23.10.12

Resepi Mee Kari Udang Simple



Setiap hujung minggu saya yang akan masak. Yelah, weekdays memang tak sempatnye nak masak.. bangun pagi pun terkebil-kebil, apatah lagi nak masak kan.. breakfast pun kat office.. beli sajo.. hehehe=D

So, sabtu lepas, saya masak Mee Kari Udang.. dari tengah hari sampai bawa ke malam, makan mee saje.. nasi tak lalu lah.. asyik nasi je kan..

Resepi Mee Udang Simple

Bahan-bahan :
40 ekor udang basah – saiz yang sedang-sedang
Sedikit halia*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
4 rempah sekawan
250ml santan kotak
300ml air
3 sudu besar serbuk kari – dibancuh dengan air
2 sudu besar cili kering – dikisar
1 keping asam keping
Daun kari secukupnya

Cara-cara :
Tumbuk lumat bahan bertanda *.

  1. Bersihkan udang, kepala dan kulit yang kita kopek tu, basuh bersih dan rebus. Air tak payah banyak sangat. Sekada menutupi kulit-kuli udang tersebut je. Dah mendidih, tutup api, tunggu sejuk dan boleh lah diblender. Blender sehingga hancur. Tapis untuk ambil air udang.
  2. Panas kan minyak, tumis rempah sekawan dan bahan yang di tumbuk.
  3. Dah naik bau, masukkan cili kering. Tumis sampai garing dan masukkan sebuk kari yang dah dibancuh tadi. Tunggu sehingga garing.
  4. Masukkan santan, air udang dan juga air. Agak-agak lah air tu. Jangan cair sangat, kang tak sedap!
  5. Kecilkan api, renehkan kari. Bila kari dah mendidih masukkan asam keeping dan juga udang. Udang masak tak payah lama nanti udang keras tak sedap.
  6. Rasakan garam + serbuk perasa dan taruk daun kari.
  7. Hidang kan!




Mee kari cara saya..

:)

 

22.10.12

Isnin yang busy.

Assalammualaikum...

hari jam berlalu dengan begitu pantas sekali... Jumaat lepas memang banyak kerja.. balik lambat pun tak sempat nak siapkan.. jenis saya bukan bawak balik kerja ke rumah unless memang amat amat penting.. sebab kalau dah cuti memang, tak der nye nak buat kerja..




jadi dari malam semalam tidur tak lena dan tak tenang... setiap sejam terjaga.. sabau je lah!

pagi kelam kelibut ke ofis untuk settle kan kerja yang tertangguh tu.. pukul 3 petang baru siap.. bayangkan lah.. langsung tak bergerak dari meja.. meja pulak bersepah mengalahkan boss besar.. fuhhh!!!

ni lah namanya mencari sesuap nasi.. at lease saya kerja dalam air-cond berbanding mereka yang kerja panas bawah matahari nun...

confirm malam nanti tidur awal.. semenjak kerja menggunakan tenaga akal fikiran ni, badan cepat letih.. balik rumah confirm flat habis.. kekadang pukul 8 dah tidur.. huhuhuhu:p teruk tak? baru kuli dah cam ni.. jadi boss kang tak tau lah macam mana teruknya kerja...

sekarang sakit kepala.. pening sungguh! balik kang memang dah aim katil dulu.. =]

19.10.12

Jangan sentuh hati kalau tak mahu bersama.



Assalammualaikum!
Selamat hari jumaat… malam tadi hujan lebat, nyaman je.. best je tidur malam tadi.. sedar-sedar dah pagi.. (=

Perempuan mudah memberikan kasih sayang kepada semua orang, namun untuk melupakan seseorang itu bukan mudah baginya.. pada lelaki kalau takde niat untuk membina hidup bersama dengan perempuan janganlah sesekali menyentuh perasaannya atau menarik perhatiannya.


Bukannya perempuan itu murah dalam memberikan kasih sayang tapi perempuan memnag dilahirkan dengan penuh sifat kasih sayang sebab tu perempuan diberi kelebihan untuk menjadi seorang ibu. 

Saya bukan cakap pasal diri saya tapi mewakili mereka-mereka yang lain. Saya sedih tengok kawan-kawan saya yang sudah memberikan kasih sayang tapi tidak dibalas dengan kasih sayang sedangkan lelaki itu telah pun mengetuk hati perempuan tersebut..



Selalu orang cakap “lelaki sebelum dapat sanggup buat apa sahaja untuk dapat, tapi bila dah dapat, dia biarkan je perempuan tu.” I don’t know whether it’s true or not. 


Sekarang anda memainkan perasaan orang, satu masa nanti perasaan anda akan dimainkan dengan lebih teruk lagi. Allah Maha Adil.

17.10.12

WW this is how am I right now