30.12.10

Pejam celik pejam celik..akhirnya...

Pejam celik pejam celik...kejap je dah akhir tahun... Tinggal lagi 2 ari je lagi nak tinggal kan kenangan 2010..

Azam tahun lepas alhamdulillah terlaksana..apa yg saya idamkan saya dapat..


Azam tahun baru pulak..nak miskin dengan hutang piutang..kalau boleh zero kredit.. Miss myvi tu kalau boleh bayar cash..dah senang hidup den...

Azam tahun baru yg mungkin susah nk di laksanakan..

21.12.10

uhh..kehidupan sosial ku...:(

semenjak kerja ni.. serius saya rasa kehidupan sosial terganggu.. ceh! ayat memang takleh blah kan?? pergi kerja balik kerja.. tu je dunia saya sekarang ni.. kalau berjalan pun pergi dating ngan mylurve.. saya nak pergi jenjalan macam dulu-dulu.. tapi kawan-kawan pun busy jugak dengan kerja..


bulan 12 ni banyak makan nasi minyak...best wooo!!! uhh, kepada kawan-kawan yang teringin makan nasi minyak saya... silalah bertahan dulu yea! hahahhaha...


sebenarnya banyak nak di taip.. tapi tetibe beku pulak kepala otak...harap maaf!

12.12.10

Keluh kesah kerana wayang..:'(

Seperti kelaziman tahun-tahun lepas.. Tiap kali akhir tahun je, melambak-lambak movie yang best kat wayang.. Tahun lepas tak cukup sen..tahun ni pulak tak cukup masa..haishh, kerja je.. Kalau tak kerja berehat di rumah..kemalasan pulak menjelma.. Adoiyai! Macam mana nak buat?

Tapi bak kata abah.. Tu semua bukannya penting pun..jadi, biar je lah..



Kesian mylurve..tak dapat-dapat nak tengok ngangkung..

9.12.10

Kenikmatan berganda!

Di sebabkan kenikmatan menikmati buah mempelam muda di cicah dengan sambal kicap cili padi..
Hasilnya daku asyik menyinggah ke rumah kecik a.k.a tandas..

Buat keje pun tak boleh fokus dah..setiap 10 minit ke sana..


Walau apa pun air liur still kecur bila terkenang mempelam yang di bedal bersama housemate..


Apa kena mengena tajuk dengan entri? Fikir-fikirkan lah yea...

6.12.10

beraturlah wahai manusia!

Dulu-dulu masa zaman sekolah rendah.. mesti kena beratur kan?? “angkat tangan...!!! tangan jatuh…” sama ada pengawas atau ketua kelas akan bagi arahan macam tu.. nak pergi perpustakaan ke..perhimpunan ke.. mesti kena beratur.. tapi kenapa.. bila dewasa, susah sangat nak beratur?? Pelik betul.. padahal itu adalah perkara paling asas sekali yang di ajar kepada kita..





Paling jelas sekali.. beratur kat tengah jalan.. mesti ada kereta guna laluan kecemasan semasa jalan jem.. tak pun tak ikut laluan betul..lepas tu nak pancung kat tengah-tengah… kalau saya..jangan harap saya bagi.. lantak lah situ..siapa suruh memotong???

Dulu masa study..kat kampus saya ada dua je atm.. ini kegunaan semua student kat situ.. tapi kalau time line dah jadi bentuk zigzag.. nanti ada “awang hitam” cakap kat kita..’I came before you’.. pale hangguk betul.. dah tu apasal kau tak reti nak beratur??

Susah sangat ke nak beratur?? Kalau saya.. kekadang malas jugak nak beratur.. terutama time nak pergi check gaji dah masuk ke belum.. biasalah.. akhir bulan.. beratur pun memang panjanglah kan.. kalau saya tengok panjang sangat.. walau duit takde ni.. biarlah.. balik umah lah..malas nak beratur.. kan sennag.. tak payah nak menyusahkan orang lain..

3.12.10

Bila menu itu berbeza.....

Pada suatu petang…..Saya order dua menu… aiskrim red bean dan mushroom soup…




Kejap makan ais krim..kejap makan soup.. sambil makan tu.. duk layan on9 lah kan.. sorang-sorang pun.. tak tengok kiri kanan dah.. kejap makan soup..kejap makan ais krim.. tengah-tengah syok makan tu.. mata terpandang sekumpulan budak perempuan..bisik-bisik pandang saya.. dalam hati duk fikir..apa yang tak kena kat aku ni erk?? Tapi buat tak peduli je.. lama-lama baru sedar..




Makan soup kan panas?? Saya tiup-tiup.. macam biasalah kalau korang makan benda panas.. lepas makan soup tu.. saya makan ais krim pulak.. berselang seli lah.. tak perasan pulak.. makan ais krim pun saya duk tiup-tiup.. hahahhahahah… bila dah perasan tu buat muka selamba je.. macam takde apa yang berlaku.. padahal muka dah tebal 10inci... hikhikhik...

30.11.10

Nikmatnye!

ya allah..mengantuknya saya..tapi balik kerja pukul 4 pagi.. Nikmatnya kalau dapat baring sambil peluk bantal dan memejamkan mata..

1st time blog from handset..

23.11.10

bajet perkahwinan untuk mereka yang berpendapatan sederhana...;p

Entri baru : Bajet Perkahwinan Bagi Golongan Berpendapatan Sederhana 2016


saya ada copy paste pasal bajet perkahwinan dari facebook.. tapi saya tak tahu owner sebenarnya.. apa pun thanks pada yang share tu..




Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV. Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …
Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.


Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.
(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)

Kos # 1 - Maskahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.

Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik  perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.


### Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.

Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.

Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.

Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.

Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000

Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.

Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah RM 17,550




Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga(tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000


Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)


Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar  


RM 36,050






nilai yang akhir tu.. aduss.. nak terkeluar bijik mata tengok...




dalam kotak fikiran : bilalah agaknya dapat kumpul duit macam tu? 





20.11.10

tag from nelly...

tag from my bestie... N E L L Y..

25 facts about me..

  1. kuat makan dan suka makan apa sahaja...
  2. berat badan dah naik selepas tamat belajar..
  3. punyai jiwa sensitif walaupun attitude ala-ala ganas gitu..
  4. suka bersahabat dan appreciate my friend so much!
  5. suka makan makanan yang pedas...
  6. garang dengan orang bawahan...
  7. suka berangan sebelum tidur..(oppss!! terkeluar secret!)
  8. tak suka mandi...
  9. internet dan saya tidak dapat dipisahkan!
  10. takde kampung halaman..tapi ada bandar halaman!
  11. gilakan handset..(tapi sekarang takde $$ nak tukar handset..)
  12. tak pernah basuh kereta sendiri.. selalu hantar kedai je..pemalas!
  13. tak suka bau bunga..busuk laa...
  14. bila cuaca panas msti selsema..
  15. tak boleh pakai silver @ emas tiruan.. kulit sensitip lebih..
  16. suka snap pic..
  17. suka edit pic..kunun-kunun nak lagi lawa lah..
  18. i like soft color..
  19. teringin nak pergi zoo...
  20. suka mandi laut & sungai & air terjun..
  21. mood cepat berubah..
  22. paling malas sekali nak mengemas rumah...
  23. adik beradik semuanya perempuan..
  24. saya tak suka orang panggil nama penuh saya..
  25. saya lebih rendah dari adik-adik saya...
tu je kot..hehehhe...

19.11.10

selamat malam semua... ♥


gud nyte everyone.. 
thanks for coming my blog...








dah lama tak post entry before going to sleep... hari ni nak post jugak sebelum tidur..

to mylurve yang dah tidur awal-awal tu...ilurveu!!♥ 



i appreciate it..

saya hargai segala komen-komen anda dalam blog ni.. dulu saya akan membalas setiap komen yang di berikan.. tapi sekarang ni.. bila dah bekerja.. saya minta maaf banyak-banyak.. komen anada jarang dapat saya reply.. mungkin ada yang kata saya sombong kan?? tapi bagi mereka yang follow blog saya dari dulu mesti tahu kenapa kan?



dulu masa belajar internet 24jam free.. 25jam sehari boleh duk mengadap lappy.. sekarang ni.. ada komitment kerja..jadi masa untuk berinternet ni berkurang lah.. balik kerja je terus duk atas tilam yang empuk untuk merehatkan badan yang penat..(walau badan sekarang dah macam tong drum:( )..

insya'allah bila ada broadband sendirian berhad saya akan menghabiskan lebih banyak masa dengan blog.. hehehe.. that's my hobby.. good hobby right? leh dapat macam-macam knowledge kan?? eehh... dah termengarut pulak dah ni..

apa pun.. saya hargai komen-komen anda.



18.11.10

raya + movie = cuti

selamat hari raya aidil adha... haa.. minggu ni menu utama lauk di rumah mestilah daging kan?? hehehhe... minggu ni lah korang makan daging sampai nak termuntah bagai kan? kalau suri rumah pulak sampai tak tahu dah nak masak apa lagi untuk menghabiskan daging ni...

saya cuti dua hari untuk hari raya ni.. so, agak bosanlah.. actually tak suka cuti lama-lama ni.. sebabnya pecah kepala duk rumah dengan adik-adik ni... sakit hati.. sakit mata.. hehehhe... biasalah bila cuti sekolah ni kan.. rumah kemas 5 minit je.. lepas tu sepah balik.. sakit hati... bila marah kang baru nak kemas balik.. 

hari ni plan nak pergi tengok movie.. heee.. 


nak tengok hero dia yang hensem sokmo ni...

siapa-siapa nak join meh lah datang AEON Bukit Tinggi.. 

1.11.10

information kita dijual..!

sejak beli kereta 3 bulan lepas, boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada je orang yang telefon.. cakap dapat kad free lah.. ada promotion kad lah... tapi ayat dia mesti sama..

"cik tiada masalah dengan 18 buah bank di malaysia."
"cik ada kredit kad kan? "

persoalannya.. siapa yang jual information kita pada mereka semua ni?? mana diaorang tahu? betullah kata lecturer saya dulu.. ada orang yang akan jual info kita pada mereka-mereka ni.. kadang-kadang saya bahasakan mereka ni.. jadi biadap kejap.. diaorang akan push kita kan.. haa.. bila kena tang saya.. memang kenalah kan.. nak push sangat.. hamik...

last week, ada satu company bagi kad percutian.. then dia cakap tak boleh batal keahlian.. sekali saya ugut nak mengadu kat hak pengguna.. terus cakap boleh batal dalam masa 24hour.. haa... tu nampak sangatlah menipunya kan?? silap orang lah dia nak push...

nasihat saya.. kalau dengar je dia cakap permulaan ayat begitu.. letak je lah telefon kalau anda takde skill menolak ni..

16.10.10

finally; i get it....

yeayy!!! finally, after 3 years at Lagenda College... saya akan berkonvo esok... heee~~~ seronottt taw!! 

mula-mula masa dapat surat tu.. tak nak pergi.. bulatkan hati.. keraskan hati cakap tak nak pergi.. lepas kena ceramah subuh dari beberapa orang.. okay lah, saya nak pergi.. like my bestie said: not everyone can get this chance...

konvo ni pun my parent tak pergi.. sebabnya ramai orang dan penat.. my mum cakap hari ahadlah dia nak berehat.. so, saya tak kisahlah... saya ajak mylurve dan jgak my bestie fyzah.. 


nak bunga ni esok....pleszzz....
credit here


selalu orang yang berkonvo mesti dapat jambangan bunga macam ni kan??? saya pun nak jugak!!!!! [gila meroyan..]

29.9.10

fesyen manusia zaman 2010...

perasan atau tidak, fashion sekarang ni makin pelik-pelik... boleh pecah perut gelak tengok gaya orang berfesyen...

pagi tadi saya pergi kerja... ada seorang makcik ni... pakai baju kelawar tu.. yang selalu buat baju tidur tu.. tapi yang baju dia pakai ni paras bawah lutut je.. lepas tu dia pakai tudung paras perut... haaa... memang geleng kepala saya tengok... siap gelak tak hingat dunia taw! cuba korang bayangkan....




kes ke-2...customer mcd.. pakai seluar yang jenis ketat tu... apa ke nama seluar tu...legging ke?? dia pakai seluar tu.... then pakai blouse... lepas tu pakai tudung... aduss... kes hancus betul...




kes ke3... pakai baju dah siap lengkap dah... kira longgar lah sana sini.. lepas tu pakai tudung... tapi di selak sampai nampak dada tu.. terkedu tengok.. makcik-makcik ramai buat begini.. nak kata nak tunjuk rantai.. tak nampak pulak lip-lap-lip-lap emas tu... yang nampak daki kat dada je... hishhh... elok-elok tudung tu tutup dah.. molek dah.. macam mana lah leh selak macam tu.... dah ramai kot yang macam tu... bukan tersengaja tu.. memang di sengajakan... 




dunia sekarang makin mengarut.... agak-agak time anak cucu cicit kita macam mana pulak fesyen orang Islam ye?? Istilah tutup aurat tu makin tak di fahami agaknya??


saya pakai tudung dengan lengan pendek pun dah rasa janggal.. mereka tu tak rasa ke janggal?? hisshhh... betul-betul tak fahamlah...


28.9.10

makin comei tak???



raya 2009






raya 2010


ada perubahan tak??? makin matang kan..;p (perasan jap..)

27.9.10

sebelum dan selepas??

perbezaan selepas habis study..

tak boleh mintak duit sesuka hati kat parent..> walaupun mintak macam mana pun.. memang tak dapat.. kalau dapat di classify kan sebagai pinjaman...


dulu kalau keluar semua kena report...> sekarang ni ada kelonggaran sedikit... sedikit je pun!


kena lebih bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal rumah....> jadi drebar separuh masa untuk adik-adik...
masa study dulu rajin bebenor memasak.. cari resepi baru...> sekarang malas sokmo nak masak.. cuba resepi baru apatah lagi...[apa guna ada adik belajar kulinari..?]


dulu rajin suka bebenor menangkap gambar..walau dimana pun saya berada..>>sekarang ni malas dah nak keluarkan nset.. yelah, orang lain guna DSLR.. eden guna nset cikai je..(segan)
haaa... yang ni paling ketara sekali... berat badan naik... tapi pinggang still maintain... adik cakap jadi pecahan tak wajar dah bentuk badan ni...;(





25.9.10

manusia itu ..................

manusia ni mudah lupa dan alpa...
selalu mendabik dada..
bercakap sambil bermegah-megah.,.
kesalahan manusia lain nampak sahaja!
tapi bila kesalahan sendiri?? buat tak tahu je..


memang manusia suka bercakap..
tetapi sekali-sekala cuba fikir kembali apa yang telah di ucapkan tu...
jangan marah orang lain.. tapi diri sendiri pun buat jugak...



24.9.10

saya nak kahwin sekarang!

orang cakap tak elok tunang lama-lamakan?? tapi bila takde ikatan pertunangan lagi susah kan? pergi sana sini orang mengata.. padahal tak buat apa-apa pun...

macam mana ye cara nak cari duit cepat..nak cepat-cepat kahwin... 


fikir pasal duit boleh botak kepala...




orang cakap kalau nak buat benda baik ni ALLAH tolong tunjukkan jalan.. betul ke??



22.9.10

update by butterfly...

assalammualaikum....

butterfly in the house right now.... lately ni memang saya terlampau busy sangat... saya still tak boleh nak adopt dengan life sekarang.. kerja tak tentu masa.. actually, saya dah kerja baru.. tu yang agak busy.. rindu sungguh nak beronline macam masa belajar dulu.. tiap saat dan minit kot saya beronline... hehehhe.. sekarang ni tak boleh lagi buat macam tu.. tunggu beli handset wifi lah kot...

bila dah berkerja ni.. lagi macam masalah yang bergolak.. yang datang... memang mencabarlah jugak kan.. hidup ni kan ibarat  roda.. kadang kita di atas.. kadang kita di bawah...

bila kenangkan kembali.. saya nak study je.. memang masa study stress.. tapi sekarang ni lagi stress.. kalau time study.. ada cuti sem.. yang boleh enjoy... hehehhe... untunglah mereka yang sambung belajar ke tahap lebih tinggi...

sekarang ni saya kena tentukan matlamat hidup saya.. saya nak jadi orang yang berjaya.. walaupun kelulusan saya tak tinggi macam orang lain.. nak beli rumah.. nak kahwin lagi,,, iskh...iskh.. banyak benda betul nak buatkan??



oppss... dah memlalut ni.. next time update lagi ye...


salam~~~~~




19.9.10

cerita raya yang dah basi..;p

hai semua!!


fuhh...fuh.....fuhhhh.... uhukk... banyak sungguh habuk.. maklumlah.. dah sebulan tak menjenguk teratak ni... i'm very busy... pada sesiapa yang ada singgah tu... yang tinggal komen...time kaseh sangat-sangat...

amacam raya korang?? banyak dapat duit raya tak?? saya dapat RM50.. jadilah.. lagipun, malu nak mengambil duit raya... dah matured kata orang.. hikhik... 

saya teringin sangat-sangatlah nak mengupdate sebanyak mungkin.. tapi masa tak mengizinkan.. ni pun guna pc makcik..

ni pic raya saya dan mydear.. tu pon ciplak kat fb nalia.. thx geng!



this is my car..;p

my lovely friends....<3


31.8.10

cun ke aku ni???


waa… tengok tu.. award blogger cun… amik… cun ke saya?? heheheh… cun tak kot… comei je! iskh… siapa mengutuk tu?? tak baik taw! apa pun bersyukur sangat-sangat,.,.


terima kasih ye kak lynn!


kepada semua kawan blogger perempuan.. jemput lah amik award ni ye~~

30.8.10

merdeka ke minda kita?

hai semua… selamat malam.. malam ni malam kemerdekaan kan??

kepada sesiapa yang nak celebrate tu.. harapnya dengan cara yang betullah.. jangan cara barat..

merdeka negara.. maka minda juga kena merdeka jugak… kalau setakat negara merdeka.. tapi rakyatnya mundur… tak merdeka lagi.. pon takde gunanya… terutama kaum melayu… saya rasa tak semua kaum melayu itu merdeka..

alhamdulillah.. saya dah dapat kerja yang gaji boleh tahan lah.. tapi next month baru mula.. berdebar-debar sangat… harap semuanya berjalan lancar…

sejak kerja ni.. hidup sibuk semacam.. tambah bila bulan ramadhan ni… balik kerja je, cari bantal dengan tilam… rindu sokmo dengan mereka… hehehehe..

korang mesti dah preparation raya kan?? sedihnya… saya tak beraya tahun ni.. kena kerja raya pertama dan kedua… tapi takpe.. sebab saya takde kampung… memang raya di klang dan pandan indah… haa… orang balik kampung.. saya balik bandar…

eh.. mengantuklah.. masuk tidur dulu ye.. gudnyte semua…

assalammualaikum..

26.8.10

saya memilih..

saya mungkin terlalu memilih.. tetapi itu semua untuk kehidupan saya... saya mahukan yang terbaik... 

ye, saya terlepas satu peluang.. tapi saya yakin.. peluang yang lebih baik dan cerah tetap ada untuk saya...

doakan yang terbaik ye...