuan..bisik-bisik pandang saya.. dalam hati duk fikir..apa yang tak kena kat aku ni erk?? Tapi buat tak peduli je.. lama-lama baru sedar..
Makan soup kan panas?? Saya tiup-tiup.. macam biasalah kalau korang makan benda panas.. lepas makan soup tu.. saya makan ais krim pulak.. berselang seli lah.. tak perasan pulak.. makan ais krim pun saya duk tiup-tiup.. hahahhahahah… bila dah perasan tu buat muka selamba je.. macam takde apa yang berlaku.. padahal muka dah tebal 10inci... hikhikhik...
jari jemari
Cik Siti Hajar
7
kata-kata semangat
Langgan:
Catatan (Atom)