23.10.12

Resepi Mee Kari Udang Simple



Setiap hujung minggu saya yang akan masak. Yelah, weekdays memang tak sempatnye nak masak.. bangun pagi pun terkebil-kebil, apatah lagi nak masak kan.. breakfast pun kat office.. beli sajo.. hehehe=D

So, sabtu lepas, saya masak Mee Kari Udang.. dari tengah hari sampai bawa ke malam, makan mee saje.. nasi tak lalu lah.. asyik nasi je kan..

Resepi Mee Udang Simple

Bahan-bahan :
40 ekor udang basah – saiz yang sedang-sedang
Sedikit halia*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
4 rempah sekawan
250ml santan kotak
300ml air
3 sudu besar serbuk kari – dibancuh dengan air
2 sudu besar cili kering – dikisar
1 keping asam keping
Daun kari secukupnya

Cara-cara :
Tumbuk lumat bahan bertanda *.

  1. Bersihkan udang, kepala dan kulit yang kita kopek tu, basuh bersih dan rebus. Air tak payah banyak sangat. Sekada menutupi kulit-kuli udang tersebut je. Dah mendidih, tutup api, tunggu sejuk dan boleh lah diblender. Blender sehingga hancur. Tapis untuk ambil air udang.
  2. Panas kan minyak, tumis rempah sekawan dan bahan yang di tumbuk.
  3. Dah naik bau, masukkan cili kering. Tumis sampai garing dan masukkan sebuk kari yang dah dibancuh tadi. Tunggu sehingga garing.
  4. Masukkan santan, air udang dan juga air. Agak-agak lah air tu. Jangan cair sangat, kang tak sedap!
  5. Kecilkan api, renehkan kari. Bila kari dah mendidih masukkan asam keeping dan juga udang. Udang masak tak payah lama nanti udang keras tak sedap.
  6. Rasakan garam + serbuk perasa dan taruk daun kari.
  7. Hidang kan!




Mee kari cara saya..

:)

 

2 ulasan:

Cik Zaniff berkata...

buleh amk resepi ni..cm sdap je

jessforshort. berkata...

mee kari fav saya! hehe.. nti time cuti nak jugak la try resepi ni.. besttt.. nmpk sdap jaa. tliuq :P