27.8.15

Cara mandi bunga.

Menurut Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan. Mandi bunga tanpa berniat yang boleh memesongkan diri daripada ajaran agama membawa banyak faedah.

Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga matahari yang terbaik dan kebaikannya akan diturunkan kepada si pengamal mandi bunga. Antaranya, sekiranya rawatan mandi bunga diamalkan, ia mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan. Di bawah merupakan beberapa tip untuk anda yang ingin mencuba rawatan mandi bunga di rumah.

1. Gunakan bunga yang wangi dan tidak berduri. Pilih tujuh atau sembilan jenis bunga dari pelbagai warna tetapi bukan berwarna hitam. Sebaik-baiknya bunga cempaka dan melur digunakan untuk rawatan ini. Anda boleh memilih jumlah bunga mengikut angka ganjil (7, 9, 11, 13 jenis)

2. Kesemua bunga segar tersebut harus dicampurkan dengan sebotol air mawar dan dua biji limau purut.

3. Pastikan kesemua dahan bunga dibuang dan campuran bunga, air mawar dan limau purut dibiarkan semalaman.

4. Rawatan mandi bunga seeloknya dilakukan pada waktu pagi. Mandi seperti biasa dan jadikan air bunga tersebut sebagai air bilasan.

5. Siram bahagian kiri badan sebanyak tiga kali dan diikuti dengan bahagian kanan. Selebihnya siram dari bahagian kepala sehingga air bunga habis.

6. Anda digalakkan untuk membiarkan badan kering daripada menggunakan tuala untuk mengeringkannya.



Mood: nak pergi spa.. nak mandi bunga.. nak berurut.. nak berscrub... 

Tiada ulasan: