yeayyy!! entri-entri itu dah dibuang untuk selama-lamanya! ... Happy tak terkata... harap-harap saya dapat menjaga perasaan beberapa orang...
satu per satu kenangan kini mulai lenyap dari kotak fikiran ini... :)
terima kasih sebab bagi pandangan!!
16.10.12
15.10.12
I need your advice please. Thanks!
Tadi
saya try google nama sendiri… and click kat images.. banyak juga keluar
gambar-gambar saya.. daripada blog ni lah.. tapi tak kurang banyak jugak
pic-pic dengan kisah silam (read: ex-boyfie)..
Sekarang
ni tengah celaru.. sama ada nak delete entri-entri yang ada jiwang-jiwangan
dengan dia atau tak.. saya pernah cakap tak nak delete sebab dia sebahagian
sejarah hidup kan.. tapi, bila fikir balik.. saya kena jaga hati orang-orang
yang berkaitan.. is it okay if I delete?
Rasanya
better delete kan??? Banyak hati dan perasaan kena jaga..
Can
someone give advice to me? I really need it! Thanks!
jari jemari
Cik Siti Hajar
5
kata-kata semangat
12.10.12
Luaran kuat tak semestinya dalaman pun kuat.
Tengok
orang bahagia.. cemburunya saya rasa.. kalau tak banyak cemburu mesti ada
sikit.. tipu kalau korang kata korang tak cemburu.. cemburu ni sifat
kadang-kala beri impak positif pada diri kita..
Bila
cemburu tengok orang jadi kaya, why not kita berusaha dan cari jalan untuk kaya
macam orang lain.. minta pertolongan pada Allah agar urusan mencari rezeki kita
dipermudahkan..
Tapi
cemburu melihat kebahagiaan orang lain, kita hanya mampu berdoa pada Allah agar
kita pun dapat merasa sedikit kebahagiaan macam orang lain..
ada masanya saya
kuat untuk menghadapi segalanya bersendirian.. ada masanya saya lemah.. saya
perlukan seseorang disisi.. dan bukan semua orang mampu beada disisi kita saat
kita lemah..
Kadang-kadang
kita tak tahu nak panggil siapa untuk temankan kita dan di saat itu hanya air
mata je mampu menemani..
Lately,
saya selalu terima kata-kata dari kawan saya..
“Kau kuat, tak pernah nampak kau sedih. Macam takde perasaan sedih je kau ni.”
Luaran
mungkin kuat, dalamannya hanya kita je yang tahu.. jenis saya bukan nak tunjuk
kesedihan pada orang lain.. selagi saya boleh bertahan saya akan pendamkan
segala-galanya dalam hati..
Mereka
nampak saya hanya tersenyum, nampak saya senang ke sana ke mari bersendirian..
hakikatnya? Saya tak mahu mengacau kehidupan kawan-kawan rapat saya.. sedangkan
mereka ada urusan masing-masing.. kawan menangis memang ada, Cuma saya akan
panggil bila tiba hati ini tak mampu lagi nak menahan..
Dan,
saya percaya, bahagian untuk saya bahagia akan tiba juga nanti. Bila? Hanya Allah
yang tahu. Sekarang pun saya bahagia, walau tak sebahagia kalian yang lain.
jari jemari
Cik Siti Hajar
7
kata-kata semangat
11.10.12
so sleepy!!!
Malam
semalam sebelum tidur hujan turun, kebetulan pulak kepala memang dah
berdenyut-denyut dengan mata yang memang dah mengantuk tahap maksima.. seingat
saya, saya tidur dalam pukul 10.30 malam.. alarm pukul 6.05 minit pgi.. jangan
tanya kenapa 6.05 minit ye.. hehehehe..
Bangun
pagi, kepala sakit… dengan mengantuknya lagi.. aduhhh!! Ni yang tak suka ni..
saya tak suka bila bangun pagi rasa mengantuk tu ada lagi..
Siap-siap
bagai, kelua umah pukul 6.45.. sampai bawah ofis pukul 7.30 pagi.. apa lagi,
sambung tidur dalam kereta dulu.. masuk kerja pukul 9 pagi, jadi ada masa sejam
lagi kan saya nak tidur.. tu pun tidur-tidur ayam je.. takut terbabas.. naya
je..
Sekarang
masih mengantuk dan rasa kepala sakit sangat.. kalau tak cukup tidur ginilah
gayanya kan….
nak tidurrrrr!!!
jari jemari
Cik Siti Hajar
2
kata-kata semangat
Langgan:
Catatan (Atom)
