29.1.14

Resepi Kek Pandan Cheese Meleleh

Sejak diet memang langsung tak baking apa-apa jenis kek atau pun muffin.. sebelum tu pun emmang takde baking.. sebab nya malas.. hahaha... konon bila nak bakar kek je teringat gemuk.. ceiiitt!!~ padahal pemalas... 

pindah rumah baru lagi malas.. sebab ibu letak oven dalam stor belakang rumah.. saya ni mood kekadang tak betul.. kekadang kul 9 malam lah saya nak bakar kek.. haa.. camne? oven belakang rumah.. stor tu takde lampu... hahahaha... semua buat tak dengar je bila saya kata.. "nak oven..nak oven..." takde siapa nak melayan..

16 Januari lepas hari lahir ibu.. maka, saya ada alasan nak buat kek kan? lagi pun, memang dah ada target bila nak buat kek... sekarang ni kan kat fb kemain ramai berniaga Kek Keju Meleleh ni... air liur saya pun meleleh tengok kek dorang.. tapi tahan kan je nafsu membeli.. sebab diet hoit!



 orang buat dalam Tupperware...
saya buat macam ni...
kata kek besday kan..
 

Resepi macam biasalah... tengok dalam blog masakan je... Resepi asal dia Strawberry & Lemon Snow Cheese Cake.. tapi saya ni kan suka menderhaka pada resepi...




Kek Pandan Cheese Meleleh

Bahan :
* kek sponge:

1 1/4 cawan tepung kek
3/4 cawan gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml susu segar
80ml minyak 
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar Pandan emulco
pewarna hijau

* krim : 1 kotak cream cheese tatura (250gm)
5 sudu besar susu segar
1/3 cawan susu pekat manis
sedikit jus lemon

~Satukan cream cheese dgn susu segar dan putar hingga gebu (tidak berketul)
Masukkan susu pekat dan jus lemon, putar lagi hingga sebati. Ketepikan. agak-agaklah korang nak cair macam mana... yg saya bagi ni.. just nice lah.. tak cair sangat tak pekat sangat.. simpan topping dalam peti ais dulu tau..
* topping:
keju cheddar secukupnya ~

~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.

Cara:
  1. Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
    Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 
  2. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar.
  4. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
    Tuangkan minyak kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
  5. Masukkan pewarna hijau dan pandan emulco. Gaul sebati.
    Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berasingan yg dah digris tadi dan bakar selama 30 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.
    Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
  6. Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.

Resepi asal boleh tengok kat sini Secubit Garam.. 


  ni bahagian dalam nya...

nanti nak buat lagi la...
nak buat dalam Tupperware pulak..
 hancuslah diet..
hehehe


 

6 ulasan:

jeBateja berkata...

Uikk..kira ok tu....nampak mcm sodap tu....

hebatttt

dilaella Ella berkata...

wah sedapnya, nanti nak cuba buat lah :)

Marliyana Mk berkata...

nampak sedapppp

miszgarfien berkata...

bila laa nak dapat merasa kek2 air tgn awk

Saidatul Akma berkata...

sedapnyeeeeeee!!

Nina Farhana SuperStar Shaklee berkata...

Sekali je pernah try buat. Tp kek bantat. Trus xnak buat dh. Huhu. Teringinn pulakk rasee nak makann 😣😣 kene seruu aura rajn dtg ni😂