14.6.13

siapa baik hati hati ku terima..





Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

currently addicted with this song... :)

13.6.13

Work Life Health



Seminggu dua ni rasa fed-up je nak kerja… tak tahu kenapa.. mana pergi mood bekerja ntah.. kadang-kadang nak balik rumah pun takde mood.. serius! Kalaulah ofis ni boleh buat OT.. mesti muka saya ni je yang hari-hari OT.. sebab balik rumah pun bukan ada buat apa pun..sampai rumah mandi - makan - tengok tv - tidur.. begitulah rutin seharian saya..

Sometimes I wondering why others can be so happy with their life.. cepat-cepat istighfar balik.. semua tu kerja Allah..setiap manusia tu punya takdir yang berbeza.. In fact, takde orang yang akan rasa bahagia selalu, sebab kehidupan ni macam roda..kdang di atas kadang di bawah.. dan tak semua orang bila sedih nak tunjuk kat orang..

Hari tu up status sedih kat FB.. sesiapa yang kenal saya very well.. mesti tahu yang saya ni jarang sedih ataupun susah nak tunjuk kesedihan kat orang lain.. tapi bila saya up status sedih, ramai yang tanya kenapa.. siap ada yang PM lagi kat FB nun.. hehehe.. terharu pulak.. tapi saya tak boleh nak share dengan orang unless orang tu memang dekat di hati saya.. baru sennag nak bercerita.. sebab saya ni memang jenis gelak sana-sini huhahuha je senantiasa..

 double chin itewww ;'(


Sejak masuk usia 24tahun ni, saya selalu baca pasal kesihatan tubuh badan dan juga kecantikan.. siapa yang taknak awet muda hoiit.. semua orang nak.. cer bayang kan, lagi 20tahun orang tegur muka kauorang cakap macam muka budak belasan tahun.. haaa.. tak ke kembang mendengarnya.. hehehehe.. tak mustahilkan? Tengok Kak Ton..comel kan? Kihkih:p

 muka kembang setaman..
bila ntah nak kurusnya ni..



Cemburu tengok orang kurus, tinggi dan cantik.. huwaaa..complete package dorang ada.. best kan? Saya tak cantik tapi cute *muntah hijau*…hahaha.. semua picture snap by camera360 ye.. harap maklong.. :)
 
Ehh.. apa mende entri harini.. merapu gaban sajo.. 


.::Kehidupan tu ibarat sebuah perjalanan yang mana kematian adalah penghujungnya::.

12.6.13

Rasa ini biar ku simpan.

baca post Kak Safura tajuk RINDU..

dah lama tak ucap perkataan R I N D U pada orang...




monolog:
Rasa rindu tu sakit tapi ada indahnya...
saat seseorang ucapkan rasa rindu pasti senyuman terukir di bibir..
biar rasa rindu ini hanya aku yang tahu...
biar rasa rindu ini terpendam..
aku yakin, bila tiba masanya rindu ini akan terluah juga..
hayati perasaan rindu selagi boleh, kerana ia adalah kurniaan ALLAH..
 

11.6.13

Resepi : Roti Telur with Coleslaw

Menu ni menu hari ahad.. bangun tidur pukul 9 lebih rasanya. perut lak mintak di isi. yelah, kebiasaannya saya akan makan pukul 8 pagi. sebab kat ofis memang makan breakfast. kalau kat rumah kekadang memang terbabas.


bawah tu roti sandwich yer.. meh tengok resepi.

Roti Telur

bahan-bahan :
3 biji telur
Suku batang Carrot - hiris nipis-nipis
setengah biji bawang Merah - mayang
Sedikit lada hitam dan lada sulah
Roti Sandwich secukupnya - sapukan planta @ mentega

Cara-cara:
Pukul telur dengan semua bahan dia atas kecuali roti. Panaskan kuali non-stick, masukkan telur yang di pukul tadi sikit, macam masak telur dadar tapi masukkan dalam 3 4 sudu je. tekap roti pada telur tersebut. tunggu sampai telur masak. kemudian terbalikkan. saya suka roti garing sikit. siap! ulang sampai habis adunan telur tu. saya dapat dalam 7 keping roti.

Coleslaw

Bahan-bahan:
1 batang carrot
Setengah biji Kobis
1 biji bawang besar
Mayonis secukupnya
1 sudu makan cuka
garam dan gula secukupnya
 

Cara-Cara:
potong sayur nipis, bawang besar tu potong dadu. campurkan semua bahan. siap! kalau rasa macam pekat sangat, tambah air dalam suku cawan. 

saya memang tambah air, sebab suka makan coleslaw yang basah-basah sikit.