Panduan Buat Bakal Isteri
29 Disember 2015
Setelah hampir setahun bertunang, kebiasaanya pasangan akan segera untuk disatukan. Itulah yang selalu diidamkan. Malah sebaik bergelar isteri, pelbagai tanggungjawab perlu dipikul. Ikuti tip ini untuk dijadikan panduan dalam melayari kehidupan berumah tangga.
1.Mengurus rumahtangga
Menjadi isteri bukanlah tugas yang mudah. Anda perlu bersikap rajin, pandai mengemas, pembersih dan bijak menguruskan pakaian dan makanan suami. Walaupun begitu, tugas mengurus rumah tangga tidak hanya pada kebersihan tetapi ia juga termasuk kepada kewangan. Sebagai isteri elakkanlah dari melakukan pembaziran, sebaliknya belajar untuk berjimat cermat.
1.Mengurus rumahtangga
Menjadi isteri bukanlah tugas yang mudah. Anda perlu bersikap rajin, pandai mengemas, pembersih dan bijak menguruskan pakaian dan makanan suami. Walaupun begitu, tugas mengurus rumah tangga tidak hanya pada kebersihan tetapi ia juga termasuk kepada kewangan. Sebagai isteri elakkanlah dari melakukan pembaziran, sebaliknya belajar untuk berjimat cermat.
2.Taat
Sebagai wanita yang baru bergelar isteri harus menitikberatkan perkara ini. Ketaatan kepada suami sama seperti taat kepada ibu dan bapa ketika anda bujang. Patuh kepada suami bermakna melakukan apa sahaja tetapi tidaklah sehingga melanggar syarak.
3.Memasak
Setelah bergelar isteri, anda juga perlu bijak mengikat perut suami. Malah sudah menjadi tanggungjawab sebagai isteri menyiapkan hidangan untuk si dia. Jika tidak pandai memasak, anda boleh belajar melalui internet yang menghidangkan pelbagai resipi kesukaan.
InsyaAllah pandai masak... cuma rajin atau tak je., hahahahaha...
4.Pendorong
Isteri adalah seorang sahabat kepada suami dan juga sebagai pendorong kepada suami. Jika berlaku masalah anda sebagai tulang belakang suami sebaiknya mendorong si dia supaya lebih bersemangat dalam mengharungi masalah tersebut.
5.Aktiviti sosial
Jika dahulunya anda boleh dianggap ligat bersosial, tetapi selepas kahwin anda dinasihatkan kurangkan aktiviti itu. Luangkan masa bersama suami dan belajar mengenali sikapnya yang anda tidak tahu sebelum ini. Mungkin dia jenis yang suka berkebun, memancing ataupun melakukan aktviti lasak.
Bagi saya boleh bersosial, as long kita tahu batas-batas kita..
6.Pendengar terbaik
Jadi pendengar yang setia dalam setiap masalah yang suami hadapi sama ada soal kerja atau peribadi. Dengan meluahkan masalah mungkin boleh menyebabkan pasangan menjadi lega dan anda juga boleh memberi nasihat dalam perkara berkaitan
sumber : Pesona Pengantin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan