21.4.15

Lambang Salib Di Taman Medan

Isu ni tengah panas di perkatakan.. saya setuju dengan pendapat Wardina.. kenapa kita perlu memaksa mereka menurunkan lambang salib sedangkan lambang tu tak mengganggu ketenteraman kita beribadat.. jangan cakap soal terpesong akidah, sebab di dari zaman Nabi lagi Kristian dah wujud..

 
Kita di lahirkan sebagai agama Islam dan dalam diri kita ni ada tiang paksi iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman..  kenapa pulak dengan hanya lambang salib kita boleh terpesong? 

Negara kita ni berbilang kaum dan agama. kalau kita nak orang hormatkan agama kita, kita kena hormatkan dulu agama orang lain. kita tak di ajar biadap dengan agama lain. masing-maisng ada kepercayaan masing-masing.

Saya faham, Taman Medan tu majoriti orang Melayu beragama Islam.. tapi kadang-kala ada diantara kita ni Islam atas Kad pengenalan je.. tapi tak mengamalkan pun ajaran Islam sebenar.. patutnya itu yang kita fikir.. macam mana nak atasi masalah yang macam ni.. 

Penjelasan dari MB Selangor . Mstar Online

Korang buat demonstrasi masa gereja ada upacara keagaaman.. cuba fikir kalau kena kat kita balik? 


Tiada ulasan: