31.1.13

Kesakitan berganda



Perasan tak tajuk entri bawah ni? #WW… hahahaha… senget.. hari ni Khamis bukan Rabu ye adik-adik.. muahahaha…

Dari kelmarin dah kena ulcer.. mula-mula tu sikit je.. tapi pagi ni.. nak bukak mulut pun rasa pedih ya amat… Ulcer tu kat gusi paling atas.. so, susah nak nampak.. nak sapu ubat apa tah lagi kan.. ramai suruh kumur-kumur air garam.. I iz tak berani uolls.. seram bila fikir pedih tu…

Tadi lunch makan kat kedai makan sedap sikit.. selalu makan kat foodcourt je.. maklumlah, hari-hari gaji macam ni memang selalu tak sedar diri.. kang dah tengah bulan baru nak sedar poket tu kempis.. makan punyalah sedap..sekali kau.. tercekik tulang.. ahhh… sakit berganda! 

Masa tengah sedap makan langsung tak sedar tercekik tulang.. bila dah masuk ofis baru sedar.. tengah merana lah sekarang ni.. saya selalu kepal-kepal nasi telan.. tapi waktu-waktu camni mana nak dapat nasinya wei? Aduhh… memang menggila lah sekarang ni…

Kejap lagi nak review performance last year dengan boss.. doakan elok-elok je ye.. harap-harap terima feedback yang okey.. cuak ni oit… tangan dah sejuk habis.. pergi tandas pun dah dekat berpuluh kali… 

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan Siti Hajar. Amin

harni Baskin Robbin ada 31% discount.... siapa nak belanja??

1 ulasan:

cik nur berkata...

get well soon nur pun baru baik demam je nie hehehe :)