27.2.10

perjumpaan blogger terbesar.

aku cuma nak sampaikan je..perjumpaan blogger terbesar @ teramai akan di adakan pada 6 mac 2010..

aku ambil maklumat dibawah ni dari blog cikgu yang penuh rasa cinta. dunia sebelah zara..

Masa : 3-6 petang

Lokasi :. COMMONWEALTH FOREST PARK & RESORT
Kompartmen 3 Hutan Simpan Bukit Lagong
Km 23 Jalan Kuala Lumpur - Rawang
48000 Rawang Selangor

nak tahu tempat ni..sila rujuk cfpresort.com

Semua bloggers sila pakai baju merah

niat hati memang nak pegi..tapi tiada kenderaan..sungguh sedih..tapi..insya’allah akan diusahakan juga..

25.2.10

payudara penting untuk menarik minat lelaki.

aku baca blog kawan-kawan tadi yang ade kat list tepi ni..aku memang selalu bukak kak syazni punya blog..penanam anggur yang berjaya sekarang ni..kan kak?? hehehehe..best tajuk blog beliau hari ni..tak caya klik sini..

kalau dah dasar namanya lelaki..memang begitu kebiasaannya..bukankah begitu wahai kaum adam sekalian..aku memang setuju sangat dengan tajuk tu..

aku tahulah sebab aku keje dikelilingi oleh lelaki yang sudah berumah tangga dan jugak yang single..yang dah bertunang pun ada..diaorang kalau nampak perempuan, macam nak terjojol bijik mata keluar..lagi kalau yang datang tu sexy gile..waa..mau terkeluar bijik mata diaorang tu..

kadang-kala ada perempuan tuh datang dengan tudung litup..labuh..tutup dada..tapi lelaki-lelaki ni masih pandang mereka jugak..bila aku tanya kenapa pandang diaorang? bukan nampak apa-apa pun..jawapan yang aku terima kan..”bagi kau perempuan memang tak nampak apa-apa..kiteorang nampak jer yang kat dada tuh..besarrr..” aku terdiam lah kan..

jadi..aku jarang pakai tudung bersilang..maksudnya letak penjuru tudung tuh di bahu..dan di bahagian dada tu singkat jer..sebab aku tahu apa orang pandang bila tengok aku..kekadang aku buat gak macam tuh..tapi tengok jugak aku pakai baju macam mana..

sekarang ni trend selendangkan..jadi lepas ni aku kena pastikan..walau macam mana aku bergaya pun..aku kena pastikan bahagian dada terselindung..

DSC07220

pakai tudung mcm ni lah..singkat bahagian dada..tapi aku cover guna cardigan..:)

walau bagaimana pun..lepas ni..mesti pastikan bahagian dada ditutup..lagipun..dalam ISLAM memang diwajibkan memakai tudung hingga menutupi bahagian dada..sama-samalah kita munasabah diri..

 

24.2.10

ini cerita aku.

dah lama tak tulis cerita aku kat sini..bukan apa..entry yang sebelum-sebelum ni..semuanya auto publish..disebabkan tiada vroadband dan jugak tiada line broadband..line cam hampeh jerk..bengang aku..

cuti sem kali ni..aku banyak duk kat uma dari bekerja..sedih..nanti dapat sikit jerk gaji..tak boleh shopping banyak-banyak..tak pe lah..dah tu rezeki aku..nak buat macam mane kan? lagi pun aku pekerja part time..so..ramai pekerja ful time yang kena keje tuk sara hidup..macam aku ni..keje sekadar suka-suka jerk..

tapi..aku takde lah duk uma sangat..ada jugak hang out sana-sini..takkan lah aku ni duk uma jerk..bukan siti hajar lah kalau macam tu..de gak aku g jalan-jalan..antaranya pegi i-city..sape duk kat area shah alam dengan klang tahu lah akan kewujudan kawasan ni kan?

tempat ni sesuai tuk orang macam aku..hehehe..tempat tuk tangkap gambar..lawa pemandangan kat sini..

DSC08128

cuti kali ni pun..buatkan aku menjadi penternak lemak yang berjaya..banyak woo lemak yang aku ternak..membuatkan berat badan aku dari 45 kg naik ke 48 kg.. hebat tul! well done lah kan? mana taknya..duk uma asyik baking je..macam semalam dengan kelmarin..asyik wat cheese kek je..mana lah lemak tu tak bertambah..

minggu depan dah nak mula sem baru..final sem..jeng..jeng…jeng…mesti banyak cubaan. dugaan yang harus di harungi..gila lah ayat aku! muahahahaha..=p peace..no war!

 

22.2.10

kerja tu penting! faham tak?

sekarang ni susahkan nak cari kerja? kalau ada diploma pun lum tentu dapat kerja bagus..ni kan pulak yang ada sijil SPM jer..memang susah dan amat payah..

bila ada kerja kosong..kenderaan pula jadi masalah..sebab jauh dengan tempat tinggal dan tiada kenderaan untuk ke tempat kerja..jadi..amat susah sekali jika kita tiada lesen dan kenderaan..

lagi susah jika kita terlalu memilih pekerjaan..nak sangat kerja yang gaji tinggi..tapi kelayakan..alamak! setakat je..memang payahlah..kekadang aku geram betul dengan orang yang memilih kerja ni..cubalah dulu sesuatu pekerjaan tu..sementara nak dapat pekerjaan yang jauh lebih baik pendapatannya..ini kalau semua memilih..susahlah..

ada orang cakap..kerja kilang tiada masa depan..mungkin ada betulnya..tapi tengok jugak kilang apa yang kau kerja tu..kalau kilang yang ada nama..mesti masa depan cerah di sana jika tekun berusaha bekerja..tapi kalau setakat kerja sambil lewa..kilang cikai pun tak mahu ambil korang bekerja..

kawan aku kerja kilang..dah dua tahun..siapa cakap kerja kilang ni tak banyak gaji..dengan dua tahun kerja je..dia dah nak kahwin pun..kerja kilang je..simpanan pun ada..ni..kerja pejabat..tapi takde duit nak simpan..nak buat apa kan? nama tempat kerja je gah..pejabat..bak kata orang putih..office..

aku memang dari dulu kerja tak memilih..asal halal dan berbaloi dengan tenaga aku..aku tak kisah..bukan apa aku cuma berfikir..duit tu penting untuk menjalani hidup seharian..kalau takde duit..macam mana nak hidup? nak harapkan mak ayah..? sebulan dua mungkin diaorang tanggung..bulan ketiga? lu pikirlah sendiri bak kata nabil.
.
biar pun kerja dari bawah..jika bermula dari umur yang muda dan dengan usaha yang sungguh..pasti masa akan datang..kita akan naik pangkat..dan ada juga jawatan..walau belajar tak tinggi mana pun..

---------->sebab dah beberapa minggu cakap dengan mylurve pasal kerja..maka terhasillah entri ni..

:aku tak sempat nak terjah rumah korang:
:sibuk dengan kehidupan berkerjaya:
:hari ni demam panas: