Sebenarnya pori-pori membesar sebab adanya kandungan minyak yang berlebihan dalan liang roma tersebut. Meskipun kulit anda jenis kering, minyak tetap ada dalam liang roma tersebut. Cuma mungkin kandungan minyak dlama liang roma anda berkurangan dari mereka yang berkulit normal.
Untuk membersihakan minyak tersebut, sila gunakan pembersih muka yang bersesuaian dengan kulit anda. Sekurang-kurangnya basuh dua kali dalam sehari. Selepas membasuh muka, liang roma terbuka justeru itu sila ambil peluang ini dengan menyapu toner keseluruh wajah.
Tomato juga berkesan dalam mengecilkan liang roma. caranya, ambil sebiji buah tomato, belah 4. Sejukkan dalam petisejuk dalam 15minit. Selepas mencuci muka, ambil belahan tomato tersebut dan sental pada muka. Setelah itu bilas muka dengan air bersih dan kering kan. Ini adalah toner semulajadi yang boleh kita lakukan. Dalam tomato itu terdapat bahan semulajadi untuk mengecilkan liang roma.
Pakailah mask 2 kali dalam seminggu untuk mendpaat hasil yang optimum.
tips ini berdasarkan bacaan saya.. :)
6 ulasan:
Saya ni pori2 besar, nanti nak try lah cara ni heeee
sila mencuba ye... :)
kena cuba nie..hehee
nak cuba gak la...saye ni kadang2 pemalas...ngeee..
bagus tips cik ct ni. boleh cuba
Ohh tomato ya.. akan dicuba.
Catat Ulasan