semua orang nak berkahwin kan... takde siapa yang nak hidup sendiri.. sebab memang fitrah manusia itu di jadikan berpasang-pasangan.. zaman sekarang ni ramai pulak yang kawin bawah umu 27tahun.. masa zaman saya sekolah dulu, rileks je orang kawin umur 30 tahun.. sekarang ni umur 27 tahun, susah nak cari lelaki yang masih solo yang masih tak berpunya..
memang tak dinafikan.. ada diantara kita ni jodoh lambat berbanding orang lain.. tapi kita masih perlu berusaha mencari.. sebab jodoh tak datang bergolek..
Antara yang saya dapat simpulkan dari video yang saya tonton.
Luaskan pergaulan. Kawan dengan ramai orang.
=> kalau kita kawan takat tu je, macam mana nak mencari jodoh kan? luaskan pergaulan melalui usrah. melalui aktiviti-aktivi riadah.
Minta bantuan daripada orang lain.
=> tak salah minta bantuan kawan-kawan kenalkan dengan kawan mereka yang cari jodoh jugak..
Jangan terlalu mementingkan kesempurnaan.
=> Tiada yang sempurna dalam dunia ini. Kita mungkin akan bertemu dengan orang yang berbeza dengan kita. kita kena terima dengan hati terbuka.
Jodoh kita dah ditetapkan sejak azali. tapi kita masih boleh berdoa untuk jodoh yang baik. Tiada yang boleh menolak takdir Allah melainkan doa kepada Allah. jadi, mungkin kita cakap jodoh kita lambat, tapi dengan ada nya doa, siapa tahu dapat mengubah takdir kita.. kan?
Doa memerlukan masa untuk dikabulkan oleh Allah. Jadi kita boleh berdoa sejak dari sekolah menengah lagi. bukan harini kita berdoa esok dikabulkan.. in future, bila dah ada anak nanti, suruh dia berdoa untuk ditemukan dengan jodoh yang baik. macam ustazah Siti Norbahya ni buat..
1 ulasan:
Hii
Catat Ulasan