4.6.15

Bakar Lemak di Royal Floria Putrajaya 2015

Saya dapat tahu pasal Floria Putrajaya dari FB Putrajaya.. ingatkan nak naik kapal Magic Nite tu.. tapi tak berapa nak feel weh kalau pergi sorang.. heee~~ 


jadi ajak kawan saya pergi sana.. gerak dari Klang dalam pukul 9 pagi macam tu.. sebab saya ada baca Floria ni bukak pukul 9 pagi.. 


kalau korang scroll FB Putrajaya tu, takde mention langsung pasal bayaran ni.. memang takde.. saya tahu pun lepas baca komen orang lain.. kalau ada My Kad RM5 kalau takde RM10.. budak-budak saya tak tahu... tak pasti pulak kenapa dia tak update pasal bayaran ni.. tapi rata-rata memang terperanjat bila kena bayar.. 
Masuk-masuk je dalam ni.. terus nampak mini-mini taman.. yang dorang decorated mengikut tema.. takde sediakan map pun.. saya mula-mula tertanya-tanya, nak jalan kiri ke kanan dulu ni? sebab, kalau boleh nak pergi masuk rumah winter dulu... tapi takde peta, jalan ikut kaki je lah.. hahahaha..


pusing-pusing nampak taman bertemakan minions..
comel-comel..
kiut-miut..

cubaan selfie dengan minions..






jalan-jalan jumpa lah peta..
tengok dah dekat dah nak pergi zon winter tu..
bila dah jumpa..
gila kau...
beratur panjang gila wehhhhhh..
macam nak beli tiket wayang cerita box office..
masa tu dah panas sangat.. memang tak lah saya nak beratur..
next time je lah...

sebabkan panas, jumpa tempat ber air-cond..

masuk rumah orkid..
cantik-cantik bunga kat sini..
siap ada pemenang lagi..
acara apa orkid ni bertanding saya tak tahu..
hahahaha:p

masa dalam ni tak ramai orang sangat.. jadi memang terasa aircond tu..






anything mix with purple is my favourite..



suka!
cantik weh..

putih suci je..



di sebabkan terlampau panas.. 
tutup mata bila orang nak tangkap gambar...


berlatar belakang kan jambatan Putrajaya..

banyak rumah mini kat sini..
rumah Melaka pon ada..


ni rumah apa?

tak tahu tajuk.. LOL

tapi bila dah pukul 11 lebih tu..
memang ramai gila orang weh...

korang kalau nak pergi, pagi-pagi k!
malam pun dia bukak..
samapi 7th June ni...
best jugak sekali sekala jalan-jalan macam ni...
katanya tiap-tiap tahun ada..
tu saya tak pasti..





3.6.15

My 26 years birthday celebration.

Jumaat lepas genap lah umur saya 26 tahun. Alhamdulillah for over the past 25 years old. Syukur dengan apa yang ada dan apa yang diberi Allah. Saya ambil half day Jumaat lepas, ingat nak pergi tengok wayang. Tapi ada hal pulak petang tu. Jadi tak dapat lah tengok wayang.


ni last year birthday...


this year celebration..
Pakai bawal satin maroon. 
Tapi tak cantik jugak macam Mia Ahmad.. 
kehkehkeh.. 


Sebelum balik tu ajak officemate pergi lunch kat Fikcles TTDI. Saya dapat tahu kedai ni dari blog Kak Su. Kalau korang nak tahu makanan terpaling sedap, silalah terjah blog dia. Trademark dia “terpaling”.. hikhikhik:p lama dah nak pergi sini, sebab dekat dengan office. Tapi tahu je lah kawasan TTDI, parking kemain susah. Doa lah siap-siap dalam hati supaya dapat parking weh. 2 kali tawaf, dapat parking. Perut dah lapar weh.

saya order Mushroom Junkie. Totally 100% cendawan saja dengan carbonara sauce. Order air white chocolate caramel. Sedap!


my meal..
campuran berbagai jenis cendawan..
tapi saya tak mampu nak habiskan..
portion dia banyak.. tapi memuakkan..


white chocolate caramel..
sedap bangat!


officemate order ni..
sedap jugak..

Malam Aza dan tunang dia ajak pergi Fiske Steakhouse AU2 Keramat. Saya order set grill yang ada ayam, lamb dan beef. Lupa nama dia. 1 set ada mash potato dan coleslaw. Kedai nya memang ramai orang. Masa kami pergi tu duduk berhadapan dengan tandas. Nasib baik tak berbau. Hehehehe~~ saya tak perasan bila masa ntah dorang order slice kek. Terharu! Thank you bff!



my personal review:
daging dia kering, jadi liat sangat.
for lamb banyak lemak je.



mushroom soup ni memang sedap.. pekat dan likat..


ni my birthday kek..

saya hanya sempat makan sesudu, bawak balik rumah..
abah habiskan..



So, that’s how I celebrate my 26 birthday.

How time flies. Now we are in the middle of 2015.

Harapan saya hanya yang baik-baik sahaja berlaku. insyaAllah.



To someone; terima kasih awak untuk hadiah Si Ungu.. :)

2.6.15

DAY 2: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!




2)      Describe a moment or a day when being single really sucked.

The moment when you have a big problem and you need to share with someone. You call and text your BFF; but none of them are free. At this time, memang air mata turun bagaikan hujan..
Nak pulak saya jenis suka bercakap.. tapi takde pendengar..

last-last kau cakap kau dengar sendiri..

time macam ni perasaan cemburu pada mereka yang dah berkeluarga memang meruap-ruap.. serious! nak pulak time tu dia pergi upload gambar nikah, gambar dating dengan kekasih halal.. why?? why??
masa ni baru sedar, jangan show off kebahagian pada public.. hahahahaha..
dan-dan lah kau cakap macam tu.. muahahahah:p



jangan di bandingkan hidup kita dengan orang..
jalani je hidup kita dengan aura positif dan sentiasa lah pandang ke hadapan..
You're not alone.. 
Allah always with you..

**tarik nafas, smile dan kesat air mata**
settle!


gudnyte blogger.. 


DAY 1: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!


join Fyna buat tag ni..

lama tak buat tag-tag macam ni.. dulu zaman baru ber blogging suka lah..

heee~~

sepatut semalam Day 1..
tapi tak sempat lah..

so, soalan pertama ;


1)      Your response to everyone’s favorite question: “And why are YOU still single?”

Soalan ni selalu di tanya oleh family. sama ada family terdekat atau pun family yang ada bau-bau bacang.. untuk kawan-kawan, so far takde dapat soalan begini.. kadang-kadang dapat jugak perlian “memilih sangat ni…” ewah-ewah, sukahati kau je nak cakap macam tu..

Selalu nya bila dapat soalan macam ni..
Saya cakap je.. takde calon sesuai lagi..meh lah carikan…..
Nanti masing-masing tersengih-sengih.. hahaha..
Nak sangat kan tengok kita berpunya.. meh lah cari kan calon yang sesuai.. jangan pulak nak merapu-rapu..

Bagi saya kalau orang tu memang rapat dengan kita, it’s okay to ask this type of question. Tapi kalau setakat kau bertegur hai-bye.. please yer! Soalan tu agak sensitive for certain people.. atau korang boleh tanya dengan cara yang lebih sopan.. fikirkan lah soalan yang macam mana baru buat orang tak terasa hati…

Kadang-kala memang rasa bertuah sangat masih single.. sebab saya jenis yang suka berjalan ke sana sini.. suka merayap sana sini.. bayangkan kalau dah berkahwin? macam mana weh? mau kena hempuk ngan laki sendiri.. bila ramai dah kawin, sometimes mereka share masalah-masalah dalaman ni.. buat saya tarik nafas lega and said "lucky, tak payah nak menghadap masalah itu.."

Setakat ni masih lagi enjoy begini.. Allah knows better from others kan? 






Chillx!