Aku
pelik tengok orang menabur rasa cinta dan sayang sewenangnya. Aku bukan begitu.
Bagi aku cinta dan sayang tu mahal. Aku tak reti nak bagi semua rasa tu
semudahnya.
sumber : google
Kadang
banyak yang nak di luahkan. Tapi mati begitu sahaja. Aku tak reti nak bercakap
tentang perasaan pada orang lain. Mungkin aku serik. serik mengeluarkan kata-kata yang akhirnya meninggalkan aku bersendirian.
Bukan
mudah nak lalui semuanya seorang diri. Ada masanya kau juga perlukan seseorang
untuk berbicara. Sebab itu Allah jadikan manusia berpasangan. Tapi bukan setiap
masa perlukan pasangan, sebab dalam kubur semua orang akan keseorangan.
Aku
tak mampu jadi seperti yang lain sebab aku tak reti nak berlakon. Apa yang kau
nampak itu lah diri aku yang sebenar.
Tak
tahu hidup ini masih panjang atau sudah dekat dengan penghujungnya.
sumber : google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan