19.5.15

Tips memulakan diet

Kalau nak diet ni memang kena berdisplin.. kalau tak.. memang tak jadi apa lah.. so, kita kena prepare dari segi mental dan fizikal yer.. meh tengok apa yang patut kita buat sebelum diet..

Sebelum nak diet, tentukan berapa target berat badan yang korang nak. Sila check BMI masing-masing. nak tau kira BMI klik sini BMI Calculator .... yang penting kena target yang normal yer.. jangan gedik nak below normal.. target ni penting supaya kita tak lost track.. tapi, weight is just a number sebab sometimes tak hilang banyak kilogram tapi banyak inch lose.. kiranya, boleh pakai seluar atau baju lama walaupun berat baru turun 4kg.. 

kenal pasti diet yang kita nak buat.. yang famous sekarang ni Diet Atkins.. banyak jenis diet ada dalam dunia ni.. diet kalori, diet 7 hari.. nak tahu google je.. yang penting khatam betul-betul sebelum mulakan diet tu.. sebab apa pun yang kita lakukan, mesti ada side effect.. choose wisely you diet plan..

lepas dah kenal pasti diet tu, buat menu untuk seminggu.. supaya senang kita beli barang dan tak melalut.. contoh, diet 7 hari, dia ada menu yang kena kita patuhi.. hari pertama buah, hari kedua sayur dan seterusnya... dari situ kita boleh ingat apa yang kita boleh makan apa yang tak boleh.. lagi satu, tak payah membazir beli benda yang tak perlu.. bear in your mind, nak diet ni, suka tak suka kau memang perlu ada duit.. 

yang paling akhir sekali.. kalau jenis yang tak suka bersenam.. korang try naik turun tangga je.. kalori terbakar jugak... ni untuk buat kita jatuh cinta pada aktiviti fizikal..




Let's D I E T!!




Tiada ulasan: