hari ni saya nak share resepi yang simple sangat.. tapi hasilnya tak mengecewakan.. tak ambil masa yang lama pun..
resepi kerabu sotong simple versi butterfly
bahan-bahan:
- Mestilah kena ada sotong! dalam 10 ekor je..---> siap di siang dan di potong.
- 2 batang serai..------> nak letak lebih pun takpe..lagi sedap!
- 5 helai daun limau purut
- 7 batang cili padi ---> nak lagi kick tambahlah lagi..
- 3 biji limau nipis ----> nak air perahannya sahaja tanpa biji.
- 1 biji bawang besar. ----> di potong.
- garam + gula secukupnya.
cara-cara:
- rebus sotong yang dipotong tadi.. jangan rebus dengan air..sebab sotong akan mengeluarkan airnya sendiri.. rebus dalam 5 - 10 minit..
- hiris serai, daun limau purut dan cili padi halus-halus..
- masukkan dalam mangkuk bersama bawang, gula dan garam secukup rasa kalian ye.
- ambil sotong yang direbus tu, masukkan dalam mangkuk tadi.. dengan air-air sotong tu sekali taw!
- kacau rata dan tambah perahan air limau nipis tadi..
- tunggu dalam 5 minit nak bagi sotong tadi sebati dengan bahan-bahan tadi..
- siap! hidang bersama nasi panas..
menu semalam ni..
menangis masa makan ni..
saya suka guna cili api warna merah ni..
sebab rasa dia lagi pedas dari cili padi..
p/s: ada yang tambah kacang panjang dan sos ikan jugak dalam kerabu ni..:)
