17.3.15

Kain Baju Raya

Kelmarin saya dapat whatsapp dari tailor saya.. "tempahan untuk hari raya akan di tutup tidak lama lagi.." saya duk baca dua tiga kali, sambil tengok tarikh.. hoiii.. baru bulan 3, korang semua pakat-pakat tempah awal dah kenapa kan??? 

selalu memang saya beli, since last year kalau tak silap pergi tempah.. sebab last year ada kain ela banyak.. tahun ni nan ado... haishhh.. kalau ada pun kain ela lace dalam almari tu.. tak nak lah baju raya ber lace bagai..

jadi, balik semalam gigih ke Kamdar, Klang Parade... tanya diri sendiri... tahun ni nak warna apa? tak de jawapan.. ramai yang buat sedondon dengan ahli keluarga kan? tapi family saya takde sedondon, berdondon je.. huahuahua~~

banyak nya pilihan warna....
sampai pening kepala nak pilih...


suka yang ni...

 sekarang kan tengah trend kain songket...




yang ni pon suka...
ehhh.. macam banyak pulak suka..

balik ni ingat nak singgah Jakel Seksyen 7, Shah Alam...
sebab ada sales.. :p

ada orang bagi cadangan pakai royal blue..
nanti kita tengok warna apa yang berkenan di mata...

tengah berkira-kira, berfikir-fikir untuk sponsor adik-adik..
heeee~~
doakan ada rezeki lebih ye..

1 ulasan:

Cinta Cinta berkata...

mmg cantik sangatlah kain ni... rasa sabtu ni nak g terjah kamdar, klang parade jugaklah..