Sabtu
lepas saya bersemangat nak masak.. bangun pagi terus fikir menu lunch.. over
tak? Rumah saya selalu kalau breakfast pepandailah korang selongkar fridge apa
yang ada.. pepandailah panaskan sendiri ke masak ke..
Menu
dalam kepala : ikan sikap sweetsour, kalian goreng ikan masin, udang goreng
kunyit dan sup ekor.
Tapi
resultnya seperti dibawah..
Udang
goreng kunyit tak jadi nak masak sebab esoknya nak masak lemak.. so, kita
simpan je dulu udang tu yer..
Siakap
tu request dari adik no-4 sebenarnya… dari 2 minggu lepas dia request… minggu
lepas baru dapat makan… sebabkan saya nak masak siakap.. jadinya saya pun plan
lah menu macam makan kat kedai tomyam kan? Telur dadar je takde sebab abah
cakap dah banyak sangat lauk ni.. baiklahhh.. saya menurut perintah.. rumah
saya jarang-jarang ada lauk banyak-banyak.. selalu 2 jenis lauk je.. adik-adik
kalau tengok lauk banyak jenis.. dorang cam tak reti nak makan.. pelikkan?
Puas
sangat hati ni dapat masak banyak-banyak cam gitu… lepas gian lah orang kata…
Resepi Ikan Siakap Sweet-Sour
Ikan dikeringkan air.
lumur dengan tepung jagung dan kunyit lalu goreng didalam minyak yang panas.
Sweet-Sour
Tumis bawang putih+bawang merah+halia sampai naik bau.
masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
masukkan sos tiram+sos cili dan sedikit sos tomato.
perasakan garam+gula+serbuk perasa.
Siap!
Resepi Kailan Goreng Ikan Masin.
Tumbuk bawang putih dalam 5 ulas dengan ikan masin serta cili padi.
tumis dalam minyak yang sedikit.
masukkan sos tiram + sedikit air.
Masukkan kailan.
siap!
Resepi Sup Ekor
Rebus ekor dengan air yang banyak.
hiris halia masukkan dalam air rebusan tadi.
Selepas sejam rebus masukkan bunjut sup dan rempah sekawan.
tumbuk bawang putih 7 ulas + bawang merah + halia
dalam kuali lain.
tumis bawang tadi dengan minyak yang sedikit.
tumis sampai garing kemudian masukkan dalam air rebusan tadi.
agak-agak ekor tu dah empuk, masukkan daun saleri..
bila nak angkat masukkan tomato dan perah sedikit limau nipis.
siap!
2 ulasan:
sdp ikan! awk umo brape eh
umur saya 24 tahun..kenapa eh?
Catat Ulasan