16.4.14

dip n dip

Korang pernah dengar tak kedai dip n dip? setakat ni hanya ada 2 cawangan je. 1 di The Curve, 1 lagi di bangsar, kalau tak silap saya branch kat Bangsar selalu full house. lagi pun kat sana susah kot nak cari parking kan.

dah lama plan nak keluar dengan Haza. kebetulan, dia memnag suka coklat. jadi, jom kita dating ke The Curve. dia pulak, tak pernah datang sini. haaa.. elok lah tu..

 Cik Hazarifah



 tuan tanah kedaung...



dip n dip kat sebelah atas..
 

 Masa kiteorang sampai..
kedai ni lenggang je..
bila nak balik..
tengok luar..
ramai tengah beratur..


 waffle stick..
memang sedap!!
korang kena try ni..


 ni crepe brownies kalau tak silap..
bagi saya biasa-biasa je..
dia macam lempeng.. dalam tu ada brownies sikit..
brownies pun brownies coklat laa..

 muka excited.. 



 depan saya tu..
crispies coklat..
tak ingat nama nya..
saya tak suka..
muak!
RM11.90

ni haa...
nampak menarik..
tapi muak laa...


 Syida pun saya ajak..
dia ni dah lama tak pergi jalan-jalan..




Overall okay... sebab coklat dia memang lain dari yang lain.. siapa yang suka coklat, wajib try ni tau... tapi harga memang mahal sikit lah.. biasalah, barang import kan..tapi!! servis lambat ye.. masa nak balik.. 5 kali minta bill baru dapat.. panas je hati ni haa... orang nak bayar kau boleh buat tak layan yer..

next dating tak tahu lagi nak pergi mana...



15.4.14

Breakfast EggRoll yang mudah!

Setiap hari kunci jam pukul 6.09 pagi.. tapi mesti pukul 6.20 juga saya bangun dari tilam.. hahahaha.. gila buruk perangai.. kalau kunci jam 6.20 pagi.. ntah pukul berapa pulak agaknya nak bangun.. dulu, rumah lama.. memang kena bangun sharp 6.10.. kalau tak, mesti lambat.. rumah sekarang ni, keluar rumah pukul 7 pagi pun, boleh lenggang kangkung lagi..

pagi tadi sempat lah buat simple breakfast..

egg roll..

pukul telur dengan cili api + kobis + lada hitam.
goreng dalam magic pan..
saya letak sikit carb stick tu..
lepas tu letak sikit mayonis kewpie..

simple!
kalau ikut diet atkins tak boleh makan dengan cili sos..
saya bukan buat diet atkins..
so, amik je cili sos.. tapi sikit2 je yer.. 

InsyaAllah kenyang makan benda ni.. 

14.4.14

Monolog #6

Bila aku cuba berlakon kuat.
orang mesti akan percaya.
tanpa ragu-ragu mereka percaya.

hakikat sebenar, air mata turun tanpa henti.
susah nak suruh hati redha.
sedangkan kau kena juga redha.
sebab kau hanyalah hambaNYA.

bersyukur dengan apa yang ada.
jangan di tangisi apa yang telah pergi.

11.4.14

Resepi Pasta Yang Simple dan Sedap.

Tajuk kemain ada perkataan sedap.. hahahaha.. 

Semalam tengah google sana sini.. tiba-tiba ternampak resepi Baked Macaroni and Cheese.. perghhh.. drooling sungguh tengok gambar tu.. maka kita pun bersemangat waja lah nak buat.. tapi nak kena perabis stok small shell kat rumah tu.. nanti expired membazir je..

walaupun terliur dengan Baked Macaroni and Cheese..
tapi saya tak follow pun resepi tu..
hahahaha...
saya buat resepi sendiri...

Pasta Beef and Mushroonm

Bahan2:
  1. 1 mangkuk Pasta (direbus)
  2. 3 keping burger daging (hancur2 kan)
  3. sebiji bawang besar di mayang halus
  4. 1 pek kecik yogurt low fat, perisa Natural
  5. 3 batang cili kering di gunting halus
  6. Sedikit cendawan shitake - saya beli yang slice, bila rendam kejap je kembang.
  7. 3 sudu besar sos tiram
  8. 3 sudu besar black pepper
  9. Slice cheese secukup nya
Cara2:
  1.  goreng kepingan burger yang di hancurkan tanpa minyak. sebab nanti daging ni akan keluarkan minyak.
  2. bila dah naik bau, masukkan bawang, cili kering dan cendawan.
  3. kacau sehingga sebati. agak2, masukkan sos tiram dan black pepper. kalau sos black pepper takde, lebihkan sos tiram dan masukkan serbuk lada hitam.
  4. masukkan serbuk perasa jika mahu.
  5. masukkan yogurt dan sedikit air. jangan biarkan berair sangat.
  6. masukkan pasta yang telah di rebus, dan gaul sebati. tutup api.
  7. sapu sedikit butter atau marjerin kat loyang.
  8. masukkan semua dalam loyang.
  9. susun cheese atas pasta. saya takde mozarella cheese, tu yang guna slice cheese tu.
  10. Bakar suhu 170'C selama 5 -10 minit. agak2 cheese tu melting je, siap lah tu.






Senang je kan??? pasta ni pasta tekak melayu. hehehe:D