11.11.14

Seperti insan biasa.....aku ingin bahagia...












Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.
Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.
Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.
Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.

7.11.14

Application WhatsApp buat ramai orang bergaduh.


tengok tu...
siap dah boleh tahu pukul berapa orang tu baca...
kot-kot pasangan yang jenis tak de sifat sabar dalam menunggu..
mesti dapat ayat macam ni..

"u baca msg I pukul 16:41:44, pukul 16:45:44 you tak replied lagi.. kenapa?"

hahahahahaha

gila kau.. siap saat sekali ada kat situ..
bertabahlah ye korang..



yang ni goup pulak..
kalau tak tahu sila try..

nasib baik dulu-dulu bercinta guna mesej je...
 selamat sikit kan...

kalau lepas ni dia upgrade
"last seen with......."
"typing with others..."

huwaaaaaa... lagi takut weh...

 guna wechat jom!

6.11.14

Ke Broga Hills for 2nd time

Masa cuti awal Muharram lepas.. saya dah planning dengan kawan-kawan nak pergi daki Broga.. pertama kali saya ke sana tahun lepas...bulan 10 jugak saya pergi.. kira nya selepas setahun jejak kembali Broga Hills..

dulu, masa 1st time ke sana.. saya hampir-hampir nak pututs asa.. tak nak daki dah.. sebab nya.. penat wehhh..tapi saya naik jugak lah.. walau tak sampai ke puncak nya.. puas hati lah jugak..

kali ni pun tak sampai puncak tertinggi tu.. tapi sampai lah jugak ke atas.. sebab nak naik puncak tertinggi tu.. tempat dia curam sangat.. kena bantuan orang lain.. 

saya bertolak dari rumah pukul 5 pagi.. actually dah lambat ni.. sebab perjalanan ke Broga, Semenyih dari Klang makan masa selama 1 jam.. sebab sekarang matahari kan dah cepat naik.. jadi kami memang tak merasa moment moment matahari terbit tu.. lagi-lagi banyak kali pit stop.. penat weh.. stamina dah lah tak berapa nak ada..

siapa yang nak pergi tak tahu arah.. korang amik je signboard ke Semenyih... gerenti jumpa..

parking nak masuk Broga RM2.. parking dalam ladang kelapa sawit je.. masuk tandas RM1.. dah macam tandas KLCC dah weh,...

meh layan gambar...


lawa kan..
ni dari kamera samsung Note 2..
guna apps HDR

 

kalau perasan kat kaki saya tu ada line merah..
saya rasa siapa gedik-gedik nak tangkap gambar lepas line merah tu..
confirm terus jatuh..
kalau ajal panjang.. hidup laa.. kalau tak.. sendiri mau ingat..
sebelum tangkap gambar ni saya tak tengok belakang..
bila dah pusing tu.. mak oiii.. gayat wehh..

 belakang saya tu lah kemuncak nya..
nak naik tu curam..
kena ada orang tolong...
lain kali sampai atas tu pulak lah..
insyaAllah..


cantik kan?
Maha Kuasa Allah, Tuhan sekalian alam..


feeling something different.

I put so much effort..
I do that i did this..
at the end..
nothing for me..
sedih hati tak payah cakap lah...
Allah je tahu..
tapi siapa I nak mempersoalkan semua ni?

Sedih hati...
tapi nak bilang pada siapa?
nak cerita pada siapa?


moga semua nya baik-baik saje nanti..