27.12.13

banyak nak cerita ni...broga hills, jumpa kawan, diet!

Mood menaip blog dah hilang ke mana ntah.. hehehe... banyak kerja, takde masa nak menaip..

sepatutnya hari ni hari terakhir berkerja bagi tahun 2013.. tapi ada hal tak dapat di elakkan hari Isnin nanti.. so, terpaksa lah bekerja.. boss pun dah cuti.. so, kurang lah tekanan tu kan..

tahun 2013 ni tahun yang best jugak bagi saya.. macam-macam perkara yang jadi.. macam-macam benda saya alami.. pengalaman tu mematangkan cara pemikiran seseorang kan?

bulan 10 lepas, for the first time saya daki bukit.. Broga Hills.. seronok nya lah! thanks to Aina sebab ajak.. walaupun masa naik tu macam nak putus nyawa je rasanya.. hahahaha..pukul 3 pagi dah bertolak dari rumah Aina.. mula2 nak jugak bantah.. hahaha.. dah lah orang ajak, orang bawak nak bantah pulak.. tapi ikutkan je lah.. rupa-rupanya, dah ramai orang kat sana yer.. tak payah lah fikir nak takut ke apa.. kalau datang around pukul 5 macam tu.. mendaki bukit sambil tengok bontot orang je jawab nya..

 snap by Aina

tunang aina as our driver


  suka gambar ni..



tahun ni 1 st time jumpa kawan alam maya yang dah kawan sejak dari zaman myspace lagi.. =)


pucat lesi muka saya..
sekarang ni memang tak suka nak pakai bedak ke krim ke..
dasar pemalas..

Proses diet!

start diet 27 oktober lepas..
setiap hari sabtu pagi akan pergi jogging kat taman tasik seksyen 7..
orang selalu tanya, "kau jogging dengan siapa?"
pelik ke kalau saya jawab sorang je..
yess! saya pergi sorang je..

entri lepas kisah diet 3 green tea berat saya around 57..

sekarang berat saya dah 54kg..
mungkin naik 55.5kg.. saya baru baik demam.. demam seminggu..
macam-macam saya makan..
green tea tak minum!
apple cider pun tak minum!
makan hentam kromo..tapi kawal jugaklah..
so, minggu ni memnag kena buat workout dan jogging..



gambar tak clear..

left : 61kg
right : 55kg

yang penting saya dah boleh pakai seluar jeans lama! 
target nak capai 50kg.. doakan berjaya!

 

24.12.13

lama tak update

lama tak update.

malas.
takde mood.

demam dah seminggu tak baik lagi.
 

6.12.13

Jumaat





Kerana episode hidup memang tak selalu indah. maka, 
bersabarlah…

Selamat Hari Jumaat =]

5.12.13

Kurus dengan cara bodoh

 Amboi.. tajuk tak beragak yer.. hehehe... sila baca untuk tahu apa yang dikatakan bodoh..

26 Nov – Pelbagai cara yang dilakukan remaja kini untuk mendapat bentuk badan yang langsing dan bergetah namun sedarkah anda tidak semua cara itu menyihatkan kerana diet tanpa kawalan boleh mendatang mudarat.

Kini trend terbaru remaja yang boleh dianggap gila dan tidak masuk ialah dengan memakan bola kapas yang biasanya digunakan untuk membersihkan kekotoran itu dijadikan amalan yang dikatakan mampu memberi rasa kenyang.

Antara cara yang dilakukan oleh sesetengah pengamal diet apabila memakan bola kapas ini ialah dengan mencelupnya dengan di dalam oren atau lemon untuk memberikan rasa yang lebih sedap.

Namun ketahuilah mengikut kajian oleh pakar perubatan Brandi Koskie trend diet sebegitu adalah amat berbahaya kerana kebanyakan bola kapas ianya lebih bersifat luntur dan mengandungi gentian poliester yang terdapat banyak bahan kimia.

Oleh itu, tindakan memakan bola kapas adalah sama juga seperti makan pakaian kerana pakaian itu diperbuat daripada poliester.

Dikatakan model antara invididu yang disyaki makan bola kapas ini untuk kerjaya mereka dan trend begitu menjadi ikutan remaja dan kanak perempuan semata-semata untuk menjadi kurus.

Jadi kepada anda di luar sana terutamanya golongan remaja perempuan yang mahu berdiet janganlah mengamalkan diet seperti ini kerana ia akan membahayakan kesihatan anda.


Boleh yer terfikir cara macam ni untuk berdiet? jangan jadi bodoh.. orang diet nak cantik dan yang paling penting nak sihat.. bukan dah dapat body cantik lepas tu kau sakit.. tak guna yer..