15.6.12

Anda cinta dia kerana?????

Pagi tadi dengar kat HotFm, tajuk “Anda cinta dia kerana …….” Memamng hangatlah nak diperkatakan.. ada tu cinta suami sebab janggut… hikhik:p kawan saya ada seorang yang macam tu.. nak cari lelaki yang ada janggut je.. akhirnya dapat suami yang memang ada janggut… teringat dulu masa sekolah, saya geli lelaki berjanggut ni… anti sikit.. AG Hot FM bermadah “cinta kita ibarat janggut, makin tumbuh walaupun dicukur, dan janggut dari hitam ke putih menandakan cinta yang matang”… lebih kuranglah ayat dia macam tu.. serius lawak!

Kalau saya, mungkin akan cinta pada seseorang kerana keramahannya dan kematangannya.. sebab saya ni jenis yang suka berborak dan memang kalau jumpa dengan orang yang banyak cerita kira satu kepala lah tu… kalau jumpa dengan orang yang pendiam and kalau tanya pun die jawab sepatah-sepatah.. adusss… hilang idea sudah nak cakap apa… hilang modal nak ajak berborak kan? Nanti tiba-tiba je saya pun jadi pendiam jugak..=] tetiba taw.. sebab sifat semulajadi bukan macam tu…
saya rasa semua perempuan nak kan cinta dari seseorang lelaki yang matang kan? sebab lelaki yang matang boleh melindungi dan menjaga kita dengan sebaiknya.. matang membuat keputusan supaya cinta yang di bina tidak musnah begitu sahaja... (talk from experience)



Apa pun kena ingat.. niat utama bercinta adalah kerana Allah.. supaya ia nya takkan hilang…



Notahati: masih mencari cinta.


Tiada ulasan: