4.5.13

PRU13 yang sengit!

PRU13 memang sangatlah meriahnya.. kan? semalam saya balik highway utara-selatan jammed teruk.. dengan hujan lebatnya.. lagilah jammed kan? saya rasa macam musim perayaan pulak.. hihi...

saya rasa PRU kalini memang paling sengit dan paling banyak fitnah... sorry pada yang terasa.. tapi ini adalah pandangan saya... sana sini orang menabur fitnah.. tak kiralah parti politik mana pun.. semuanya lebih kurang sama.. tak sah kalau tak buruk kan parti politik lain ketika berkempen.. apa salahnya kalau masa berkempen tu hanya tekankan kehebatan dan kelebihan parti politik masing-masing? lebih baguskan? lagi-lagi pada pengundi baru seperti saya.. 

pada mereka yang buat endah tak endah pada PRU ingatlah ini adalah masa depan negara, masa depan kita sendiri dan juga anak cucu kita... jangan ambil jalan mudah dengan tak pergi mengundi walaupun berstatus pengundi berdaftar..

pada penyokong parti politik.. kalau tak tahu sebarang kebenaran janganlah sebarkan sebarang berita atau maklumat... dan janganlah bermusuh dengan orang yang berlainan parti politik....


1 ulasan:

dhiera zainudin berkata...

totally agree
melihat, baca dan selidik kemudian nilai sendiri~