19.9.14

Petua merapatkan hubungan intim suami isteri

Saje nak share petua ni... sekarang ni kita makan macam-macam.. tak macam orang dulu-dulu.. makan benda yang tak tercemar dengan bahan kimia.. 

saya dapat dari FB Kisah Suami Isteri


Kenapa kunyit...?
Erm...banyak khasiat kunyit ni sebenarnya..
Terutama untuk luka dalaman..memang kunyit biasanya digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan juga banyak digunakan untuk kesihatan dan kecantikan kulit!

bahan2 ikut suka hati:
-kunyit dlm 3-4 ketul besar
-gula merah ikut manis
-halia 2-3 ketul besar
-manjakani sebiji cukup
-sireh

-------------------------------------------------------------------
potong halia ,kunyit,sireh kemudian rebus sama sbiji manjakani...sebab manjakani nikan pahit sket..
tapi kalau kamu semua tahan pahit letak lah 2-3 biji hehhehe..

kemudian bila sudah masak tapiskan semua bahan...kemudian kisar semua bahan yang direbus tadi bersama gula merah..kemudian tapis..dan sejukkan sebelum minum...

nak sedap letak sikit air soda... sikit sahaja tau...

perhatian...ibu2 mengandung2 sgt2 dilarang utk mngamalkan jamu kunyit asam ni... sbb jamu ini mngecutkan rahim..

saya rasa yang belum berkahwin pon boleh try jamu ni.. sebab akan menjaga kesihatan luar dan dalam kan? tapi saya tak tahu lah saya boleh minum ke tak.. hehehehehe...

Resepi Maggie Goreng Sihat.

Saya dah beberapa hari teringin sangat nak makan maggie goreng...
nak order kat kedai rasa tak berbaloi sangat..
lagi-lagi kedai tak masukkan banyak sayur...
akhirnya, semalam balik kerja terus masuk dapur..
bertukang maggie goreng..

tara....
siap!
bagi menutup kelemahan mi segera..
kita kena taruk sayur yang banyak yer...
ada sawi, cendawan shitake, salad dan timun jepun serta baby carrot..
alhamdulillah..
tercapai hajat!
kalau maggie goreng saya suka pakai brand indomie...
perencah dia sedap sikit...
dan saya cuma tambah chili flakes..
sebab pedas dan saya tak dapat dipisahkan..
 

:)

15.9.14

Jangan bagi kesusahan pada orang lain

kalau kita tak dapat bagi kesenangan pada orang lain..
jangan pulak kita menambahkan kesusahan pada orang lain..

hidup ni roda..
kau buat macam ni..
esok lusa, ada orang lain buat kat kau..

masa tu kalau tak sedar diri jugak..
tak tahulah nak cakap apa..




aku tak faham kenapa kau macam ni..
umur dah banyak,,
akal patutnya digunakan sepnuhnya..
sampai bila mahu menyusahkan orang lain?
patut bersyukur kau beruntung dari yang lain...
 

Hot story bulan September

Assalammualaikum...

selamat pagi.. siapa yang bekerja?? Sep sikit.. samalah kita.. tak nak membazir cuti tahunan.. hihihi:p

banyak hari tak update.. sebab kekeringan idea mahu menulis.. 

paling hot story soalan UPSR bocor.. saya tak faham pada mereka yang membocorkan soalan ni.. integriti dalam bekerja mana weh? setakat UPSR nak di bocorkan.. bukannya macam zaman dulu, tak pass tak boleh pergi tingkatan 1..nak bagi anak sendiri dapat 5A? tak berkat tau.. dah jadi macam ni kan menyusahkan ramai pihak...

lagi yang saya tak faham.. nak salah kan menteri pendidikan.. macam lah Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin tu yang gubal soalan.. yang print soalan.. haihhhh.. korang ni.. agak-agaklah nak menyalah kan orang..

apa pun, benda dah jadi.. nak tak nak memang kena amik exam balik...

untuk adik-adik.. pulun study yer.. dah alang-alang kena tangguh ni.. gunakan masa sebaik mungkin untuk study habis-habisan.. 

hari ni, ofis tak ramai orang.. kerja pun tak bertimbun... sikit-sikit boleh kasi settle.. =)

Have a nice day everyone...