16.1.15

Resepi Paprik Ayam Sedap dan Mudah

Ni menu tahun lepas bulan 12.. hehehehe.. baru nak update..
tiba-tiba teringin sangat nak makan paprik..

jom masak...


 
 bahan-bahan yang kita perlukan...
 yang takde dalam ni ayam dan sos cili..

senang je resepi paprik dari saya..

tumbuk kasar bawang putih, tumis kemudian masukkan cili kering dalam 5 6 sudu besar.. saya guna seekor ayam.. kemudian bila dah garing cili tu, masukkan sos cili dalam 5 sudu, 2 sudu kicap,  2 sudu sos tiram dan perencah tomyam 1 sudu. tambah air sikit.
 masukkan ayam.. dan kecikkan api yer.. lepas tu campak serai yang dah di ketuk dalam 3 batang, daun limau purut. bila menggelegak, masukkan sayur-sayuran.. letak gula garam.. rasa kan..
sebelum angkat masukkan bawang besar tu.. 

siap!!



12.1.15

Review Burger Byte Seksyen 7 Shah Alam

haritu pergi cuba makan kat burger byte.. semua tahu kan owner burger byte ni Zizan Razak.. gambar-gambar dalam kedai ni, ada gambar Emma Maembong jugak tau..

ni cawangan seksyen 7, shah alam ye.. dekat dengan giant tu..


 

pandai-pandai lah korang zoom..
tapi kan, gambar masa Emma tak pakai tudung..
kesian dia.. 
suppose Zizan kena aware benda ni kan...
 


burger byte ni mesti lah menu utama dia burger...
tapi saya tak de keinginan pulak nak try burger dia..
jadi saya order benda ni..
korang jangan tanya apa.. lupa dah..
ni Lamb...
grill with black pepper sauce..
ada kentang rebus dan sayur-sayuran tu..
harga RM13.90 kalau tak silap.. 

rasa dia biasa-biasa je...
takde lah meletup kebabommm...

5.1.15

Azam 2015



Setiap tahun kena ada azam supaya tak tersasar dari matlamat hidup... of courser semua orang mesti berazam untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum.. no one want to be worst right? 

bagi diri saya yang kerdil ni.. banyak sangat yang perlu impove.. 

jom list azam..

KURUS
=> ni tiap-tiap tahun on top of the list.. kurus tengah tahun kang akhir tahun naik balik.. hahahaha.. tapi kalau naik tak nak lah sampai obes ye.. 

SOLAT
=> nak istiqamah untuk solat di awal waktu.. sebab kalau solat lambat, nanti rasa macam terpaksa je nak solat.. ni diri saya yer.. nak dapat redha Allah kenalah ikhlas kan?

AURAT
=> nak belajar pakai stokin tangan dan kaki.. tapi sebelum tu kena beli dan kumpul baju yang menepati syarak..

HUSNUDZON
=> sentiasa bersangka baik.. fikir yang baik.. 

PERHUBUNGAN
=> nak ada perhubungan yang stabil. senang cerita nak bina keluarga sendiri. doakan please.......



SIMPANAN
=> nak mula menyimpan setiap bulan dengan displin.. selama bekerja dah nak dekat 4 years ni.. saya langsung tak berdisplin menyimpan... sobbbsss sobsss ):



InsyaAllah.. itu je list saya.. tak payah tamak nak banyak list.. kang tak terkejar kang.. 12 bulan tu rasa macam lama je.... padahal kelip-kelip mata tengok dah bulan 12.. :p

harap-harap berjaya lah ye..

1st Entry 2015.

Selamat bekerja pada diri sendiri.. selepas bercuti hampir 13hari including weekends.. harini bekerja dengan semangat baru..

hari ni masuk office awal.. cleaning the dusk.. sempat baca blog sikit-sikit.. rasa nak jugak lah buat entri pasal Azam 2015.. (=

cuti lama-lama sampai buat saya rindu gilaaaaa kat office.. hahahahaha... macam tak normal pulak rasanya... sampai termimpi-mimpi both bosses.. selalu time cuti kadang-kadang boss ada lah WhatsApp tanya pasal kerja.. ni langsung nan ado! buat saya takut unuk pergi kerja harini..

okay, let's start a good day for whole week. 

gemuk!!!
cuti asyik makan jee..