4.9.12

Perubahan demi perubahan unuk menjadi yang tebaik.



Setiap dari kita mesti mahu lakukan sesuatu perubahan yang positif. Sebab itu adalah sebahagian dari kejadian diri kita sendiri, rohani kita suka benda yang baik-baik sahaja. Tuntutan rohani itu perlu diberikan sebab jiwa kita boleh jadi kosong jika kita mengabaikan tuntutan rohani.

Meskipun kita rasa diri kita banyak buat dosa, banyak buat silap tapi kita tetap rasa yang kita mahu lakukan sesuatu yang baik. Dunia makin menghampiri usianya yang kita sendii tidak pasti sampai bila dunia ini ataupun bumi ini dapat bertahan. Tempat lahir dan tarikh lahir telah pun kita ketahui tapi tidak tempat kematian dan tarikh kematian. Mati itu pasti cuma tidak tahu bila.


Paling dekat dengan kita ialah kematian.


Bagi saya, sesiapa pun jika ingin melakukan perubahan. Lakukan dengan sedikit demi sedikit. Jangan terlalu drastik sebab takut diri kita ini tidak beristiqamah. 

Dulu saya suka pakai baju ngam-ngam. Tidak ketat atau jarang. Tapi kalau ngam-ngam terletak tu tetap menampakkan susuk tubuh kan? Sekarang ni kalau nak beli baju atau seluar fikir dulu, cari yang longgar sikit. Saya tak tahu kenapa sejak dua menjak ni saya dah tak suka pakai seluar jeans. tudung pula saya jaga labuh tu. saya nak pastikan labuh tudung menutupi dada. 



Bila dah cecah umur 23 tahun ni, saya banyak membaca. Dengar ceramah sikit supaya saya dapat lakukan perubahan dan peubahan saya lakukan itu adalah di landasan yang betul. Mungkin kata orang kesedaran mula timbul.


Tapi apa pun perubahan yang kita lakukan, saya rasa kena dengan hati yang ikhlas. Tapi kata ustaz UAI, kadang-kala benda yang wajib tu memang sifatnya terpaksa. Dari terpaksa timbulnya keikhlasan. 



 

Apa pun, kena bermula dengan akhlak atau attitude kita. Perlakuan yang buruk-buruk tu cuba elakkan dari diri kita dan tutur kata kenalah jaga. Lidah ni lagi tajam dari pedang. Walaupun tengah marah sekalipun, cuba untuk tidak mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat. Sedikit-sedikit perubahan akan memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita. 

 






Saya tak sempurna mahupun baik tapi saya cuba mahu menjadi yang terbaik. 


pic sumber google.

Tiada ulasan: