11.8.11

Shisha tu best ke?


korang-korang tahu tak shisha tu apa? mesti korang tahu kan? tengok pic bawah ni.. confirm korang tahu..

sumber pakcik google!

HUKUM BERHUBUNG SHISHA
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, bekas mufti Arab Saudi, ketika menjawab soalan berhubung hukum menghisap shisha menjelaskan seperti berikut:
“Menghisap shisha dan rokok dan segala jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (shisha dan rokok). Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman ALLAH SWT:
Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?”. Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik…..” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Maidah (5) ayat 4.
Dan firmanNYA lagi: “Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-A’raaf (7) ayat 157.
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasarkan kepada dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada ALLAH SWT agar memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar ALLAH SWT melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya DIA adalah sebaik-baik tempat memohon.”
sumber hukum shisha ni dari sini.
http://psipum.org/shisha-fakta-dan-fatwa/

klik situ kalau nak tahu lebih lanjut..


kenapa saya menulis entry mengenai shisha ni?? untuk ditujukan kepada seseorang yang tak nak dengar pendapat orang.. bacalah tu puas-puas.. actually, saya memang tengah marah sangat-sangat.. dahlah bulan puasa... eeiii.. faham-faham sendirilah ye!


1 ulasan:

zety berkata...

ini hadis palsu atau..

jatuh haram jika sampai memudaratkan.hukumnye masih makhruh