7.9.12

Soalan Paling Sensitif Pada Abad Ini.



Sesungguhnya soalan paling sensitif pada tahun ni dan tahun akan-akan datang adalah……..





“bila nak kahwin?”

“bila nak naik pelamin?”

“turn kau bila lagi?”




Soalan-soalan tersebut tu boleh jadi double meaning; sama ada memang betul-betul persoalan ataupun perlian. Hanya orang yang bertanya je tahu.

Tapi memang tak tahulah kenapa saya rasa lately soalan tu membunuh jiwa raga saya.. siapa yang selalu tanya soalan ni pada saya? My ibu.. seriously memang boleh dikata-kan hari-harilah tanya soalan begini. Sampai nenek saya kata, takde soalan lain ke nak tanya.. hahahhaha.. nenek saya pon tension dengar soalan tu.. apatah lagi saya…

kawan-kawan yang dah bekahwin pun rajin benau nak tanya soalan begini... buat saya rasa umur 23 tahun ni dah jadi andartu.. hahahha.. padahal umur baru melepasi paras emaja.. hikhik:p

Time raya hari tu, ada dua tiga orang kawan datang dengan suami beserta anak. Kawan-kawan tu pulak sama baya dengan saya.. haa… amek.. lepas je orang tu balik.. mak saya cakap. “ tengok tu, kawan dia siap dah ada anak dah.. dia ntah bilalah…” sentap okey dengan soalan sebegitu…


ibu dan adik ke-3


Mak korang-korang ada tak macam ni? Haishh… stress tau dengar soalan yang sama berulang-ulang kali.. 

Saya target next year nak bertunang and insya’allah, lepas bertunang dalam beberapa bulan boleh kahwin.. tapi sekarang ni masih proses mencari calon yang sesuai.. dan jugak memantapkan kewangan.. kahwin guna banyak duit woooo~~~~



 kalau boleh saya taknak cari yang sebaya atau lagi muda.. nak cari yang tua sikit dari saya.. selalunya yang sama baya mesti pekerjaan die tak stabil lagi kan….



memang jodoh akan datang bila masa yang sesuai tapi kena ingat yang jodoh takkan datang bergolek tanpa usaha.
 

5.9.12

WW Bersihkan Hati










sumber google.


4.9.12

Perubahan demi perubahan unuk menjadi yang tebaik.



Setiap dari kita mesti mahu lakukan sesuatu perubahan yang positif. Sebab itu adalah sebahagian dari kejadian diri kita sendiri, rohani kita suka benda yang baik-baik sahaja. Tuntutan rohani itu perlu diberikan sebab jiwa kita boleh jadi kosong jika kita mengabaikan tuntutan rohani.

Meskipun kita rasa diri kita banyak buat dosa, banyak buat silap tapi kita tetap rasa yang kita mahu lakukan sesuatu yang baik. Dunia makin menghampiri usianya yang kita sendii tidak pasti sampai bila dunia ini ataupun bumi ini dapat bertahan. Tempat lahir dan tarikh lahir telah pun kita ketahui tapi tidak tempat kematian dan tarikh kematian. Mati itu pasti cuma tidak tahu bila.


Paling dekat dengan kita ialah kematian.


Bagi saya, sesiapa pun jika ingin melakukan perubahan. Lakukan dengan sedikit demi sedikit. Jangan terlalu drastik sebab takut diri kita ini tidak beristiqamah. 

Dulu saya suka pakai baju ngam-ngam. Tidak ketat atau jarang. Tapi kalau ngam-ngam terletak tu tetap menampakkan susuk tubuh kan? Sekarang ni kalau nak beli baju atau seluar fikir dulu, cari yang longgar sikit. Saya tak tahu kenapa sejak dua menjak ni saya dah tak suka pakai seluar jeans. tudung pula saya jaga labuh tu. saya nak pastikan labuh tudung menutupi dada. 



Bila dah cecah umur 23 tahun ni, saya banyak membaca. Dengar ceramah sikit supaya saya dapat lakukan perubahan dan peubahan saya lakukan itu adalah di landasan yang betul. Mungkin kata orang kesedaran mula timbul.


Tapi apa pun perubahan yang kita lakukan, saya rasa kena dengan hati yang ikhlas. Tapi kata ustaz UAI, kadang-kala benda yang wajib tu memang sifatnya terpaksa. Dari terpaksa timbulnya keikhlasan. 



 

Apa pun, kena bermula dengan akhlak atau attitude kita. Perlakuan yang buruk-buruk tu cuba elakkan dari diri kita dan tutur kata kenalah jaga. Lidah ni lagi tajam dari pedang. Walaupun tengah marah sekalipun, cuba untuk tidak mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat. Sedikit-sedikit perubahan akan memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita. 

 






Saya tak sempurna mahupun baik tapi saya cuba mahu menjadi yang terbaik. 


pic sumber google.

3.9.12

Random Talk


Kadang-kala kita merasakan sesuatu perkara itu begitu mendesak kita… sesak dada kita..fikiran pun kusut.. tapi kita tak meluahkan pada sesiapa.. takut kita dipersalahkan.. atau mungkin kita akan dihentam.. sedangkan apa yang berlaku, apa yang kita fikirkan itu semua sudah suratan takdir…


Sejak saya dihentam beberapa oang tentang sesuatu perkara, saya jarang meluahkan di sini ataupun pada rakan-rakan.. blog saya ni ada silent reader terdiri daripada kaum keluarga yang terdekat.. sebab tu sebarang perkara kena fikir masa-masak dulu sebelum keluarkan di sini.. Luckily I have others blog yang memang langsung takde readers.

Kadang kita takde pilihan lain melainkan bermuka tebal meminta pertolongan rakan-rakan.. sebagai pendengar janganlah menempelak terus.. keinginan dan kehendak manusia itu berbeza-beza jadi jangan disalah tafsirkan..



Insya’allah sekarang hati saya kuat.. apa yang berlaku saya berjaya pendamkan sendiri… susah sebenarnya nak buat berdiam dii.. padahal, hati membuak-buak nak ceritakan pada orang.. being of me, talkative person.. huh… sangat susah.. tapi Alhamdulillah berjaya memendamkannya.. Cuma saya berharap orang/kawan-kawan yang saya percaya tak khianati saya..



Nota hati : harap apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah..