2.8.12

Review Restoran Murni SS2 , Petaling Jaya ..

Semalam buka puasa kat luar dengan akwan-kawan ofis.. mula-mula planning nak makan steamboat kat Ikea.. tapi hari selasa lepas saya pergi Ikea, tengok kedai steamboat tu dan jugak menu-menu yang dia ada.. tak best lah! Saya lagi suka makan steamboat yang jenis buffet tuh..
Jadi selepas google dengan jayanya, saya decide nak pergi makan kat Restoran Murni SS2.. actually kedai ni memang dah famous kat area PJ ni.. cuba google.. memang banyak review best pasal kedai ni..  
Disebabkan dah google, jadi kami tahu yang kedai ni memang akan penuh punya.. so, dengan jayanya pukul 5 terus pergi sana.. restoran ni dengan ofis saya memang dekat je… sampai sana dalam pukul 5.15pm rasa nya..awal gile kan? Takkan nak duduk kat kedai tu je.. kang bau makanan banyak-banyak makruh lah puasa kami.. jadi, kami tawaf satu SS2 tu.. hahaha… exercise sikit…
Pukul 6.10 datang balik kedai tadi… lucky tadi reserved meja.. datang-datang hampir 90% meja dorang dah fully book.. amekaw! Kemain ramai kan.. tengok-tengok menu dulu.. fikir nak makan apa kan… nama menu makanan kat sini memang interesting! serius!


ni pukul 7 kalau tak silap..
tengok budak tu makan.. i'm just wondering apa nama makanan dia makan tu..
looks delicious!



dia ade bagi free ni untuk kita berbuka...




cer tengok deretan gelas air yang di susun tu...
banyak kan? dan warna dia memang menikam kalbu...!

actually masa snap pic ni lupa nak off flash.. so, budak-budak lelaki tu terperasan lah..




this is mine!
Lili special..
ada laici, nata de coco dan juga tembikai...



manggo..
sedap jugak! memang rasa manggo laa..




ni nama dia "Be Happy"

haaa... unik kan???

harga air ni semua Rm 5.00 sebab ambik medium size..


nasi goreng chicken chop..
RM 12.00

sedappppp!



nasi goreng seafood...

ni rasanya biasa-biasa je.. tapi lauk dalam nasi goreng tu memang banyak!!



this is mine!
masa google semalam ramai suruh test "Mi Raja"
so, saya pun try laa..
"Mi Raja Special Tomyam"

sedap! bagi lidah saya cuma kurang pedas je..
RM9.00

saya makan ni memang kenyang gile!
siap tak habis lagi then saya tapau bawak balik rumah..



roti hawai..

tak sedap!
isi die ayam kisar + sosej + telur..
tapi kering sangat laa..
kalau basah sikit mesti sedap...


makanan kat sini kalau nak makan kena bawak perut yang bebetul kosong... kalau tak share dengan orang kalau tak nak membazir.. plate dia memang penuh...

overall puas hati sangat dengan kedai ni.. akan pergi lagi.. dan cuba menu lain... paling teruja nak minum air "I Love You"... hihihi... lepas puasa lah..


4 ulasan:

jeBateja berkata...

omak aiiii...banyaknya makan.....larat ke jalan pulang ni....

eimah siti berkata...

wahhhh...nampak menyelerakan ja....nak try...tapi jauh sgt la....hehe

Cik Siti Hajar berkata...

iskk.. ni makan ngan kawan2 laa.. hehehe...

Cik Siti Hajar berkata...

mmg menyelerakan... sedap!