21.8.15

Keranamu Bakso

Hari rabu tekak teringin nak makan bakso.. tapi nak kat kedai area rumah lama je.. tak nak kedai lain.. tapi masa tekak teringin tu dah malam sangat.. esoknya balik keje terus ajak adik ke sana.. adik saya asyiklah cakap, orang lain lah jual kak long.. saya buat pekak je.. 

drive lah ke sana half an hour gitu.. beli balik.. balik-balik adik terus lah hidang kat saya.. saya tengok kuah dia, ehhh..kenapa takde sos cili takde kicap.. tengok pulak cili dia.. kenapa bukan hijau? kenapa merah? saya tambah sos cili dan kicap sendiri.. suap je kat mulut.. puihhhhh.. tak sedap.. bergenang air mata saya.. huwarggggghhh.. dah lah takde tempat lain yang jual bakso sedap lagi.. yang rasa macam gampang.. serius talk! bengang gilersssss....

semua adik beradik tak berani tegur saya.. hahahaha.. pasal makanan bad mood gila.. tu lah, tadi adik dah cakap orang lain jual.. buat derk je..

now, 6:54pm, Jumaat.. patut dah balik keje kan? tapi saya masih di ofis.. sebab nak cuba bakso kat kedai sate madura kat kayu ara tu.. dia bukak dalam 6:30pm macam tu.. terpaksalah saya berkorban masa kerana mu bakso..

ni link Sate Madura ..
kedai dia famous gak.. pernah masuk JJCM.. kuah sate dia sedap kau..!

abah perli, sejak bila tekak dah tukar tekak Indonesia? 

dahhhhh.. tata~~!

Tiada ulasan: