26.9.14

Selamat hari lahir buat si dia.

Selamat Hari Lahir buat abah saya..
Muhammad Nasir Bin Zuli..

Kat rumah, hari-hari abha basuhkan pakaian saya..
yup, ini adalah kenyataan dan kebenaran nya..
dari saya lahir sampai sekarang..
abah yang basuh baju saya..
kalau baju tu turun warna ke atau kotor yang susah nak di basuh..
abah akan cakap.. baju tu kotor lagi.. tapi abah dah basuh..

semua yang kenal saya dari kecik mesti tahu..
abah saya seorang yang garang..
kat mana-mana pun dia boleh marah..
masa saya kecik memang takut gila dengan abah...ehh.. bukan dengan abah je.. ibu sekali..
hahaha...

walaupun abah garang.. masa bercinta zaman sekolah..
saya cerita je kat abah..
suka siapa.. pakwe siapa..
bila keluar dating pun, kadang-kadang abah hantarkan..
kihkihkih:p

dari abah garang macam singa now abah tak garang macam singa dah..
faktor usia mungkin?
ahhhhh.. kehilangan idea pulak nak menulis..


25.9.14

Puasa Sunat Zulhijjah

Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah hari ke 9 Zulhijjah. I a adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?

Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).
credit -: persatuan bangsa johor

Semalam dah dengar pengisytihar Hari Raya HAji jatuh pada hari Ahad 5hb Okober. jadi 26hb Sept dah boleh start puasa sunat. insyaAllah, sama-samalah kita upgarde iman kita..


24.9.14

WW Selfie Mendongak

 24th Sept 2014

23rd Sept 2014

konon-konon nak nampak kurus.
mihmihmih.

Morning Love.

korang besar kan sendiri yer..


"kalau suka kat seseorang tu, buat biasa sudah"..

morning love!