8.7.16

siapa yang kerja hari ni?

Selamat Hari Raya!!

#teamtakdekampung dah start kerja hari ni..
kalau kerajaan seronok lah..
sebab isytihar cuti peristiwa kan...
kami yang swasta ni kalau nak cuti kena apply laa..
tolak annual leave..

harap-harap boss tak masuk hari ni..
dan harap nya dapat balik awal...
kahkahkahkah,...~~!

----------------------draft kat atas di taip pukul 9 pagi---------------------------

meh bersambung...
hahahaha..
gaya macam busy pulak...
busy buat kerja yang takde kena mengena dengan kerja...

cun!
boss confirm tak masuk.....

moh sambung tengok file...

kepada yang tengah beraya tu..
berpada-pada lah makan tu..
kikikikiki:p


5.7.16

Customized Coklat untuk Tempahan

Masa birthday tunang hari tu, dah fikir nak delivery kek sebenarnya..
tapi orang tu dah tak buat kek untuk birthday..
dia tengah focus untuk kek hari raya..
jadi saya pun buntu..
takkan nak guna servis suprise tu kan..
over benau pulak rasanya...

masa bertunang hari tu memang tempah coklat..
owner dia nama Zira.. adik ni duduk meru..
seminggu sebelum birthday tu dia ada upload moment kat wechat..
design-design coklat..
so, try tanya dia boleh ke dia hantar kan ke tempat kerja tunang saya..
dia kata boleh..
apa lagi.. pilih design.. bayar.. settle~~!
macam-macam design yang ada..
sampai saya rambang mata,,,
padahal bukan dapat makan pon.. hahahaha~~!

senang berurusan dengan dia tau..
cuma jangan marah kalau dia lambat reply..
sebab dia kerja..


alhamdulillah.. puas hati dengan servis dia...
actually saya suruh dia tangkap gambar coklat..
tak sangka dia pergi tangkap gambar tunang saya..
hahahaha..
tapi baguslah...

korang area shah alam ke klang bolehlah tempah coklat untuk orang tersayang...

wechat: ernanazirahairul42
fb: Erna Nazira Hairul
fb page: Zarinah Chocolates



4.7.16

Siapa lagi bekerja hari ni?

Assalammualaikum...

siapa lagi masih bekerja? *give me five*..
As usual, sebelum raya jarang amik cuti...
tapi this year lagi teruk...
tak amik langsung cuti raya..
saya masih belum dapat confirmation letter..
jadi, saya tak sanggup untuk amik any unpaid leave..
walaupun hanya sehari.. bagiku cukup berharga..
pulak tu saya memang raya kat sini..
jadi, tak delah rasa terkilan ke apa..
mungkin akan rasa kebosanan yang teramat je lah..
since, office-mate melayu semua cuti dan chinese pun sama saya rasa..
just left a few people here...
takpe-takpe.. hari jumaat selalunya masa cepat berlalu.. kan??
#ayatsedapkanhati

tahun depan kita claim cuti raya balik..
amik 2 minggu terus...
tapi raya tetap kat sini...
hahahahahaha..
mau mereput duduk rumah..

disebabkan hari ni mood kerja takde..
kita tunggu boss bagi arahan je..
muahahahaha...
malas nak menggodek any file untuk update..

so, yang kat kampung tu..
selamat bercuti panjang...

1.7.16

Resepi Sambal Daging

Last week buat sambal daging makan dengan nasi daging…

Sepatutnya nasi daging tu makan dengan air asam.. saya kan suka menderhaka resepi.. wakakaka… mula nak buat kari daging.. tapi selalu dah makan kari daging.. maka buatlah sambal daging…

Sambal daging ni saya masak banyak.. bertahan sampai hari selasa tau.. lagi lama simpan lagi sedap pulak.. hehehe.. jom tengok resepi sambal daging ni…



Resepi Sambal Daging
Bahan-bahan:
1 ½ kilo daging **rebus : - saya beli daging biasa bukan daging batang pinang. Saya rebus kejap je daging. Sebab nanti bila masak saya rebus lagi.

3 biji bawang merah besar
5 biji bawang merah kecik
1 biji bawang holland
1 labu bawang putih
2 senduk cili blender
1 sudu belacan
Sedikit air asam jawa

Cara-cara :
Blender semua bawang dengan sedikit air rebusan daging. Sikit je air nya. Sebab bawang akan keluarkan air dia sendiri.


Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili blender. Masak cili hingga garing. Kemudian masukkan daging (toskan air rebuskan) dan belacan. Masak dengan api kecik je. Goreng dalam 10 minit macam tu. Baru masukkan air asam jawa. Kalau nak ada berkuah masukkan air rebusan daging. Saya masukkan dalam 2 senduk. Masak dengan api sederhana sehingga lah dapat kepekatan yang kita nak. Masukkan gula, garam dan serbuka perasa. Siap!