3.7.13

Menyampah Nak Jawab

Ramai yang tahu kan, masyarakat kita ni "sangat" mengambil berat antara satu sama lain. which is good for all of us. kalau kita buat salah ada yang menegur. tapi menegur tu gunakanlah perkataan yang berhemah. Jangan main terus direct sampai mengguris hati orang. you never knew others feeling. inside will be cry like a heavy rain but in their face I'm pretty sure they are smiling.

saya muak lah dengar soalan yang sama berulang kali. lagi-lagi kalau dari orang yang sama! mengugat kesabaran lah wei!

kadang-kadang saja buat muka gangster which is muka keras, takde smiling sebab tak nak orang beramah mesra dengan kita.



2.7.13

Perubahan itu perlu



Sejak kebelakangan ni, saya banyak fikirkan pasal diri saya. Well, selalu memang pun fikirkan pasal diri sendiri tapi kali ni berlainan. Tak tahu nak describe macam mana.

Maybe I need do something. Perubahan ke arah yang lebih baik.

Saya tahu, pakai tudung tak semestinya menutup aurat. Menutup aurat tak semestinya kita baik. Tapi sekurang-kurangnya kita melaksanakan perintah Allah yang wajib tu. 

Peribadi muslimah pun perlu dibentuk dari dalaman. Mulut kena jaga, hati kena sentiasa bersih. Sebagai manusia normal, memang kita tak lari dari melakukan kesalahan atau pun dosa-dosa kecil tapi sekurang-kurangnya bila kita boleh elak dari melakukan semua tu, kenapa mesti kita lakukan. 

Usia bukan penentu garis kematian. Bila-bila sahaja malaikat boleh mencabut nyawa kita. Sama ada kita sedia atau tidak. Itu yang menjadi persoalan.

Melakukan perubahan juga bukannya mudah. Tak guna juga kalau tak beristiqamah kan?

Mudah-mudahan perubahan yang akan berlaku akan menjadikan saya kepada muslimah yang lebih baik dan sentiasa bertambah iman di dada..

Umobile vs Celcom vs Digi



Sebelum ni saya adalah pengguna tegar Celcom. Pengguna yang setia. Hampir 6 years guna no celcom ni. Saya beli masa ada promosi U-pax kat kolej dulu. Sebab tu saya suka guna celcom ni. Lagi-lagi dia cas murah untuk call dan sms. So, I pun teruskan kesetiaan pada celcom. Sampai lah last month. 

Lepas dapat My Sweetheart bulan lepas, saya nak tak nak terpaksa change telco. Sebab U-pax takde data plan untuk smartphone. Kalau ada pun broadband data. Tapi mahal lah, macam better I used line rather than prepaid. Sebab kan hari-hari pergi kerja balik kerja nampak billboard Umobile, maka saya pun terpengaruh. Hahahaha:D

Bermulalah episode penukaran telco. Saya masih guna nombor ang sama tapi telco berbeza. Seminggu pertama I was so happy with line. Kalau kat rumah boleh seach resepi nak masak. Boleh ber-facebook-ing, ber-wechat. Tapi selepas seminggu tu memang menduga perasaan sangat-sangat. Bila masuk rumah je line internet no connection. Tapi bawah rumah dapat je line. Rumah saya kan tingkat 3, melangkah masuk rumah je connection slow or no connection. Hantar wechat pukul 8 malam, jap lagi pukul 9 malam baru orang sana dapat. Apakah ini?

Saya call customer service Umobile, tapi hampa perasaan iolls. Jawapan dia bagi “memang macam tu cik, banyak kes macam tu” pelik tak? Bawah rumah dapat, once kau masuk dalam rumah takde connection. Nak kata rumah tak cukup tinggi, nonsense.

Semalam saya call lagi customer service. Kali ni sedap sikit hati dengar. She said memang ada pobs line kat area situ. Line tak berapa nak stabil. Walaupun hampa dengan jawapan dia bagi tapi sekurang-kurangnya I knew what’s the problem kan?

Bulan ni masih lagi pakai Umobile. Sebab nak tengok lagi connection dia macam mana. Yelah, manalah tahu bulan lepas je probs tu. Bulan ni dah settle. Kalau masih sama juga, saya nak tukar Digi. Tapi before tukar bebetul, saya nak beli sim pack nak buat trial. Hehehe:D lagi pun, BB saya masih ada lagi. Kalau tak okay line buat pakai kat BB je. 

Kenapa saya taknak guna line? Sebab saya tak gunakan phone 24 hours. I just heavy internet during non-office hours.  Selagi saya di ofis memang saya gunakan internet di ofis. Untuk call dan sms memang saya kurang sangat-sangat guna. Kadang topup RM5 pun tak habis.




Umobile, please fix your connection issue in Klang area.

1.7.13

Julai

Hai Julai!

Tak sangka betul dan masuk bulan 7... haiyooo..! cepat dan pantas sungguh jarum jam tu berjalan yer..

dah setengah tahun masa berlalu.. kena muhasabah diri atas apa yang dah berlaku dalam hidup ni.. azam nak kurus tak capai lagi ni weyh... hehehe.. kurusnya nak.. makan non-stop.. acaner tu?


tahun ni tahun penyakit "merah"
tak tahu kenapa i fall in love with red...

macam makcik-makcik ke eh??
tak kan.~~~