24.10.13

Kisah Diet #1

Dah 5 hari saya tak sentuh nasi. takde selera sebenarnya nak makan nasi. bila dah jadi macam tu, alang-alang saya teruskan untuk berdiet. mana tahu turun sekilo dua ke.

saya pun terus google diet seimbang, tips diet dan diet mudah. cehhh.. nak yang mudah je kan? terus saya dapat banyak info pasal diet Atkins. diet ni sangat famous sekarang. tapi saya tak boleh nak buat. jangan cakap saya bagi alasan ye! kalau korang nak tahu. bukan semua diet sesuai dengan badan kita. kita kena cari diet yang bebetul sesuai dengan badan kita dan juga mesti displin!



dah alang-alang tak makan nasi ni, saya pun try kecilkan portion makanan.

setakat ni alhamdulillah. inch dah berkurangan tapi berat still sama. 

banyak download aerobik, cardio workout dan zumba dance. tapi tak banyak yang boleh follow betul-betul. sekarang ni asyik buat jumping jacks dan plank. squat saya tak reti buatlah. rasanya salah teknik. sebab takde sakit ke rasa urat tegang ke. takpe, nanti kita study slow-slow yer!



Sejak Isnin lepas, sebelum breakfast saya akan minum teh kosong yang diperah lemon. hari pertama tu memang tak dapat terima! walaupun segelas je, tapi nak menghabiskan tu, seksa i told u!

Dan banyak tengok blog Kevin Zahri, terutama persoalan yang dia jawab. dapat membantu kita tau. 

Yang penting cut off sugar dan karbohidrat. kalau nak makan ambil dalam kuantiti sedikit je. dan untuk membuang segala macam mak nenek toksid, minum lah banyak plain water. 

Jom kurus bersama.!

Entri lain saya akan share berat badan saya dan berapa yang dah berjaya di turunkan.

macam mana nak perut flat macam ni?

anyone can help?

Tiada ulasan: