31.7.10

bermula selangkah.....

aku punya impian..
punya cita-cita...
dan jugak harapan...


banyak yang perlu ku genggam untuk berjaya..


tapi aku takut untuk mulakan langkah setapak ke hadapan...

mungkin masanya belum tiba untuk aku langkah ke hadapan..


tapi kejayaan itu aku tetap impikan...


seminit kaya... sebulan kayap...

31 july 2010....


gaji mcD dah dapat..yahoooooooooo......!!!

kayo makcik....!!





beberapa jam selepas itu.............







..



.


.





...












:( huwaaaaaaaaaaaaaaaaa......!!!

duit dah habis..
bayar hutang semua...



bila boleh kaya kalau gini??

29.7.10

hari-hari kena kerja..

Yeay!! Hari ni dah hari khamis.. sekarang ni saya buat dua kerja… pagi kat ofis.. malam di mcd.. ye.. saya masih pekerja mcd yang setia.. walaupun part time je.. tapi tahun ni dah tahun ke 3 saya berkhidmat… alhamdulillah..

Bila buat dua kerja ni.. hari-hari adalah kerja.. mana ade cuti.. Cuma, isnin dan jumaat malam je tak kerja mcd.. hari lain kerja.. ahad pulak cuti kerja ofis.. tapi tetap kerja mcd.. mula-mula memang fikir nak berhenti.. tapi bila dah keluarkan kereta ni.. tunggu dululah.. tunggu samapi dapat gaji yang betul-betul saya nak.. tak bermaksud gaji kerja ofis tak mencukupi.. tapi.. biasalah.. manusia.. mana pernah puas.. hehehhe…J

Lagi pun.. saya masih muda.. tenaga kuat lagi.. tak salah rasanya nak kerja lebih.. saya target nak beli rumah dalam 3 tahun lagi.. tapi lagi cepat lagi bagus.. sementara mampu ni.. kerja je lah… tapi kalau dapat offer target salary yang saya nak.. saya berhentilah kerja mcd..

Memang orang cakap.. takde life..kerja..kerja..kerja je hari-hari.. tapi kerja tu untuk hidupkan??? Buat sementara waktu je pon…

Di sebabkan saya agak sibuk dengan aktiviti harian saya.. jadi.. kalau ade kawan-kawan yang nak ajak keluar ke.. jumpa ke.. beritahu awal-awal ye… macam Are-gya.. dia nak tuning 31 Julai ni.. saya usahakan ye yunk.. kalau tak dapat pergi.. jangan pulak kahwin tak mau jemput lagi… ehhehehe….

Nak keluar dengan mylurve pun kena cakap awal-awal.. macam buat appointment dah… maklumlah.. kena mintak cuti kerja mcd tu… kang takleh keluar.. kena kerja…

28.7.10

cantik perempuan itu apabila dia..................

Macam mana korang menilai diri seseorang perempuan tu cantik??

Cantik itu subjektifkan? Tapi ni yang saya maksudkan ialah cantik dari segi bentuk muka.. kira cantik pada wajah lah..

Bagi saya.. apabila seorang perempuan itu memuji perempuan lain cantik… maknanya memang betullah perepuan tersebut cantik.. sebab.. kalau lelaki yang puji… lembu pakai skirt pun dia cakap cantik… huahuahuahuahua.. betul tak kaum hawa sekalian??

Saya sendiri pernah jumpa beberapa perempuan yang bagi saya wajahnya cantik.. ayu.. sejuk je hati saya tengok.. serius! Eh.. saya bukan songsang ye!!! Normal lagi… kang ada pulak cakap saya ni songsang…

Saya suka tengok perempuan yang memang cantik tanpa secalit make-up.. even lipstick pun takde.. itu baru betul perempuan tu lawa kan? Bentuk muka seseorang pun boleh menentukan muka dia cantik atau tidak..

Sometimes mereka yang chubby tu.. punyai bentuk muka yang cantik jika di lihat betul-betul..

wajah tu aset yang di anugerahkan pada setiap manusia… kenalah kita menghargainya… jika wajah kita kurang lawa.. pada pandangan mata manusia.. kita lawakanlah.. jaga penampilan.. jaga kulit muka.,.

tapi ingat…setiap ciptaan ALLAH tu sempurna… kalau tak masakan kita ada dua mata? Kenapa tidak tiga?? Renung-renungkan… dan selamat menjaga wajah masing-masing…J