15.10.14

resepi ikan bilis berapi

Korang besar kan lah sendiri gambar ni..
masa ni barang dapur dah habis..
tinggal ikan bilis je kat dapur..
nak keluar malas.. maka kita makan je ikan bilis goreng..

tapi makan ni je pun.. bertambah 3 kali hoiiiiiit..
aduh.. macam mana lah perut tak buncit!

saya goreng garing ikan bilis..
cili api dalam senggengam tumbuk kasar perah asam limau kasturi dalam 5 biji..
saya memang suka cili api merah.. biar mata berair..
kalau pakai limau nipis lagi sedap!
tumis bawang putih yang di ketuk.. dalam 5 biji..
masukkan cili..
bila dah garing.. perasakan garam + gula..
campak bawang besar dan tomato..
gaul dengan ikan bilis..
settle~~

makan pulak dengan nasi panas..
hamboiiii.. sendiri taip resepi sendiri terliur..

3 ulasan:

safurara berkata...

wahhhh,nt nak try lah! mkn dgn nasi panas2 sedap ni.

cik nur berkata...

baca sambil lap2 air liur nih hahah :)

Nick Ereyz berkata...

Hmm dapnye. .meh skit