27.7.12

Sambal Tempoyak Petai - terangkat!!!!

Puasa semalam mengidam nak makan sambal tempoyak… ingatkan nak buat sambal tempoyak dengan cili padi… tapi, sebelum sampai rumah semalam, terus je kereta bawak pergi PARAM..  kereta yang bawak yerr.. hikhik:p
Takdelah rambang mata sangat saya kat sana… intai-intai..jengah-jengah… beli badak berendam yang super duper besar dan keras, beli kuih tako a.k.a tepung pelita yang sedap (berbaloi!), air laicikang yang sedap jugak… sekali jalan-jalan ternmapak petai berpapan-papan tersusun.. besar-besar lak tu mata dia.. apa lagi.. terus lah rembat.. seikat RM5.. dalam seikat tu ada 5 papan…  sukee!!
Sampai rumah terus suruh adik tumbuk bawang besar dan bawang putih.. jengah peti ais.. ikan bilis ade senonet je… setengah genggam pon tak sampai.. nak suruh kopek ikan bilis memang tak sempat dah… 


pic tak clear...
amik pic dalam kuali jek...
hahaha....


Resepi Sambal Tempoyak Petai

Sedikit ikan bilis - digoreng rangup
1 biji bawang merah - ditumbuk halus
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
petai - terpulanglah berapa banyak korang nak
1 senduk cili kering yang diblender
setengah cawan air asam jawa
3 sudu makan tempoyak
gula
garam

Cara-caranya...

Tumis bawang yang ditumbuk tu sehingga garing..
masukkan cili blender.. kecikkan api...
agak-agak cili dah garing, masukkan air asam jawa dengan petai..
kemudian masukkan tempoyak, gula,garam...
api kecik ye,.. kacau sebati..
nak tutup api baru masukkan ikan bilis tadi...
siap!!!

makan dengan nasi panas... fuhhh!! hancur diet.. hahahaha.. pagi tadi sahur makan sambal ni dengan telur dadar goreng je....bertambah gaklah nasi pagi tadi... sekali-sekala makan menu camni memang sedap!


semalam malas bebenar nak pakai bedak ke foundation ke.. hanya pakai lipgloss je...


muka dak selebet ke ofis...
bawah mata memang ada dark circle...;(


2 ulasan:

Cik Zaniff berkata...

tempoyak 2 durian eh ??

buleh msak mcm2 eh??..sorry xthu sgt psal tempoyak tuh..huhu

Aishah Jahirah berkata...

menu sedap tu....;)