Korang tahu tak pasal Apple Cider (ACV)? Kalau korang nak diet, mesti tahu sedikit sebanyak tentang Apple Cider @ Cuka Epal.. sebab sekarang kat group diet mana-mana pun kat FB tu, ada info pasal apple cider ni.. tapi sebenarnya banyak lagi kegunaan dia, selain boleh mengawal berat badan..
saya dah minum Apple Cider ni dekat setahun.. tapi bukan hari-hari.. Cuka kan asid, jadi kena lah minum dengan cara yang betul.. nisbah untuk minum ACV ni 1:4. saya paling tak lalu bau dia.. menyengat semacam.. lepas minum sila kumur-kumur atau minum air dengan banyak.. sebab asid sifatnya menghakis.. kang gigi korang cepat reput pulak..
Info mengenai Apple Cider
sumber : healthandlovepage.com
Jenama paling famous sekali Bragg. sebab dia organic dan ada mother of apple. kalau nak beli, seeloknya pilih yang organic. kat Guardian ada jual jenama ni. Company tempatan pun ada jugak yang jual. tapi tak ingat jenama apa.. kalau pergi ke supermarket, cari kat bahagian organik.. nescaya korang akan jumpa benda-benda kesihatan ni.. :p
Bragg ni nama orang.
dia Doktor yang menghasilkan ACV ni..
fakta menarik mengenai ACV
- Menyokong sistem imunisasi badan
- Mengawal berat badat
- Bagus untuk penghadaman
- Mengeluarkan toksin badan
- Membantu mengekalkan kulit yang sihat
- Membantu mengawal kandungan gula dalam darah
bagi yang ada jerawat tu.. cuba try,
1 sudu besar ACV di campur dengan 2 sudu besar air.amik kapas, sapu kan kat jerawat tu. dan biarkan meresap.elakkan kawasan mata yer.. buat berulang kali. nanti korang akan nampak kesannya..
tak caya cuba google! hehehehe:D ilmu di hujung jari je uolls.. mana tahu, dengan cara ni dapat mengawal masalah jerawat korang..
banyak lagi benefit dia.. korang rajin-rajin lah google.. tapi ingat eh! hanya beli yang "RAW".. bukan yang dah di proses.. yang di proses tak guna ye.. kang lain jadinya kang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan