8.4.14

Sedondon dengan pasangan.

pagi tadi dengar radio ERA.fm . pasal couple yang pakai baju sama. cool or not? Emma Maembong dan Zizan kan suka pakai sedondon gitu... nampak sweet lah kan.. bagi sesetengah orang tak nampak pon sweet tu.. hehehe..

sumber : google

tu tengok.. kasut sama..
ni takdelah orang perasan sangat kan?

korang rasa couple atau husband and wife yang pakai sedondon ni sweet ke tak?
for me, ada certain tu.. sweet lah.. 


tapi...


kalau pakai baju.. yang sebelah hati kat baju perempuan..sebelah hati kat baju lelaki..
itu tak sweet okay..
hahahaha...
itu I geli..
muahahaha... 
#katajelahkaujeles

15 perkara yang perlu di lakukan sebelum berkahwin

  1. Melancong dan mengembara tempat yang diimpikan. - orang kata kalau nak pergi mana-mana buat sebelum kahwin. nanti dah kahwin banyak komitmen mesti kena fikir 2 3 kali kan. lagi-lagi baru kahwin, banyak duit nak kena guna untuk memulakan hidup berkeluarga. So, kita pergi sebelum kahwin. have fun with our friends!
  2. Melancong seorang diri.- Kutip pengalaman! tapi make sure buat research dulu. 
  3. Mencuba aktiviti lasak. - Dah pergi hiking Broga. kira paling lasak la tu.. kahkahkah. teringin nak buat wall climbing pulak. will do soon!
  4. Menyelam dasar laut. - yang ni, saya memang tak boleh buat. I olls tak reti berenang.
  5. Menginap di hotel mewah bersama rakan baik.- memang nak buat.. rehatkan minda di hotel mewah..
  6. Cuba pelbagai jenis makanan.- dari dulu memang suka buat kerja makan-makan ni.. hehehe:D
  7. Belajar memasak. - mahu memantapkan lagi ilmu memasak dan ilmu menjahit.
  8. Ambil bahagian dalam melakukan kerja amal. - sekarang banyakkan NGO. bolehlah try nanti.
  9. Pergi menonton wayang Gold Class. - dulu pernah buat rasanya. masa belajar dulu. mahal weh tiket nya.
  10. Mencuba style rambut baru. - dah try! since 2014 
  11. Kukuhkan pendidikan agama. - dan mengamalkan apa yang dah belajar.
  12. Stabilkan status kewangan. - masih berusaha
  13. Mulakan business kecil-kecilan. - baru mulakan. Rainbow Crush!
  14. Berhenti merokok dan jarangkan keluar hingga lewat malam. - I'm not doing this.
  15. Move On dari hubungan lepas - yes! I already move on and I'm looking forward my future.

sumber dari : http://www.ikahwin.my/blog/231-tips-perkahwinan-15-perkara-perlu-anda-lakukan-sebelum-berkahwin

2.4.14

WW Rainbow Crush


Bismillah..

insyaAllah dengan izin nya akan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan..

:)

nanti kita cerita details yaa..

1.4.14

Senyum nampak gigi ke tak nampak gigi?

Selalu saya tengok orang senyum nampak gigi.. cantiknya... 
tapi kalau saya senyum nampak gigi.. hancusnya...hahaha
teringin nak senyum nampak gigi...
tapi memang sadis laa...

 percubaan...
nampak bersepah gigi weh..
hentikan niat itu...


 I may prefer like this..



semalam punya cerita...



>_______<"


selalu saya pergi wedding..nanti photographer mesti cakap.. senyum nampak gigi..
habis.. kes saya ni acaner???
kena practice lagi kot? hahaha.. senyum pun ada practice...